Macam mana nak tangani GST niii??
12:22 pm
✿...السلام عليكم✿
Apabila merenung kembali ketika zaman kanak-kanak saya dahulu,
hanya dengan RM0.50 saya mampu membeli sebungkus nasi lemak dan secawan teh.
Tetapi hari ini, dengan jumlah yang sama, jika saya membeli sebungkus nasi
lemak, saya mungkin hanya akan mendapat pembalutnya sahaja. Nampak sangat nilai
matawang kita semakin lama semakin sedikit nilainya. Perkara ini terjadi
berikutan kenaikkan kos sara hidup tanpa henti pada setiap tahun.
1 April 2015 menjadi tarikh 'bersejarah' kerana telah bermulanya
penguatkuasaan Goods and Services Tax (GST) atau dalam bahasa Malaysia
dipanggil Cukai Barangan dan Perkhidmatan. Terus terang saya katakan, ramai
rakyat negara ini runsing dengan kewujudan GST. Mereka masih belum bersedia
untuk menghadapi cabaran baharu ini. Golongan berpendapatan rendah dan
sederhana adalah golongan yang paling gelisah dan mereka jugalah yang pada masa
kini sedang sibuk memikirkan mata pencarian dan pendapatan baharu bagi menampung kos
sara hidup pasca GST.
“Jangan bazirkan tenaga dengan fokus kepada masalah. Lebih baik fokus seluruh tenaga bagi mencari jalan penyelesaiannya.”
Apabila difikirkan semula, memang tidak dinafikan… Ramai orang menjadi marah dengan GST apabila
mendapati kerajaan boros dan tidak uruskan kewangan dengan baik melalui cukai
yang dibayar oleh rakyat jelata. Bagi saya, GST wujud atau tidak bukanlah
perkara utama untuk anda membebel dan bercerita tentang masalah kewangan diri ke
serata negara. Bukankah lebih baik jika masa membebel itu digunakan untuk
membina satu pelan kontingensi bagi menangani masalah GST sebelum ianya
memudaratkan anda dalam jangka masa yang panjang?
Saya amat peduli dengan keharmonian ekonomi keluarga yang ramai,
terutamanya mereka yang tidak pernah didedahkan dengan ilmu-ilmu kekayaan dan
kejayaan. Bagi mengurangkan kerunsingan, saya ingin berkongsi beberapa tip-tip
peribadi yang nyata telah memberi kesan ke atas diri saya dan saya berharap ia
juga dapat memberi kesan positif terhadap sesiapa sahaja yang membacanya.
Tip GST #1 : Akaun Kewangan Peribadi
Sebelum anda mencari pendapatan baharu, apa kata anda check dahulu
akaun kewangan peribadi anda. Cuba teliti perbelanjaan-perbelanjaan bulanan
anda sebelum ini dan kemudian bandingkan dengan anggaran perbelanjaan yang
dikenakan GST. Adakah berlaku peningkatan kos? Bagaimana pula dengan pendapatan
bulanan jika anda bergaji tetap? Adakah ia masih mampu menampung peningkatan
kos ini?
Jika tidak, anda harus mulakan dengan memotong kos-kos yang
tidak memberi manfaat kepada diri sendiri seperti kos perbelanjaan hiburan
seperti menonton wayang, berkaraoke, download lagu-lagu berbayar dan
sebagainya.
Tip GST #2 : Jangan Bakar Duit
Ini isu yang paling sensitive. Kalau cakap, mesti confirm ada
yang kena marah. Hentikanlah aktiviti-aktiviti membakar duit atau dalam bahasa
lainnya, membeli rokok. Tambahan pula, ianya sudah jelas merosakkan kesihatan. Semua
orang tahu, kos untuk merawat kesihatan bukanlah murah. Saya pernah terbaca
satu papan tanda di Jakarta yang bertulis:
“Jika anda miskin, anda jangan jatuh sakit sebab kos merawat kesihatan itu tidak murah."
Anda faham ke tidak apa maksud papan tanda itu? Tak kisahlah
anda mempunyai medical card takaful atau tidak kerana apabila dah sakit teruk
nanti, anda akan tetap akan tafakur walau ada takaful.
Tip GST #3 : Buat Perbandingan
Jangan berbelanja 'memkhinzir' buta. Rajinkanlah diri tu sikit.
Pilih tempat hendak berbelanja dan bandingkan harga dengan kedai lain. Pilih
dan beli barang yang boleh menjimatkan kos. Berhati-hati dengan peniaga yang
tamak. Ini kerana terdapat peniaga yang sesuka hati menaikkan harga barang atau
servis tanpa mempunyai pendaftaran cukai GST yang sah. Jika terjumpa peniaga
macam ni, jangan bagi peluang. Buat report kepada pihak berkuasa berkenaan
peniaga itu. Bak kata orang Melaka, “Memang hawau peniaga ni!”
Tip GST #4 : Memasak
Siapa yang rajin ke dapur, sememangnya faham bahawa kos makan di
rumah lebih murah berbanding kos makan di kedai. Sepatutnya, makan di rumah
lebih efektif dan sihat kecuali anda penggemar mi segera yang bisa memutuskan urat perut serta menggugurkan rambut. Alang-alang dah memasak, lebih
baik jadikan ia sebagai bekal ke tempat kerja atau sekolah.
Tip GST #5 : Pengangkutan
Masih ingat lagi satu ketika dulu, TV ada mengeluarkan iklan
“Jom berkongsi kereta." Mungkin jika iklan ini dikeluarkan pada hari ini,
pasti ramai yang akan mengikutnya. Cuba kira kos perbelanjaan pengangkutan
bulanan anda. Jika anda memandu kereta sendiri dan berasakan kosnya terlalu
mahal, maka ajaklah rakan sepejabat join dan naik kereta dengan anda.
Pakat-pakat dengan rakan, kongsi kos petrol. Kalau anda tidak mempunyai rakan,
belajarlah ke tempat kerja dengan menaiki pengangkutan awam.
Tip GST #6 : Jangan Tambah Hutang
Sudah-sudahlah dengan perangai membeli kereta baru hanya sekadar
untuk ditayangkan kepada orang sekeliling. Jangan tambah hutang yang tidak
mendatangkan hasil pada masa hadapan.
Tip GST #7 : Tambah Ilmu
Belajar membina kewangan. Bersedia untuk melaburkan sedikit wang
untuk mencarian ilmu yang boleh meningkatkan pendapatan bulanan anda. Anda
boleh mendapatkan ilmu ini menerusi bahan bacaan seperti buku, majalah,
internet dan sebagainya. Jika ada pulus lebih, cuba lapangkan masa untuk menghadiri
seminar-seminar daripada mentor yang telah berjaya. Hanya dengan ilmu yang
tepat sahaja anda mampu menangani GST.
Tip GST #8 : Jom Berniaga
Bermulalah berniaga dengan modal yang rendah. Nak lagi best
belajar berniaga tanpa modal. Berniaga itu mudah. Ramai anak didik saya
berniaga secara online atau menjadi ejen dan mereka dapat hasilkan pendapatan
RM20 000 hingga RM50 000 sebulan.
Tip GST #9 : Tingkatkan Sedekah
Sedekah memiliki kuasa dan impak yang sangat besar terhadap
kehidupan. Melaluinya, Allah SWT mampu datangkan anda rezeki yang tidak
disangka-samgka melalui aturan-Nya yang cukup luar biasa. Dengan bersedekah
juga, Allah SWT akan melapangkan setiap rezeki kita. Lagi banyak anda
bersedekah, Insya Allah lagi banyak anda akan menerimanya. The more you give
the more you get!
Tip GST #10 : Tingkatkan Pergantungan Kepada Allah SWT
Dari semua tip-tip di atas, tip terakhir inilah yang paling
penting dan utama yang wajib anda lakukan. Tingkatkan lagi pergantungan diri
kepada Allah SWT. Percayalah, di setiap kesusahan yang diterima pasti ada
kesenangan yang menjelma. Percayalah, tidak akan bergerak satu zarah jika Allah
SWT tidak mengizinkannya bergerak.
GST bukanlah punca sebenar masalah kewangan kita tetapi diri
kita sendiri yang merupakan punca utama mengapa wujudnya masalah kewangan diri
dan keluarga. Uruskanlah kewangan dengan cara terbaik bagi mencipta kebebasan
daripada masalah kewangan pada masa hadapan.
sumber: diubahsuai daripada emel Dr. Azizan Osman
32 Words of Lo♥e
good sharing..cik nor mmg bawak bekal ke pjabat skarang..masak ala kadar jer..mulut sndiri nak mkn..janji ada rasa...hehe..Yg pasti cik nor dapat jimat RM20 dalam seminggu..
ReplyDeleteTq sharing info Anies :)
ReplyDeletenice sharing..
ReplyDeletegood info.. tq anies share tip-tip ni.. :)
ReplyDeletegood info..tq Anies share tips-tips ni.. :)
ReplyDeletetangani gst dgn bijak nangis pun xguna...
ReplyDeleteMenarik semua info ni anies
ReplyDeleteKlau hidup biasa2 dr dulu...tk rasa sgtlh...biasa susah..mknan ala kadar tk ada gst...lailh klu biasa mkn mewah....mcmmna pun terkesan juga bila bdk2 bel kt luar..semua duitkn...
Terima kasih atas perkongsian tips Anies... Zumal nie rasa tak pernah guna duit secara mengkhinzir buta sebab income kekadang tak menentu, kekadang kena puasa jer ^^
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian tips Anies... Zumal nie rasa tak pernah guna duit secara mengkhinzir buta sebab income kekadang tak menentu, kekadang kena puasa jer ^^
ReplyDeletezaman GST ni mmng kena bejimat cermat
ReplyDeletependapat yang bernas dan berguna... masalah dari dulu sampai kini rasanya sentiasa ada ... cara nak menyelesaikannyer yang paling utama..
ReplyDeleteterbaik la tips2 nie anies.. dah lama teringin nak join seminar Dr.Azizan Osman..dengarnya best.. tapi masih tak berpeluang lagii..=D
ReplyDeleteTumb Up!
ReplyDeleteBukan setakat GST sahaja tetapi kad kredit juga satu isu. Masaalahnya rakyat Malaysia ni suka berbelanja melebihi pendapatan. Kalau pandai masak, lagi besar periok tidak bermakna lagi besar keraknya kecuali kalau masih guna dapur kayu (masih berfikiran kolot)
nice sharing
ReplyDeleteSkrng kita srmua kena lebih berhalus dlm menguruskan perbelanjaan.Nak marah pun benda dah berjln.. buat sakit hati sendiri shj. Berdoa jelah yg baik2 shj.. mudah2an kewangan kita terurus dgn baik tak mcm pengurusan kewangan negara.. wallahualam.
ReplyDeleteTips nya sangat bermanfaat nih kak :)
ReplyDeletethanks for the tips anies :)
ReplyDeleteSince Gst start saya lebih bejimat.kalo.dl.bl sabun bsh baju dan softlan tapi sekarang saya cari sabun bsh baju yg dah sekali dgn pewangi.then ank sulung pun dh toilet training awal2.dah jimat duit beli diapers.boleh tampung utk GST
ReplyDeleteBagus tips GST Anies ni. Memang kita sekarang perlu cari alternatif untuk jaga kewangan :)
ReplyDeletetq for sharing anies
ReplyDelete'mengkhinzir" buta? kihkihkih...
ReplyDeletealhamdulillah, kak dah ambil langkah awal dengan menaiki kereta kecil n cc kecil. so sedikit sebanyak jimatlah kos minyak...
Panduan yang sangat berguna.
ReplyDeleteMemang sepatutnya kita menyimak kembali perbelanjaan kita supaya boleh kurangkan part2 yang ala2 membazir.
Lagi bagus kalau kita buat belanjawan khas untuk perbelanjaan bulanan.
Tp klu ada bajet, tangkap terus tiket linkin park tu. Ikat perut sikit pun tak pe, janji dpt layan konsert huhu.. :D
ReplyDeleteorg yg selalu merungut psl gst adalah mrk yg x bersyukur . konon belanja meningkat tapi masih ada rm utk mkn sekeluarga di luar setiap hujung minggu , masih ada nafsu utk shopping brg berjenama apatah lagi pergi bercuti , masih drive keta , masih ada rumah selesa , masih blh berhibur dgn astro ... mangsa banjir tu lagi daif sbb masih dok dlm khemah ... muhasabah diri lah ...
ReplyDeletePengangkutan awam pun dh mahal skunk ni, naik basikal je jimat&sihat.... Kalau kita pandai b'jimat&uruskan pendapatan semuanya xjadi mslh kot....;-)
ReplyDeletePengangkutan awam pun dh mahal skunk ni, naik basikal je jimat&sihat.... Kalau kita pandai b'jimat&uruskan pendapatan semuanya xjadi mslh kot....;-)
ReplyDeleteAssalam anies,
ReplyDeleteiols baca sebijik2
ada yang memang iols dah praktik
ada yang belom prktik & akan mola praktik :)
moga kita semua dapat manfaat
mmg dengan perlaksanaan gst ni.. families kena mrancang betul2 perbelanjaan.. jgn membazir n beli apa yg patut je.. yang xde gji mcm CT pun kena duduk dendiam.. bab kata Annies !! jangan bakar duit !! ahahaha..
ReplyDeletemenarik entry ni..betul jugak, dari dok membebel dan mengeluh, yang belum tentu ke mana, baik cari jalan nak berjimat.
ReplyDeletekalau tak berjimat nanti 24.7 tak lepas..hehe
suka tips ni..bykkan usaha dari sibuk mengeluh sepanjang mse.. :)
ReplyDeleteterbaikk anis..nice sharing! memang sekarang betul2 kena ikut tips ni..
ReplyDeletetips yg bagus.. tambah sedekah tu pun bagus juga jgn semakin kede. hehe
ReplyDeleteskrg nk beli brg tak berfaedah pun fikir byk kali
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆