Her : kesepian, jatuh cinta, ketaksuban teknologi dan realiti

9:52 am

...السلام عليكم

Cinta boleh hadir dalam dua bentuk,
sama ada secara emosi atau fizikal.

ditulis dan diarahkan oleh Spike Jonze, 
Her merupakan sebuah cerita romantis yang disampaikan dalam satu sisi yang lain,
betapa ketaksuban terhadap teknologi atau gajet 
yang kini lebih dikenali sebagai telefon pintar
secara tidak langsung boleh membunuh perhubungan sosial,
tetapi dalam masa yang sama juga boleh merobek jiwa seserang tanpa perlu bersenjata.

seorang lelaki, Theodore Twombly lakonan Joaquin Pheonix yang bekerja sebagai penulis 
di sebuah portal Beautifulhandwrittenletters.com.
kerjayanya adalah memberi perkhidmatan menulis surat-surat cinta 
bagi memenuhi individu-individu
yang malas berfikir tetapi mahukan ayat-ayat manis
dan bertepatan dengan jenis hubungan yang berlangsung.

di hadapan komputer, Theodore begitu handal menelaah perasaan dan permintaan orang lain,
tetapi dalam kehidupan peribadinya, 
jiwanya berkecamuk dengan masalah apabila ditinggalkan isterinya.
hidup dalam tekanan, Theodore menemui sebuah
keindahan baharu apabila jatuh cinta dengan Samantha,
seorang wanita tetapi mereka tidak pernah bertentangan mata.
mereka hanya berhubung dan bercakap menerusi / secara maya!
dan Samantha hanyalah suara yang diwujudkan di dalam OS! (operating system)

ramai yang berpendapat bahawa karya ini merupakan 
buah tangan terbaik yang pernah dihasilkan oleh Spike Jonze.
bersendirian, kesepian cinta, persefahaman, keresahan serta apa sahaja 
yang berkaitan dengan perasaan, divisualkan penuh terperinci menerusi lakonan Joaquin.

Her dilihat sangat dekat dengan realiti semasa,
kecenderungan dan kegilaan manusia terhadap teknologi telefon dan komunikasi maya.
persembahan Joaquin tiada cacat-celanya. 
lelaki berwajah autentik dengan ekspresi yang boleh mencengkam emosi,

Joaquin secara solo menghanyutkan penonton tanpa perlu ada karakter lain di sisinya.
dalam filem ini, pesona dan keseksian Scarlett Johannson 
hanya dipantulkan menerusi suaranya.
setiap kali memulakan perbualan,
ucap selamat daripada suara Scarlett boleh mencairkan sesiapa yang mendengarnya.

filem Her juga cemerlang daripada segi kreativiti.
pengarah filem ini telah berjaya memberi satu definisi lain tentang kota Los Angeles.
pencahayaan serta warna-warna pastel yang digunakan membentuk sebuah suasana yang romantik
yang jarang dapat dikesan  dalam filem-filem lain yang berlatarkan LA sebelum ini.
kehidupan warga kota yang hanya peduli masalah sendiri jelas dipancarkan oleh Spike.

kredit: Kosmo.

klasifikasi: 18
genre: komedi / drama / romantik
pelakon: Joaquin Pheonix, Amy Adams, Rooney Mara, Olivia Wilde dan Scarlett Johansson.

komen: personally, anies suka jalan ceritanya yang releks, smooth dan tidak berserabut.
dari mula menonton, kita akan tertanya2,
apakah kesudahan yang menimpa Theodore.
adakah beliau akan bersatu semula dengan isterinya?
atau, beliau akhirnya bertemu dan  bertentangan mata dengan 'the real Samantha'?
atau Theodore jatuh cinta dengan rakan baiknya sendiri?

memang benar ulasan yang disampaikan di atas.
filem ini sangat dekat dengan realiti kehidupan hari ini.
ketaksuban manusia terhadap teknologi menyebabkan,
tanpa sedar ianya 'telah membunuh' jiwa dan ruang sosial manusia.
sinematografi yang cantik membuatkan penonton tidak akan meninggalkan tempat duduk hingga ke akhir cerita.

score: 3 1/2 ***

poster filem.
memang tak bernafsu bila tengok.
dah lah tak hensem.
background pula guna kaler pink!
ekekeke

kudapan sambil layan filem ni.
lokasi: TGV KLCC 
(hangin sekejap sebab cerita ni tak ditayangkan di Festival City dan Wangsa Walk! so terpaksa menapak ke KLCC! ggrrrr...

Kisah Silam Untuk Masa Depan

23 Words of Lo♥e

  1. Roti kea tuuu. Cm sedappppp jeaaa. Hihi

    ReplyDelete
  2. tuggu astro first..
    sorang2 aje ke?

    ReplyDelete
  3. mesti ada kene mengena dgn anies juga ni ..kesepian dn teknologi..memasing lyn tap..kan..kan

    ReplyDelete
  4. menarik filem ni..leka dgn gajet terkini rasanya xperlu ke panggung lagi kut...

    ReplyDelete
  5. lama tak tgk wayang. >_<

    kudapan tu sedap nye

    ReplyDelete
  6. suatu hari nanti mesti dapat tengok jugak citer ni. Maklumlah kak ni masa muda dodulu je kaki wayang. sekarang dah tak jejak dah.. prinsip ni dah 11 tahun pegang.

    ntah bila lah nak break prinsip ni. hahaha...

    ReplyDelete
  7. Tengok poster tu semacam jer kan..hihihi
    Tapi ceritanya menarik..tnggu tengok panggung astro first di umah jer lah...tak sabar ni..

    ReplyDelete
  8. menarik...
    tgu kuaq tv jer la..
    nak g tgk wayang mcm x dpt jerrr

    ReplyDelete
  9. macam menarik je....citer nie....

    ReplyDelete
  10. salam Anies..gelak k.atie baca komen anies kat bawah poster kaler pink tuh!

    ReplyDelete
  11. wah bagus sepertinya film ini, jadi penasaran saya mbak anies :)

    ReplyDelete
  12. saya dah lama tak gi wayang..hahaha

    cerita yg santai macam ni, tapi penuh dgn mesej, mmg best gi tgk

    ReplyDelete
  13. sepertinya film yang menarik dan layak dilihat

    ReplyDelete
  14. amboi semangat nak gak tengok wayangtu yerk... takperler bestkan berbalooi baloi.. betuiler dunia dah tak sama cam dulu2ler... nak buat camner tak ikut ketinggalan... jangan taksub ngat dahler...

    ReplyDelete
  15. best tengok wayang sambil makan roti..

    ReplyDelete
  16. kalau kesepian getu, saya biasanya pergi ke mall mbak buat cari hiburan dan sekalian belanja hehe :D

    ReplyDelete
  17. n3 yang buat kita berfikir2 ni !

    ReplyDelete
  18. xtgk lg movie ni.. tunggu hujung bulan la. hehe. buat marathon. dh pandai seludup masuk makanan

    ReplyDelete
  19. macam bestlah pulak gaya cik anies bercerita.. hari tu tengok poster pon tak berselera nak tonton filem ni.. never judge the film by its cover rite? hehe.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆