#NNPremiereScreening #LucyMovie. TQVM Nuffnang!

11:49 am

✿...السلام عليكم✿

Sinopsis

Kisah bermula apabila Lucy (Scarlett Johansson), 
seorang pelajar yang tinggal di Taiwan telah disuruh
oleh Richard untuk menghantar 'barang' kepada
seorang lelaki bernama Mr. Jang. pada mulanya
Lucy enggan berbuat sedemikian tetapi terpaksa
melakukannya selepas dia digari oleh Richard.

sebaik sahaja bertemu dengan orang
suruhan Mr. Jang, Richard ditembak mati dan
Lucy ditangkap oleh mereka.

Lucy yang ketakutan berusaha untuk membebaskan
diri tetapi tidak berjaya. selepas menyaksikan
seseorang dibunuh oleh Mr. Jang, Lucy telah
ditawarkan kerja oleh Mr. Jang iaitu sebagai
keldai dadah bersama 3 orang yang lain.

dadah yang hendak diedarkan itu perlu disimpan
di dalam perut melalui pembedahan. Lucy, tanpa
sedar telah dibedah tanpa pengetahuannya.

ketika ditangkap, perut Lucy telah ditendang beberapa
kali sehingga menyebabkan bungkusan dadah di dalam perutnya
'pecah' dan aktif. kesannya, dadah itu telah menukarkan
Lucy daripada seorang perempuan yang biasa kepada
seorang yang luar biasa dengan kemampuan
boleh menguasai minda dan otaknya hingga 100%
berbanding otak manusia biasa di mana kemampuannya
hanya sekitar 8 - 10% sahaja.

my review

selepas menonton, apa yang anies boleh simpulkan
filem ini mirip filem The Matrix. bezanya
filem ini tiada superhero yang perlu menyelamatkan
manusia, bumi atau alam yang lain.

filem ni juga bagi anies, umpama kita sedang
menelaah buku fizik dan biologi. so, bagi mereka
yang sukakan filem yang 'memerlukan otak'...
bolehlah layan filem ni.

jalan ceritanya ringkas dan straight to the point.
cuma di 15 minit terakhir, plot cerita berlangsung
begitu pantas dan 'terpaksa' buat kesimpulan sendiri
kenapa Lucy tiba-tiba 'diserap oleh komputer'.

penampilan Choi Min-Sik (pelakon Korea) sebagai
Mr. Jang - pada pandangan anies, kalau wataknya
dijadikan 'lebih jahat' lagi, mungkin cerita ni
lebih 'kick' daripada cerita2 yang seumpama dengannya.

dari 5*****, anies beri 4**** 1/2.
cerita ni tak bosan. ada adengan ngeri, suspen dan paling
best bagi anies, ada sesuatu yang dapat dipelajari iaitu
bagaimana otak kita, meskipun saiznya kecil tapi
kemampuannya mampu menggegarkan alam ini.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TERIMA KASIH BANYAK2
kepada pihak Nuffnang kerana
memilih anies sebagai salah
seorang pemenang untuk menghadiri
tayangan perdana ni.

tiket.
sama macam sebelum ni, sesat sekejap dalam OU.

goodies button badge.
boleh buat koleksi pasni ;-)

Alhamdulillah... melekat lagi.
terima kasih Nuffnang!
tenggek lama2 tau!
sebelum terlupa, TERIMA KASIH kepada yu ols yang sudi klik
mana2 adv. kat blog ni! 
may Allah bless u!!

ada cerita sensasi antara anies dan Encik Nuffnang. nak tau apa dia? tungguuuuuu

Kisah Silam Untuk Masa Depan

32 Words of Lo♥e

  1. wah pergi yer tengok lucy tu...akak tak dapat nak join... hu hu hu...

    ReplyDelete
  2. tahniahlah ye..anies semoga sentiasa murah rezeki

    ReplyDelete
  3. siapa yang suka cerita sains sesuai sangatlah anies..

    ReplyDelete
  4. salam. wahhh seronok tu...tahniah tau!

    ReplyDelete
  5. murahnya rezeki..alhamdulillah..tahniah ya..

    ReplyDelete
  6. wah... dh tengok eh cerita nie.. seronoknye.. tgk bts dye mcm best je.. hihi

    ReplyDelete
  7. cerita matrix tu pun akak tak tengok sebab pening ..hahahha..akak memang tak minat filem gini..kalau filem gelak2 lawan2 yang jalan ceritanya jelas dan rinagn ok je..akak layan..haha...malas nak berfikir punya pasal.:p

    **ha ah..anies..kena tunggu giliran..sebab tu akak kalau ambik review kena ambik satu2..tak mau ambik banyak2..semua kena tunggu giliran...

    ReplyDelete
  8. wahh anis bestnyaa dah tengok dulu movie lucy ni..

    ReplyDelete
  9. hehe, sinopsis cm mnarik..bley pulk dadah tu tukaq org jdi superhero eh..wajib tgk ni! congrats on nuffnang!

    ReplyDelete
  10. dapat tiket free lagi ke Anies?

    ReplyDelete
  11. bestnya cerita lucy!xleh nak layan wayang lg skang..huhu

    ReplyDelete
  12. wah...tahniah anies...
    geng baik dengan encik nuffnang nih

    p/s tak mati lak dia ya bila dadah dalam perut dia tu pecah:-))

    ReplyDelete
  13. ada tengok juga beberapa kawan blogger yang pergi. seronoknya kalau dapat join

    ReplyDelete
  14. wah.. tengok wayang free.. seronoklah...

    ReplyDelete
  15. menarik filemnya...paling best sbb nuffnang sponsor previewnya..tahniah.

    ReplyDelete
  16. Asyik kak Anis... ternyata pandai review film juga ya :)

    ReplyDelete
  17. Congrats Anies.. semoga sentiasa dimurahkan rezeki.. aamiin.
    Skrng ada burung biru je.. nnti terjah lagi.. :)

    ReplyDelete
  18. wah selamat ya de, pasti seneng banget dapet hadiah nonton tayangan perdana

    ReplyDelete
  19. wahh.. anies ni mmg sesuai tulis review cerita tau.. ngeee
    btw sy nak bgtahu yg parcel yg anies anta tu,sy xdpt pun lg..mohon anies smk tracking nbe ye.m tq so much!

    ReplyDelete
  20. Ma2m best je anies..nanti akak nak tengok la :-)

    ReplyDelete
  21. Wah, menarik gak jalan cerita dia. Boleh tengok nanti ^_^

    ReplyDelete
  22. waa...murah rezeki anieas..
    kiranya ala sains fiksyen skit la movie ni.. suka tgk ..tp mmg xleh tgk kat wayang..rasanya asya mmg xkan layan kot citer camni,.. huhu..skarang nk tgk citer kna pilih y sesuai utk anak..

    ReplyDelete
  23. dah lama tak buka akaun nuffnang. hahaha

    ReplyDelete
  24. Dah lama farah tak tgk wayang...huhuhu..

    ReplyDelete
  25. Waaa ada scandal ngan nuffnang ek..seronok org banjer jd yg terawal tgk movie..up to date gituu

    ReplyDelete
  26. Sinopsis cerita macam best... tp anies bg 4 1/2 stars out of 5 stars... mmg best la cite ni dak...

    ReplyDelete
  27. cerita best ni, bila la nk pegi ke panggung agaknyer ;)

    ReplyDelete
  28. ajak intern pi tngok. dia kata xbest sbb otak boleh menguasai seseorang. erkk betul ke

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆