Nak raya, tapi tak ada duit?

12:06 pm

✿...السلام عليكم✿

Hari Raya pada tahun ini jatuh pada pertengahan bulan. Ia bukanlah sesuatu yang baru tapi bilamana kakitangan kerajaan diberitahu bahawa mereka bakal mendapat gaji lebih awal, ianya bukanlah sesuatu yang indah jika diteliti sedalamnya. Mengapa? Ini kerana, mereka harus menunggu sehingga 25 Ogos (+- 47 hari) untuk menerima gaji yang seterusnya. Sudah pasti perjalanan untuk menuju ke tarikh 25 Ogos itu amatlah perit lagi mencabar.

Itu baru kakitangan kerajaan. Bagaimana pula dengan kakitangan swasta? Adakah nasib mereka sama atau berlainan?

Apa2 pun nasib yang bakal dihadapi, berikut ada beberapa tip yang baik (dan bagus) untuk dikongsi bagi menghadapi cabaran pre dan 'post Hari Raya.

1.     bila ada duit, BERJIMATLAH. Kalau taka da duit, lagi kena berjimat.

2.     Jangan MAIN dengan HUTANG apatah lagi dengan kad kredit hanya semata2 mahu membeli kuih raya.

3.     Hidup bukan hanya untuk hari raya sahaja. Hari raya tetap hari raya meskipun tiada barang baru.

4.     Buang-buangkanlah sifat SUKA MENUNJUK (RIYA) tu sofa baru, langsir baru, perabot baru, bini baru lepas raya semuanya akan jadi barang lama.

5.     Bulan Ramadan dan Syawal adalah bulan untuk MENGGANDAKAN AMALAN DAN PAHALA. Bukan bulan untuk menggandakan perbelanjaan.

6.     Berkunjung ke bazar Ramadan bila RASA PERLU sahaja. Bimbang, bila beli banyak2, barang2 (makanan) tersebut end up di tong sampah. tak pasal2 dah jadi BFF syaitan.

7.     Kita TIADA DUIT bukan kerana kita TIADA DUIT tapi ramai yang TIADA DUIT disebabkan TIADA DISIPLIN dalam simpanan dan perbelanjaan. Cuba fikir jika apa yang kita buat sekarang tidak mendatangkan hasil, mungkin sudah masanya untuk kita buat perkara lain?

8.     Tiada langsir baru pun boleh raya juga. Tiada sport rim baru pun, boleh sampai ke kampung juga kan?

9.     Pakai baju raya tahun lepas tetap boleh dapat pahala solat raya kan?

10.  Ini merupakan saat untuk kita BERJIMAT CERMAT walaupun kita fikir kita ada banyak atau sikit duit. Jika mahu berbelanja, alangkah bagusnya jika anda belanja untuk mereka yang susah. Beri mereka makan kerana pahala orang yang memberi makan kepada golongan berpuasa tinggi ganjaran daripada-Nya.

Jadi, cuba fikirkan begini adakah apa yang aku beli ini merupakan aset atau sebaliknya?

Mak saya ada berpesan, duit bukan lesen untuk kita membazir sebaliknya duit membuatkan kita sentiasa berfikir bagaimana hendak membantu orang yang lebih susah daripada kita.

Semoga perkongsian ini menjadi peringatan buat anda dan diri saya. Insya Allah


Sumber: yang diubah suai daripada emel Dr. Hj. Azizan Osman.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BERITA BAIK UNTUK PENGGEMAR MUFFIN! kini anda boleh mendapatkan muffin yang gebu, sedap dan enak! macam mana? klik je kat >>>>>>>>>>> SINI.

Kisah Silam Untuk Masa Depan

32 Words of Lo♥e

  1. setuju dengan no.7
    kebanyakan kita ni, kalau ada duit je, semua nak beli...
    saya pun dulu macam tu jugak.. hehehe

    bila duit tak ada baru nak termenung menyesal.. :)

    ReplyDelete
  2. Bila m'beli tu ukur baju dibadan sndri, sbnrnye klu pndi kwl p'belanjaan xjd mslh kot....

    ReplyDelete
  3. Tak de duit susah, ada duit pun kdg2 susah hehee.. mmg skrng waktu apa yg org tua cakap.. "kena pandai berhalus". Kita mmg kena mula belajar mengurusan wang dgn sebaiknya.. kalau tak, makin lama bangsa lain makin ke depan & kita makin mundur.. takut dijajah kembali.. wallahualam..

    ReplyDelete
  4. Bila berbelanja tu ukur la baju di badan sndri... Sebenarnya kan kalau pandai kawal diri& kawal duit, gaji lambat mane pun xjadi mslh kot anies tp jgnla sampai xdibayar gaji langsung.....

    ReplyDelete
  5. Untuk GA ni Cikna tag anies ye..

    http://cikna136.blogspot.com/2015/06/ga-raya-2015-blog-jaket-biru.html

    Jom join, hadiah best tau syarat dia pun simple je....;-)

    ReplyDelete
  6. salam ramadan selamat berpuasa anies...sambut raya cara sederhana saja xsusahkan diri r sesiapa...

    ReplyDelete
  7. berjimat cermat la ye..lepas rya pon nk kna guna duit jugak

    ReplyDelete
  8. Terlebih duit pula bukan untuk belanja sakan, sepatutnya membantu yang kurang kemampuan... Kan Anies...

    ReplyDelete
  9. adoiii..takut bila mengenangkan lmbt lagi nnti..harap2 dpt berjimat cermat

    ReplyDelete
  10. pekerja swasta duit raya pun tak dapat..ambik gaji ikut tarikh macam biasa je...heheh..

    ReplyDelete
  11. time harga barang tengah naik ni la kita kena berjimat.

    ReplyDelete
  12. nasib baik nina private.. dpt duit raya before raya..
    thn ni 1st time start bg duit raya. sampul tu syg nk guna :)

    ReplyDelete
  13. salam.. rindu kat awak.. awak sihat...
    rindu nak menulis tapi busy sangat sekarang nie...
    bilalah kita boleh jumpa and borak2 lagi?

    ReplyDelete
  14. terpaksa berpada² laa berbelanja.. :)

    ReplyDelete
  15. Setuju sangat! Kita kena pandai2 jimat sendiri. Berbelanja dgn bijak, ikut keperluan bukan ikut trend dan nafsu :)

    ReplyDelete
  16. bagi yg anak ramai mcm my kakak ni , perbelanjaan raya utk 6 org anak dr hujung rambut sampai hujung kaki , mmg x blh nak jimat . terpaksa rela juga berbelanja . mujurnya suami kakitangan swasta . jadi masa terima gaji x sama ...

    ReplyDelete
  17. Setuju sangat dgn Anies. Kini bukan lagi masa untuk bermewah. Bila raya semua nk baru. Cukuplah sekadar yg termsmpu..itu pun kalau mampu. Raya tetap berlalu..walau takde baju baru..

    ReplyDelete
  18. Jemput join GA kad raya nina

    ReplyDelete
  19. Ada gak bini baru untuk sambut raya yer. Hebat ler orang tu. Hehe...
    Nice tips Anies ^-^

    ReplyDelete
  20. Sangat setuju...
    jauhilah sikap..biar papa asal bergaya...uuhhhhh

    ReplyDelete
  21. betoi.. betoi.. akak melihat kita orang Islampun dah jadi macam orang lain menjadikan duit sebagai yang terpenting.. kita melihat materialistiktu sebagai penunjuk aras...
    anyway perkongsian yang baik.. akak memang jarang bertukar langsir atau barang2 rumah.. yang adanipun tak tahu mana nak simpan... maalumler rumah kecik damit..

    ReplyDelete
  22. zaman skarang,..semua duit..

    comelnya smapul ana muslim tu.. mana dapat??nak beli jugak....

    ReplyDelete
  23. Setuju... sekarang ni nak beli apa pun kena pikit berpuluh2 kali... beli hanya perlu... kena displin diri utk buat simpanan...

    ReplyDelete
  24. hehehe.. yang bekerja krajaan mmg trasa sungguh kan..
    gap terlalu panjang.. dok tngk mak ayah pening jugak walaupun gaji tu bleh kata ckup dah.. tpi biasalah.. bila da gap panjang.. sesak gak..

    tabahlaaaa wahai rakyat marhaen..

    ReplyDelete
  25. saya tengah berjimat cermat... hehehehe

    ReplyDelete
  26. tiba masanya tukarkan duit raya.. huhu
    harap2 lps raya nina xsesak nafas, sesakkan dompet

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆