#NNPremiereScreening #FantasticFour

12:00 pm

✿...السلام عليكم✿

AUTO PUBLISHED

Sinopsis

Reed (Miles Teller / Mister Fantastic) dan Ben Grimms (Jamie Bell / The Thing), mula menjadi kawan baik selepas Reed menjalankan satu eksperimen sains tentang teletransporter. Apabila meningkat dewasa, persahabatan dan minat mereka kekal sama hingga membawa mereka menyertai satu pameran sains. Di pameran tersebut mereka didatangi Mr. Storm (Reg E. Cathey) dan anaknya Sue / Susan (Kate Mara). Mereka memperkenalkan diri mereka sebagai orang penting dalam Yayasan Baxter lalu mempelawa Reed untuk menyertai mereka.

Reed menerima pelawaan tersebut dan sebaik tiba di makmal Baxter, dia tidak menyangka bahawa makmal tersebut sedang menjalankan sebuah projek yang hampir sama dengan eksperimen yang dilakukannya tetapi ia berskala lebih besar.

Di makmal tersebut, Reed berkenalan dengan Victor Von Doom  (Toby Kebbell) dan mereka sama2 menjayakan projek tersebut.

Apabila projek itu berjaya (menggunakan beruk), Harvey (Tim Blake Nelson / orang kuat Baxter) bercadang menghantar manusia pula. Storm tidak bersetuju dengan cadangan tersebut tetapi Reed tertarik untuk mencuba. Reed berusaha memujuk Victor, Ben dan Johnny (Michael B. Jordan / The Human Torch / adik tiri Sue) untuk menyertainya. Dalam diam, mereka menaiki kapal tersebut dan akhirnya mendarat di suatu tempat yang begitu asing dan pelik.

Apa yang terjadi kepada mereka selepas itu? Bagaimana Reed, Victor, Ben, Sue dan Johnny mampu memperoleh kuasa luar biasa itu yang sekaligus merubah personaliti mereka?

My review

Sejujurnya, sebelum ni anies tak pernah tengok lagi the original film series iaitu Fantastic Four (2005) dan Rise of the Silver Surfer (2007). Jadi anies tak dapat nak simpulkan adakah filem ini lebih bagus atau tidak berbanding its original series.

Dari plot cerita, pada awalnya agak teratur dan penonton dapat menghayati dari satu babak ke satu babak. Tetapi, selepas Reed dan rakan-rakannya kembali semula ke alam nyata, plot cerita menjadi sedikit' keliru. Apa yang membuatkan anies terfikir, bagaimana, Sue Storm yang pada asalnya bertindak sebagai controller, tiba2 bertukar / mendapat satu kuasa luar biasa. Sampai at the end of the story, anies still tak dapat jawapan tersebut.

dalam babak2 pergaduhan, anies dapati watak Victor menjadi terlalu kuat untuk ditewaskan. Tetapi hasil semangat setiakawan, Reed, Sue, Johnny dan Ben berjaya menewaskan Victor demi untuk menyelamatkan bumi. Part ni juga jadi kompius bagi anies sebab mereka seolah2 terpaksa mengorbankan seorang sahabat semata2 mahu menyelamatkan bumi. Mmmmmm..

well, untuk filem ni, daripada 5*****, anies beri 3***.

Terima kasih daun keladi kepada pihak Nuffnang di atas jemputan ke #NNPremiereScreening filem #FantasticFour ni. Filem yang berdurasi 100 minit ini akan menerjah seluruh pawagam tanah air mulai ESOK! (6 Ogos 2015)

antara babak2 menarik dalam #FantasticFour

Reed, tatkala tertewas dek serangan daripada Victor.

mereka menyaksikan kemusnahan yang cuba dilakukan oleh Victor.

Ben Grimms, yang bertukar menjadi The Thing stone body sedang mencari Victor.


Last but not least, anies nak minta maaf banyak2 sebab belum berkesempatan nak BW ke blog kawan2 insya-allah, ada masa anies akan cuba terjah 1 by 1, okey! kepada yang sudi drop sebarang komen, terima kasih banyak2

Kisah Silam Untuk Masa Depan

22 Words of Lo♥e

  1. Tengok trailer namapak macam best! :)

    ReplyDelete
  2. wah sukanya dpt selalu tonton preview flem nuffnang citernyapun amat menarik...kak dh terima kiriman annies...tksg banyak ya...susahkan anies saja.

    ReplyDelete
  3. hai anies..assalam..

    lama kak wana tak jenguk sini kerana bz..tak terlambat nak ucap salam aidilfitri dan maaf zahir batin dr kak wana ^_^

    ReplyDelete
  4. anies! lama hang tak update blog..menyepi je, aku ingat dah ikut Hendo balik Liverpool...

    ReplyDelete
  5. pelakon semuanya baru...sorang pun tak kenal. We want Chris Evans!

    ReplyDelete
  6. yang versi asal tu dua-dua pun best..so harap yang ni tak mengecewakan

    ReplyDelete
  7. Fantastic 4 memang filmnya seru ya kak.. penuh Efek :)

    ReplyDelete
  8. kalo compare dengan F4 yg dulu mana lagi best ? huhu.. dah xde chris evans T.T

    ReplyDelete
  9. husna pon tak tgk jgk cerita dya sebelum ni.. so kalau nak compare mmg tak dapek ler.. hehehe..

    ReplyDelete
  10. lpas baca tak tahu la nk tengok ke tak.. kena tanya si pengikut. sebelum ni xpenah layan lg F4 (07) tu kecuali yg lama. yg baru ni smua muka baru lg

    ReplyDelete
  11. nampak menarik. nak juga menonton wayang cuma buat waktu ini belum ada kesempatan.

    ReplyDelete
  12. sibuk betul Anies sekarang ni..pi bercuti kot..:)

    ReplyDelete
  13. Belum dpt menonton lagi.. klu anies bagi 3 bintang, alamatnya tunggu astro jelah hihii.. :D

    ReplyDelete
  14. reed berwajah lain ka? atau orang sama....

    ReplyDelete
  15. Moga tahun depan Perlis ada pawagam. Lamanya tak tengok movie kat pawagam...

    ReplyDelete
  16. nak F4 yang lama.. nak human torch yang gojes handsome bangat tak ingat dunia tu.. nak yang tu nak yang tu !!!

    ReplyDelete
  17. tak tengok pun sbb rmai kata tak best dr yg dulu. sebab jessica alba kot

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆