Pesanan Isnin: untuk suami... untuk isteri

11:12 am

✿...السلام عليكم✿

Ini abam nak bagi pesan sikit, boleh na?

Suami: hidup ini bukan hanya tentang "aku" seorang dan "akulah suami". Aku sahaja yang betul. Aku sahaja yang perlu didengari. Aku sahaja yang matters. Aku sahaja yang penat kerja cari rezeki. Tidak! Tidak! Tidak!

Bila kita setuju dan nikah, its about "US". Suami yang bagus bagi saya adalah seorang yang bijak mengenalpasti emosi kemahuan seorang isteri. Bukan turuti semua tetapi penuhi apa yang memberikan kepuasan emosi.

Tak tahu apa itu kepuasan emosi yang mereka mahu? Tanyalah... Mende ntah..

Perhati, dengar. Tidak. Bukan semua benda nak diikutkan tetapi perkara penting adalah membuatkan mereka iaitu para isteri rasa selamat, rasa bersuami, rasa dihargai, jangan marah atau memalukannya depan orang ramai, jangan tegur depan mak kita atau mak dia. Jangan hina mereka kerana mereka juga ada maruah dan nilai tersendiri..

Panjanglah nak cakap.


Buat sang isteri,  suami ni kadang-kadang nampak sasa sado di luar tetapi bodoh emosi. Tidak sensitif macam isteri / wanita. So, kadang-kadang nak dimanjakan, disusukan, disuapkan, dipakaikan pampers (...??) nak perhatian, dan nak layanan seperti raja. Itu kehendak emosi lelaki. Anda buat mereka rasa mereka lelaki terbaik dan sempurna walaupun sebenarnya tidak, tetapi layan mereka seperti mereka terbaik. Nasihat dengan bijak, bukan beri nasihat, tetapi kongsi pandangan. Mereka suka dimanjakan di khalayak ramai. Dan ingat, suami tetap suami...

Ini bukan kursus perkahwinan tetapi ingatan.

Love, #AzizanOsman

Sumber: instagram Dr. Azizan Osman

(open order COD KL/ Selangor. sila PM nombor di atas 24/7)

Kisah Silam Untuk Masa Depan

20 Words of Lo♥e

  1. pendek kata toleransi tu kena adakan... hehe

    ReplyDelete
  2. terima jodoh kita seadanya sbb kitapun bukn sempurna...ada saja kekurangannya.

    ReplyDelete
  3. Isteri anugerah Allah untuk suami, suami anugerah Allah untuk isteri. Dua-dua melengkap satu sama lain :)

    ReplyDelete
  4. Suami isteri kena tolak ansur..faham antara 1 sama lain...

    Rempeyek sedap..alolo...aihhh... :)

    ReplyDelete
  5. Pesanan bermanfaat untuk yang berkeluarga...

    ReplyDelete
  6. Betul tu anies...suami tetap suami..

    ReplyDelete
  7. singgah pagi...
    huhuhu...kuih sagu versi sendiri laaa...
    sebab tu tak sama kan...:P

    ReplyDelete
  8. setuju yang part yang jangan memalukan pasangan tu ... patutnya depan orang lain, diamkan ajer ... nanti balik rumah baru bebel (oopps) :p

    ReplyDelete
  9. Suami isteri...hidup saling memahami dan melengkapi :)

    ReplyDelete
  10. perkahwinan itu perkongsian...saling memahami dan tugas masing-masing.

    ReplyDelete
  11. kena ada toleransi antara suami dan isteri..

    ReplyDelete
  12. paling penting toleranci,bertolak ansur sesama pasangan!

    ReplyDelete
  13. Lelaki memang x sensitif. Tapi kadang2 dia dpt detect jugak sebenarnya apa yg perempuan rasa, cuma cam biasa la ego lelaki, x nak tunjuk obvious dia punya feeling. So, mungkin sbb tu kurang nampak appreciation dia.

    Tp memang betul la, kongsi pendapat tu penting. Ada satu2 isu tu x boleh la nk rasa diri sendiri je betul. Lepas bg pandangan masing2 baru boleh decide mana yg terbaik.

    Btw, lelaki dan perempuan dua2 ada ego dia. Tp kalau dua2 mampu kawal, insyaallah xde masalah besar dlm rumah tangga.

    ReplyDelete
  14. kutip ilmu tang masih bujang ni ... heheheee

    ReplyDelete
  15. buat yg masih bujang belum terlambat nk tuntut ilmu byk2 sebelum kawen :)

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆