Ini yang buat anda sibuk tetapi tiada duit
12:00 pm
✿...السلام عليكم✿
Antara perkara penting yang ramai orang mahukan tetapi "struggle" untuk dicapai adalah Kebebasan Masa dan disertai Kebebasan Wang.
Cuba perhatikan sekeliling kita. Ada orang... ada wang tetapi tiada masa. Ada orang ada masa tetapi tiada wang. Tetapi yang paling parah adalah tiada wang, tiada masa dan untuk beribadat pun tiada masa!
Anda boleh cakap wang tidak penting tetapi eventually wang adalah alat yang bagus yang jika anda ada dan tahu menggunakannya, anda lebih mudah untuk mencapai kebebasan masa supaya anda boleh pilih untuk beribadat dan membantu ramai orang dengannya.
Kebebasan masa dan wang adalah 2 perkara yang tidak akan diajar di sekolah atau di universiti kerana sistem pendidikan kita mengajar supaya kita menjadi pekerja dan bekerja hingga pencen. Umur pencen di Barat telah dinaikkan hingga 60 tahun dan ada yang 65 tahun. Kita pun mungkin akan menurut sistem yang sama.
Satu masa dahulu, saya pun hampir-hampir terikut-ikut sistem yang ada iaitu belajar pandai-pandai then dapatkan kerja yang "bagus". "Bagus" bagi setiap orang berbeza. "Bagus" bagi orang yang bekerja macam saya suatu masa dahulu adalah RM1500 - RM2000 sebulan dan kemudian kita bandingkan dengan kawan kita yang dapat RM1000 - RM1500 sebulan.
(gambar hiasan je ni)
Memanglah "rasa bagus". Tapi bila saya kenali mereka yang berniaga dan berjaya melalui perniagaan mereka, mereka bukan sahaja mempunyai bracket pendapatan ratusan ribu ke jutaan ringgit setahun tetapi mereka ada masa yang berkualiti dengan keluarga mereka. Mereka banyak buat sumbangan wang serta khidmat masyarakat serta mereka ada masa untuk solat berjemaah dan mengaji kitab.
Of course ada yang kaya tapi tiada masa untuk keluarga, tiada masa untuk ke masjid dan tidak menyumbang kepada masyarakat. Bukan orang kaya sahaja, mereka yang tak kaya pun lagi ramai macam tu.
Point saya adalah, ini hidup kita dan kita sebenarnya ada pilihan untuk tentukan hidup bagaimana yang kita mahu bina... yang terbaik untuk dunia dan akhirat kita.
Ini soalan yang saya cadangkan. Anda tanya kepada diri sendiri dan ini mengambil assumption bahawa sekiranya Allah SWT berikan anda kesihatan dan umur yang panjang sebagaimana doa anda setiap kali lepas solat, adakah kehidupan anda hari ini semakin hari semakin mendekati kebebasan masa dan wang agar anda mempunyai masa untuk-Nya?
Jika ya, baguslah. Jika tidak, pastikan ia menjadi antara agenda utama anda tahun ini iaitu untuk belajar bagaimana untuk merancang agar anda "on-track" mencapainya segera. Jangan tunggu pencen baru nak ada masa dengan keluarga atau Tuhan kerana waktu itu belum tentu sampai.
Berapa ramai hari ini sibuk kerja tetapi gaji masih tidak cukup dan tiada masa serta tidak mampu memberikan kehidupan yang tenang kepada keluarga? Rumah pun tidak mampu nak beli.
Sebab itu, antara solusinya adalah mempelajari ilmu berniaga, ilmu pelaburan yang sebenar serta ilmu pemasaran kerana ilmu-ilmu ini telah terbukti berjaya membebaskan ramai daripada belenggu makan gaji dengan mencapai kewangan yang kukuh dalam masa yang singkat serta bebas masa. Of course semuanya juga mudah apabila ada perhubungan yang bagus dengan Allah SWT yang Maha Berkuasa.
Ikutilah prinsip ini D.U.I.T.S: Doa, Usaha, Ilmu, Tawakal & Strategi
sumber diubahsuai daripada: emel Dr. Hj. Azizan Osman
26 Words of Lo♥e
memang deep ni.bagi saya, yang penting balance n moderation..tapi tulah, cakap memang senang.bukan mudah nak berjaya di dunia dan cemerlang dia akhirat.
ReplyDeletesebab tu kita perlu selalu ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.
ReplyDelete1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati
Bila awak post pasal topik ni, I realized that I need to change ASAP.... terlalu lama dibuai angan2..
tq..
setuju sangat dengan kata-kata takkan tunggu bersara baru nak luang masa.sebab masa tu belum tentu sampai.duania dan akhirat kena balance.
ReplyDeletesibuk ngan duniawi
ReplyDeletemak selalu pesan..kerja dengan ikhlas baru dpt rezeki yg halal lagi berkat..dan inshaaAllah duit sentiasa cukup
ReplyDeleteterbaekkkk...
ReplyDeletesuka yg rasa bgus tu....
ReplyDeletesibuk lagu mana pun kita hamba Allah.rezeki Dia yang bgikan..
bersedekah antaranya..lgi bertambah dn berganda kita dpt..
jgn sibuk cari duit..dh dpt byk dah tapi rasa tak cukup jer...apa tu tandanya..?
Boleh tak saya order 100RM ajah hehe
ReplyDeleteAssalam anies,
ReplyDeleteiols setuju sesangat
bagi iols masa bersama family memang paling penting
tak kan boleh dibeli dengan wang
wang tak kekal
Hidup ni mesti ada pro&kontra, bersyukur & berusahala menjadi yang terbaik.....;-)
ReplyDeleteSetuju sgt dgn entri ni. Mmg betul apa yg dikatakan... mempelajari ilmu perniagaan atau pelaburan tak semestinya dah kaya. Kita boleh mengusahakannya mengikut kemampuan.. lama2 Allah akan bagi jalan yg membuatkan kita faham ttg apa yg kita lakukan tu. Menyimpan juga memerlukan ilmu... teringat tazkirah cakap.. klu kita mengejar akhirat, dunia pasti akan mengejar kita.. Sekarang ramai yg sibuk mengejar dunia sampai tak ada masa utk beribadah. Paling sedih sedar2 dah tua je.. kaya pun tak.. astagfirullah. Peringatan buat diri sendiri juga.. t kasih atas peringatan & perkongsian ini Anies.. :)
ReplyDeleteSetuju sangat pendapat ni Anies :)
ReplyDeleteada beberapa anak buah saya faham dgn konsep belajar utk tambah ilmu bukan utk dptkan kerja yg bagus krn mrk sudah set utk cari pendapatan dgn usaha mrk sendiri wpun ada degree ...
ReplyDeleteBetul kadang orang terlampau bizi bekerja cari duit. Masa berkualiti bersamma keluarga tiada. Kesian anak-anak membesar kurang kasih sayang.
ReplyDeleteentry yang bagus
ReplyDeletemoga kita tak dibelenggu lagi dengan fikiran sempit
saya setuju dngn entry anies
ReplyDeletedalam perniagaan amat luas rezekinya kalau berminat ceburi dlm bidangnya..bersabar dgn naik turunnya...tapi yg susah nk memulakannya...
ReplyDeletedeep sangat kak... sentiasa ingat Allah dan berusaha untuk jadi lebih baik :)
ReplyDeleteZumal masih mencari sesuatu yang bebas dan menenangkan... Moga 2015 nie ia jadi kenyataan...
ReplyDeletePendapat AB, walaupun kerja makan gaji, if kita sentiasa berzakat, bersedekah, berbuat baik dengan ibu bapa kita,insyaAllah hidup kita akan diberkati.
ReplyDeleteKita hanya bisa berusaha, berharap dan berdoa, keputusan serta hasil semua ada di tangan NYA :)
ReplyDeletewahhh suke la entry ni terbaik!
ReplyDeletepenah dengar orang cakap.. kalau dalam wallet ada rm50 as note paling besar n niat nak bersdekah elokla kasi duit yng paling besar nilai.. tapi kita mesti reluctant kan ? sebab kita rasa tak yakin dengan ganjaran yang kita bakal dapat.. dimata kita.. kita nampak rezeki tu dalam bentuk nilaian duit.. tapi hakikat sbenar adalah dalam banyak2 bentuk..
ReplyDeletedunia dan akhirat mesti ada keseimbangan...baru aman hidup...
ReplyDeleteharap2 dpt ikut jejak mak berniaga.. memang tgh kumpul modal utk bisness. nice sharing anies :)
ReplyDeletemkn gaji xbest sgt.
Bagus perkongsian anies nie..i like..=D
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆