"Aku tak pernah beraya since darjah 3!"
1:10 pm
✿...السلام عليكم✿
“Macam mana? jadi tak ni?” soal officemate aku.
“err... boleh ke ni?”
“ish, apa pulak tak bolehnya?”
“aku... seganlah...”
“nak segan mende nyer...
bukan ada sesiapa pun kat rumah aku tu.
hah, macam ni. kalau kau rasa segan,
kau duduk je dalam bilik bila ada orang datang...”
cadang officemate aku.
“kalau aku duduk je, nanti apa pulak kata family kau...”
aku kurang bersetuju dengan cadangannya itu.
walaupun dia kawan aku, tapi aku masih ada adab.
aku tak sesekali bersenang lenang
di rumah orang lain dan buat rumah tu macam rumah aku.
no, no!
"alaa... rileks laa... aku pun macam tu juga bila balik kampung."
aku terdiam dan tak tahu macam mana nak membalas.
"hah, tak pun... kau ikut aku.
kita ronda-ronda satu kampung. macam mana?"
aku memikirkan sejenak cadangan itu.
"boleh juga..." jawab aku yang sebenarnya masih teragak-agak
maklum sahajalah, ini kali pertama aku beraya di halaman
orang dan kali pertama juga aku merayakan Aidilfitri!
tak percaya? tapi... silalah percaya!
tahun ni merupakan kali pertama aku menyambut lebaran.
“hah, kau biar betul ni?” soal officemate aku pada suatu hari.
aku mengangguk.
“kau tak pernah beraya since kau darjah 3?”
aku mengangguk lagi.
"lepas mak aku meninggal, aku tak pernah beraya."
“maknanya, dah lebih 30 tahun kau tak beraya?"
kepalaku angguk lagi.
aku lihat, kawan aku ketawa dan menggeleng.
mereka tak percayalah tu!
“habis tu, selama ni kau beraya macam mana?”
soal kawanku yang lain.
“yelah... pagi raya kau buat apa?
tak kan kau tidur sampai ke petang?”
soal kawan aku yang duduk di meja sebelah aku.
aku tersenyum.
“aku tak tidur. aku pergi solat raya tapi lepas tu aku duduk je kat rumah.”
“kau tak pergi beraya?”
“tak pernah!”
“masya-Allah....” serentak kedengaran kawan-kawanku seperti mengeluh.
“habis tu, duit raya? kau tak pernah dapat?
kau tak pernah beri?”
aku menggeleng dan mereka juga turut menggeleng.
“baju raya?”
“tak pernah ada!”
“hah, kau ni biar betul?
apa.. selama ni kau beraya kat dalam hutan ke?”
aku ketawa sambil menggeleng.
“aku pergi ke masjid pakai t-shirt dan kain pelekat je...”
“orang lain tak pandang kau ke?”
“entah...”
selepas itu, kawan-kawan aku berborak sesama mereka.
topik hangat tentulah pasal aku yang tak pernah beraya ni.
eh, besar sangat ke masalah aku tak pernah beraya ni?
“macam ni la... kau ikut aku balik kampung dan beraya.
memandangkan beberapa bulan yang lepas,
abah kau dah meninggal, so kau cakaplah dengan
family kau yang kau nak beraya dengan aku.
macam mana?”
aku terdiam seketika.
“nantilah... aku fikirkan...”
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ini adalah KISAH BENAR tapi
ianya bukan berlaku pada anies.
ia berlaku pada someone yang anies kenal.
memula dengar pasal hal ni, memang terkejut jugalah.
yelah... bunyi macam selama ni dia duduk kat oversea.
tak pernah beraya. tak pernah ada baju raya.
tapi tak tahulah pulak sama ada dia pernah makan
ketupat, lemang, kuih raya etc. atau sebaliknya.
nak kata dia datang dari keluarga miskin, tak juga.
sebab dia duduk di kawasan perumahan.
nak kata dia tak ada pendapatan,
mustahillah sebab dia ada kerjaya dan
masih belum berkahwin.
apa2 pun, harap2nya setelah dia beraya di halaman
orang pada raya yang lepas, tahun ni dia bersemangat sikit
nak beraya. at least ada beli sehelai baju dan
merayakan bulan kemenangan ini bersama family.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
terima kasih YAB Nuffnang yang sudi beri
duit raya walaupun mem besar blog ni,
mood dia ke laut sejak akhir2 ni.
BW pun jalan sekali harung!
btw, terima kasih Nuffnang!
dan di kesempatan ini, anies ingin mengucapkan
selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.
segala silap dan salah yang dilakukan
sama ada sengaja atau pun tidak,
mohon setulus hati agar diberi kemaafan.
yang pulang beraya, semoga selamat
pulang dan selamat kembali.
hati2 di jalan raya!
#pray4MH17
#pray4MH370
#pray4Gaza
#pray4MH17
#pray4MH370
#pray4Gaza
45 Words of Lo♥e
Selamat hari raya anies..maaf kalau ada tulisan atau komen akak yang mengguris perassan..semoga persahabatan kita akan terus kekal..
ReplyDeleteYa lah hari raya tinggal beberapa lagi...
ReplyDeletesalam kak Anies...Majlah Aisyah dah sampai td..terima lasih kak ^_^..saya suka
ReplyDeleteSelamat hari raya juga..
ReplyDeletekesian juga..
ikut yg afdal raya sehari jer..mungkin dia raya sehari tu jerlh..
org lain je lbih2..knor pun mcm dia juga, raya suka duk rmh..
Selamat Hari Raya buat Anies sekeluarga.. Maaf Zahir Dan Batin..
ReplyDeleteMoga Anies gembira menyambut hari lebaran ini bersama keluarga tersayang..
kesiannya..dh 30x raya dia bazirkan mcm tu jer...kecik lagi kot time tu 3tahun?? ades...tacing lak rsa huhu
ReplyDeletekesiannya..moga dia terbuka hati untuk beraya walopon secara berserdahana..:(
ReplyDeleteSelamat Hari Raya buat Anies..kaksura pon nak ucapkan salam aidilfitri maaf zahir batin sepanjang hubungan kita dialam maya ini.:)
selamat hari raya anis.. kesiannya hampir 30 tahun dia tak beraya..
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri buat Anies sekeluarga..
ReplyDeleteBerhati-hati semasa dijalan raya ye ^__^
Takda adik beradik ke dia? Saya pun sedih jugak. Takda kampung. Hehe. Raya kat kl je.
ReplyDeleteselamat berhari raya anies...moga kwn tu mndpt inspirasi beraya dgn gmbira di laman kawannya...
ReplyDeleteSelamat hari raya anies..maaf salah silap acik masa tinggal komen ye
ReplyDeleteAda juga manusia macam tu rasanya semuanya bermula dengan didikan.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin Anies...
Salam lebaran yer Anies... Zumal pun ada satu masa macam tak raya jer... Tapi tak la bertahun-tahun...
ReplyDeletesalam. huisshhh macam tak percaya pulak rasanya..
ReplyDeleteapapun tahniah dapat cpuv :))
salam lebaran jg ya kak
ReplyDeletemohon mav lahir dan bathin :)
amboi, YAB Nuffnang yer..mantop..hehe..slmt hri rya..maaf zahir n batin klau ada tersalh mna2 dlm dunia blogging ni..
ReplyDeleteselamat hari raya anies...
ReplyDeletekisah benar ke tu anies?? ciannya.. sedih plak baca.. dia dh terlepas zaman kanak2 yg gumbira kutip duit raya.. beraya dr umah ke umah.. besarnya kesan ketiadaan ibu :'( Smoga tahun ni mampu mengubah segalanya. Aamiinn..
ReplyDeletep/s: SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN ANIES! SALAM 0-0 walaupun kenal kat cni je :)
As salam...
ReplyDeleteSalam Aidilfitri kembali... Maaf Zahir & batin di atas segala salah dan silap dalam perkenalan maya kita samada sengaja mahupun tidak.
ketupat rendang kueh bahulu,
ReplyDeleteenak dimakan bersama keluarga,
wahai teman wahai saudaraku,
mari bermaafan dihari raya.
#kosongkosong kalau ada yang terasa hati dengan komen ana ya..
selamat hari raya dan maaf zahir batin dari kami sekeluarga...
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Anies, kita kosong2 k.... BTW goodies dr Anies dh terima comel sngt siap mencetuskan fenomena tau, TQ Anies....;-)
ReplyDeletekisah benar lak tue
ReplyDeleteadusss... ingtkan novel tadi
selamat hari raya anies... maaf zahir & batin
slamat ari raya sis...maaf zahir & batin kalau ade slh & silap selama kenal di alam maya ni...
ReplyDeleteselamat hari raya .. maaf zahir dan batin...
ReplyDeleteassalamualaikum anies...selamat menyambut hari raya yer...;)
ReplyDeletesalam. singgah sini sebelum bercuti raya esok hehehhe
ReplyDeletesalam jumaat & selamat hari raya..salam kosong kosong eh hehehee
Haha anis tahu tak , saya dah keliru dengan identiti anis td.. Memula masuk blog, nampak nama perrmpuan , tiba2 pergi raya pakai kain pelekat .. Eh blog lelaki tapi tema blog mcm pompuan sebab pink2 gitu .. Kiki.. Kelakar oherwise tu, ingatkan ada mksud tertentu .. Btw selamat hari raya too !!!
ReplyDeletePanjang berjela entry pasal tak pernah beraya seumur hidup. Pelik juga. Tapi tak mustahil kan?
ReplyDeleteSalam aidil fitri buat Anies sekeluarga.
selamat hari raya buat anies sekeluarga..
ReplyDeletewoot woot 30tahun xberaya?nway salam adilfitri.. :)
ReplyDeleteSelamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin.
ReplyDeleteSalam ceria Aidilfitri ikhlas dari saya... :)
err alaa ciannye kwn yg x beraya tu.. mcm drama pulak kisah die hurmm..
ReplyDeleteslmt hari raya kak anies. maaf zahir & batin jugak ye wlupon kenal di alam blog je :)
sedih juga tu tak pernah beraya hampir 30 tahun.moga2 tahun ni ada pengalaman raya best :)
ReplyDeletesalam aidilfitri.mohon maaf zahir dan batin.blogwalking before raya :D
Huhu..biar betul?
ReplyDeleteErmmm..first time dengar kisah macam ni.
Kita plk tak pernah tak raya ye Anies.
ReplyDeleteSelamat hari raya aidilfitri Anies, maaf jika ada salah dan silap ye.
Ya Allah sedihnya..tak sgka masih de yg xpernah beraya
ReplyDeleteUfuk Ramadhan mulai memudar, Cahaya Syawal kian memancar, Dosa dan Khilaf saatnya dibakar, Marah dan Dendam saatnya dikubur. Kadang hati berburuk sangka, Langkah membekas lara, Tutur kata tidak terjaga, Tingkah laku membawa luka. Andai tangan tak dapat berjabat, Setidaknya kata masih terucap : "Selamat IDUL FITRI 1435H, Minal Aydin Walfaidzin, Mohon Maaf Lahir dan Batin ya :)
ReplyDeletebanyak kisah hidup orang yang kita tak tahu.
ReplyDeletecongraz dear ;)
ReplyDeleteada juga eh org macam ni.. seumur hidup tak beraya. lepas kawen mesti berubah kan.
ReplyDeleteselamat hari raya kak!
ReplyDeletehahaha kita pun tak suka pergi beraya. lagi lagi kalau ikut parents, dah la tak kenal pun terpaksa je la duduk diam
Maaf zahir batin selamat hari raya
ReplyDeleteSelamat hari raya maaf zahir dan batin
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆