Kerana kutu (head louse)

12:02 pm

✿...السلام عليكم✿

Layla (bukan nama sebenar) sedang berada di KLIA untuk penerbangan ke Vietnam. selain Layla, 5 orang rakan sekerjanya turut berada di situ untuk sama-sama menyertainya ke negara bekas jajahan Perancis itu.

setiba di Ho Chih Minh, mereka menginap di sebuah hotel bertaraf 3 bintang. Layla, Fairuz dan Jehan (juga bukan nama sebenar) mengambil keputusan untuk tinggal sebilik manakala dua rakan mereka yang lain menginap di bilik bersebelahan dengan mereka.

selepas berada di Vietnam selama 4 hari 3 malam, mereka pun pulang ke Malaysia. selepas itu, tiada apa-apa yang berlaku kepada mereka sehinggalah genap seminggu mereka kembali, Layla merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengannya terutama kepalanya.

dia merasakan kepalanya cukup gatal walaupun dia tidak berpeluh. bila pulang dari kerja, dia akan berdiri di hadapan cermin dan memerhatikan kulit kepalanya. namun, tiada kelemumur yang kelihatan.

setelah hampir sebulan (kembali ke Malaysia), Layla masih tetap berasa gatal yang teramat di kepalanya. puas dia berfikir, kenapa jadi begitu.

nak dijadikan cerita, sewaktu membuka tudung selepas pulang dari kerja, Layla terkejut apabila mendapati seekor kutu melekat di tudungnya.

"eh, kutu siapa pulak ni? masakan kutu milik Syadah?" (bukan nama sebenar)

Layla sedia maklum, walaupun Syadah tidak bertudung, namun Syadah tetap menjaga kebersihan rambutnya. tambahan pula mereka sudah menjadi rakan sekerja dan duduk bersebelahan melebihi 5 tahun.

keesokannya, sebaik tiba di rumah dari pejabat, Layla membuka tudung. dia terperanjat kerana mendapati ada lagi kutu yang hinggap di tudungnya. di kepalanya, ligat berpusing memikirkan siapa yang 'pembawa' kutu tersebut.

masuk hari ketiga, Layla tidak menunggu lama untuk menanggalkan tudungnya kerana dia merasa gatal yang teramat. bagaikan dicucuk-cucuk kepalanya. dan seperti 2 kejadian sebelum ini, Layla 'terjumpa' lagi seekor kutu yang melekat di tudungnya.

tiba-tiba dia bagaikan tersedar.

"ya Allah! kepala aku ke yang ada kutu?"

tanpa berlengah, Layla terus menyarung tudung semula dan bergegas ke farmasi. setiba di farmasi, dia agak kecewa kerana ubat kutu telah kehabisan. Layla menapak ke farmasi yang lain. sekali lagi dia hampa kerana stok ubat kutu juga telah kehabisan.

dalam hatinya sempat berbisik, "ramai sangat ke yang kena kutu ni?"

kemudian dia memandu ke farmasi yang agak jauh dari rumahnya. setiba di farmasi, dia menarik nafas lega kerana stok ubat kutu masih kelihatan di atas rak. lebih menggembirakannya, ubat kutu tersebut turut dibekalkan dengan sikat kutu.

setiba di rumah, Layla tidak berlengah. dia terus duduk di lantai sambil meletakkan sehelai kertas putih. lalu dia pun mula menyikat. sebaik sikat dilepaskan dari kepalanya...

"ya Allah!!!"

Layla hampir pengsan apabila melihat puluhan kutu dan telur kutu yang melekat di sikat tersebut.

"patutlah aku rasa macam nak tercabut kepala je gatalnya..."

dan Layla terus menyikat dan menyikat sampai dia merasakan kulit kepalanya cukup sakit dan tengkuknya lenguh. selepas itu dia mandi dan membasahkan rambutnya sebelum diletakkan ubat kutu.

Layla mengulangi perbuatan tersebut selama seminggu sehingga dia benar-benar merasakan kutu tersebut tiada di kepalanya.

selepas seminggu, kepalanya kembali normal. tiada lagi gatal-gatal seperti sebelumnya. namun ada satu lagi persoalan yang bermain di fikirannya. bagaimana kutu boleh menjangkitinya?

puas Layla berfikir. akhirnya dia temui jawapan.

Layla teringatkan kejadian yang berlaku di Vietnam. Layla tidur sekatil bersama Fairuz dan Jehan. Fairuz dan Jehan; kedua-duanya sudah berkahwin dan mempunyai anak. kedua-dua anak mereka adalah perempuan dan sekarang sedang berada di tadika!

Layla tidak syak lagi. kutu yang hinggap di kepalanya berpunca daripada Fairuz dan Jehan! pun begitu dia tidak menuduh mereka. Layla beranggapan sebegitu kerana dia teringat gambar yang pernah dipos oleh kakak iparnya di Instagram.

gambar tersebut menunjukkan anak saudaranya sedang berada di salon rambut kerana dihinggapi kutu. lagi mengukuhkah 'fakta' anak saudaranya dengan anak Fairuz dan Jehan; mereka semuanya perempuan dan masih berada di tadika!

sungguhpun kejadian itu sudah berlaku hampir setahun, Layla masih terkenangkan peristiwa tersebut. meskipun dia tidak pernah menceritakan perkara tersebut kepada sesiapa termasuklah Fairuz dan Jehan, tetapi baginya... selepas ini dia akan lebih berhati-hati.

wallahu 'alam.

p/s yu ols ada pengalaman kena kutu macam ni??

Kisah Silam Untuk Masa Depan

31 Words of Lo♥e

  1. banyak-banyak binatang,binatang apa yang paling kurang ajar?huhu..

    kutu inilah yang selalu jadi penghisap darah dan pijak-pijak kepala kita.

    ReplyDelete
  2. teringat time kecik2 dulu tidur sekali dgn sepupu2.. lepas 2 kena kutu.. teruk sgt sampaikan mak sy potong rambut sy pendek mcm boy... lepas tu serik nk tidur dgn org dh..

    ReplyDelete
  3. seksa tau ada kutu ni..huhu

    ReplyDelete
  4. Aduhai....ngeri betul lah tengok kutu ni. Teringat zaman kat asrama dulu. ramai yang kena. Siap ada operasi besar-besaran

    ReplyDelete
  5. cerita kutu...anak pun pernah kena jangkitan kutu ni...

    masa duduk asrama zaman sekolah dulu pun pernah dijangkiti....mmg gatal yg amat...

    ReplyDelete
  6. Kutu rambut memang cepat berkembang biaknya, mesti cepat di beri obat :)

    ReplyDelete
  7. Kasihan, Layla. Jumpa seekor louse hari demi hari, rupanya ada lice, diorang dah jadi plural kat kepala. Tak dapat bayangkan gatalnya. Sure tak selesa kan,..

    ReplyDelete
  8. menarik ceritera Anis :-)

    ReplyDelete
  9. mmg stress bila kepala dihinggapi kutu..

    ReplyDelete
  10. kepala berkutu mmg sgt gatal...kalau terkena jngkitannya merisaukn juga..kena rajin bershampo rambut setiap hari utk jaga kebersihn kulit kpala.kutu xhidup di kulit rmbut yg bersih.

    ReplyDelete
  11. baca entry ni sambil garu kepala..pernah la kena masa sekolah rendah..memang tragik!

    ReplyDelete
  12. Knor pun ada kutu msa kecik2 dulu..haha...

    ReplyDelete
  13. waktu kecik2 dulu mmg ada jugak..heheheh..tapi dah besar ni tak pernah lagi lekat kutu tu..

    ReplyDelete
  14. zaman kecik2 dulu selalu kena kutu. maklumlah anak kampung, lasak. usahkan kutu rambut, kutu babi pon penah hinggap. haha..

    last terkena kutu sebab berjangkit dgn anak jiran sebelah umah, sakit hati punya pasal (sy masa tu form 4 okay, malu ada kutu, huhu) saya potong rambut jadi pendek mcm lelaki pastu abah lumur & tonyoh kepala saya dgn limau.. lega wooo sampai sekarang tak kena dah and paling penting rambut pon tumbuh balik dgn cantik & berseri... ^_^

    ReplyDelete
  15. Kutu rambut bisa juga menular ya kak :)

    ReplyDelete
  16. Kat rumah Zumal kucing aje berkutu... hehe ^-^

    ReplyDelete
  17. masa dok asrama kena dengan kutu ni . pastu balik kg , saya blend daun pandan , letak kat kepala setengah hari . bagi itu kutu pengsan ! hasilnya kutu tak ada dan rambut lak berbau harum kata kawan saya masa tu ... pernah juga nampak kat tudung kawan ada kutu . masa tu dah terfikir kat kepala dia byk kutu

    ReplyDelete
  18. nauzubillah.. x penah kena.. tp mmg la.. budak2 perempuan n yg duduk taska n tadika senang kena kutu..

    anak2 buah akak pun.. trgaru2 geram..

    ReplyDelete
  19. Masa kecik2 dulu...ada. Skrg anak pulak sibuk berkutu. Pd hal g sek pakai tudung. Bila kita dah mati2 kan kutu yg ada, esok2 bwk kutu baru. Aduhhh! Tension. Bila dikaji2 semula...kutu2 tu dijangkiti dari rumah bb siter. X tahu lah bila mslh kutu nak berakihr.....

    ReplyDelete
  20. ufairah pernah kene.. mase tu 2 tahun rasanya.. lagi lah susah nak handle.. tapi alhamdulillah.. tak sampai seminggu settle hal kutu..

    dengan saye2 pakai shampoo kutu.. haha.. risau!~

    ReplyDelete
  21. Seram klu bab kutu ni... moga dijauhi..hihihi

    ReplyDelete
  22. Tiba-tiba rasa kepala gatal pulak, hadoii

    ReplyDelete
  23. Anak perempuan saya yg ke3 tu pernah berjangkit kuti dari rakan sekolah. Terpaksa cari ubat dan sikat kutu juga.. alhamdulillah.. sehingga kini tiada kena jangkitan lagi.. mmg risau kena jangkitan kutu ni.. rimas dan sengsara jadinya..

    ReplyDelete
  24. Geli geleman.....Tapi syok cari kutu....hahhaha
    Kalau dah banyak.boleh nampak jatuh di baju

    ReplyDelete
  25. Senang betul kutu ni nak b'jangkitkan.... Seb bek xprnh kena,huhuu....;-)

    ReplyDelete
  26. tak ingat ms kecik2 dulu adake tak..tp mmg kutu ni gatal sgt2..hisap darah pula tu..

    ReplyDelete
  27. Masa kecil,saya pernah mengalami masalah kutu.gatal.menangis2 menahan kesakitan dan kegatalan.

    ReplyDelete
  28. Assalam anies,
    haaaaaaaaaaa
    masa zaman kanak2 ja pernah kena
    adala dalam 2-3kali
    jangkit dari kawan2

    ReplyDelete
  29. memang biasa dengar kanak-kanak ke tadika terkena kutu

    ReplyDelete
  30. nasib baik time tadika bebas kutu sebab mak selalu belek rambut. ahaha

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆