Marshmallow : halal, tasty and cheap
5:30 am
...السلام عليكم
Salah satu persiapan terpenting bagi sesebuah majlis perkahwinan adalah menyediakan berkat untuk diberi kepada tetamu yang hadir.
(FYI - perkataan 'berkat' adalah istilah yang digunakan oleh orang kampung anies yang merujuk kepada door gift, termasuklah bunga telur, gula2, kuih-muih dan sebagainya)oleh kerana berkat ni memerlukan belanja yang banyak terutama selepas harga minyak naik, so tak hairanlah kalau ada bakal2 pengantin yang pening2 mencari berkat yang ringkas, murah tetapi berbaloi.
tapi, kat mana yek nak cari?
alkisahnya, masa balik beraya tempohari mak cik suruh anies beli marshmallow untuk dijadikan sebagai berkat.
mak cik dah survey terlebih dulu.
katanya tempat tu kat Taman Seri Gombak.
so, lepas belek2 website premis marshmallow ni, anies pun terjahlah ke sana.
p/s, entry ni tak ditaja ya ^_^
lokasi kedai ni senang je.
terletak kira2 300 meter je dari SK Taman Seri Gombak.
kedai ni menghadap jalan utama.
kiranya, dari tepi jalan dah boleh nampak kedai ni.
dah sampai kat sini, yu ols boleh pilih je mana2 marshmallow yang berkenan di hati.
nak rasa pun boleh.
tak jadi masalah.
selain marshmallow, ada juga jelly, choco stone, keropok bantal dsb.
kalau nak memborong marshmallow, ni panduannya.
kalau nak beli dalam kuantiti yang sikit pun boleh.
kalau nak beli dalam kuantiti yang sikit pun boleh.
operating hours.
rembatan of the day.
beli 2kg je.
lepas siap dibungkus, dapat lebih kurang 300++ paket.
see? jimat kan?
tapi jangan silap tafsir pula.
mungkin kerana marshmallow yang anies pilih ni saiznya kecil.
pastu pulak, dalam setiap paket anies cuma letak 4 ketul marshmallow je.
so kalau yu ols nak beli nanti, pandai2 lah buat anggaran sendiri ya.
p/s marshmallow ni juga akan digandingkan dengan kuih-muih, bunga telur dsb.
sebelum terlupa, ni details pasal kedai marshmallow ni.
kalau sesapa nak kan marshmallow yang halal, sedap dan murah untuk birthday party ke, kenduri kahwin ke, akikah ke, open house ke, berniaga ke...
boleh la singgah ke sini.
kalau duduk jauh, boleh beli online.
kalau duduk jauh, boleh beli online.
selamat membeli belah!
36 Words of Lo♥e
tau kat dgn sekolah..tapi tak pernah pg..
ReplyDeletewaa bestnya Anies, door gift marshmallow, masuk mulut terus cair, best2!!!, ummi pun pernah beli marshmallow halal ni.
ReplyDeleteTak sabar ummi menunggu hari ni, hehehe..ummi pulak yang tak sabar.
Boleh dipertimbangkankan untuk masuk senarai buah tangan nih...:)
ReplyDeletemacam best je. boleh la terjah nanti sebab nak carik barang goodies bag jugak ni. hehe
ReplyDeleteassalam anies..betul boleh beli online?
ReplyDeletewahh.. borong sakan. eh, kalau xsilap dkt area rumah hubby kwn nina. weekend ni nina kt sana :)
ReplyDeleteSodap jugak...jimat pun jimat
ReplyDeletenanti akak boleh la kesini nanti...ingat nak wat birhday uwais hujung bulan ni
ReplyDeletebest2, tq share info yer, mana tau nak beli juga nanti hehehehe
ReplyDeletesedap..yang paling penting halal
ReplyDeletesedap tu.. boleh cari kat sini kalau nak buat majlis nanti..
ReplyDeletenak merasa tapi takut. kalau dah tau halal bolehlah cuba.
ReplyDeleteEntah kenapa kakpb selalu was2 nak makan mashmellow. Anak suka sgt tapi kakpb terlalu berhati2 dgn benda mcm ni, kan pernah kecoh dulu ada yg tak halal. Bagaimana pun bila anak nak beli, kena baca semua2 termasuk kandungannya.
ReplyDeletehrmmmm idea yg bagus gak ni...
ReplyDeleteboleh ler buat doorgift utk besday anak ananti.. hihi.. btw tq sharing ya!
teringin nak makan marshmellow stail cocok lidi, lepas tu bakor... sedap ke?
ReplyDeleteDoorgift tuk budak2 yer..
ReplyDeleteMoga persiapan anies berjalan lancar yer.. :)
wow..pelbagai bentuk, saiz dan warna makanan2 tu..
ReplyDeleteyg penting halal..
budak2 lah yang paling suko makan marshmallow nih...
ReplyDeleteanak2 kak suka anies tapi kak je yg selalu risau dengan kehalalannya..
ReplyDeletekalau de yg sah halal camni, best gak tapi jauhle pulak..
yang penting halal kan...
ReplyDeleteTapi jauh nak pergi...
marsmallow selop coklat best
ReplyDeletecomel2 marshmallow dia,
bestnya kedai ni :)
salam Anis....
ReplyDeletehmmm...bagus juga info nie....bukan senang nak jumpa marshmallow yg halal nie tq ye.....
kekadang terfikir juga kenapa tak buat macam org dulu2 sekadat bagi bunga telor aje..hehe
ReplyDeleteooo ni kompom halal kan.thanks for sharing =)
ReplyDeleteMmg dh makin popular kn mashmallow ni...dlu rmai yg xtau...skrg makin ramai yg suka...
ReplyDeletemadam tak pandai makan semellow semellow ni anies..
ReplyDeletehahaha
boleh jadi alternatif untuk isi beg door gift ni...thank you for sharing sis :)
ReplyDeletealhamdulillah... yg penting HALAL. adei anies tetiba teringat nak makan mashmallow celup cekelat. mm Yummy!
ReplyDeleteskang ni famous kan marshmallow ni...ramai yang guna utk door gift candy buffet...wawa still fikir2 lagi menda apa nak buat door gift ni
ReplyDeleteDulu tak reti mkn Marsmallow tu, tp sekarang dah makan..hehee
ReplyDeletewahhh thanks kongsi kat sini.. boleh masuk dlm list kita jugak ni... hehe
ReplyDeletewoootttwoooottt...persiapan utk wedding anies ye :))
ReplyDeletesesuai utk org kawen ni..
ReplyDeleteorg kg saya pun panggil berkat . ingatka org johor @ jawa je yg guna perkataan tu ... seronok kan klu jumpa kedai jajan halal . blh rembatapa je tanpa was2 ...
ReplyDeleteAssalammualaikum.....blh kasi link untuk beli secara online....terima kasih.
ReplyDeletewsalam kat gambar last tu ada FB nyer..
Delete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆