Dà Lạt, Vietnam: shopaholic abroad - Da Lat Specialty

4:45 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

Kami ke kedai ni 2 kali. pertama kali, lepas balik dari kedai Siti Syahidah Collection (boleh baca kat SINI). kedua, pada malam terakhir kami kat Da Lat.

semuanya gara-gara ahli rombongan yang tak puas hati sebab tak dapat memborong kacang gajus XXL hahaha... yap, Vietnam; selain kopi... ia juga terkenal dengan kacang gajus XXL. harga dia pula berbeza2.

tapi bagi anies, harga kacang gajus XXL kat Nha Trang lagi murah berbanding Da Lat or Da Nang or Ho Chih Minh sendiri. anies dapat 130K Dong untuk 1/2kg (beli kat Nha Trang). kalau korang lagi terer mencari dan menawar, mungkin boleh dapat harga lebih murah dari tu.

kenapa kami singgah kedai ni? lain tak bukan sebab our tour guide laa yang bawa kami ke sini hahaha... ingatkan nak balik hotel terus. rupanya dia bawa singgah sini.

mereka2 yang malas nak turun bas kononnya, seorang demi seorang keluar sebab terpedaya tengok kawan-kawan yang lain menjinjit barang bawa masuk dalam bas. 🤣🤣🤣

actually, anies tak tahu nama kedai ni sepenuhnya. yang pasti kedai ni menjual barang2 makanan (minuman) yang terkenal dan sinonim dengan Vietnam khususnya di Da Lat.

as you know, Da Lat ni kan kawasan tanah tinggi. jadi makanan kering banyak dihasilkan untuk dijadikan kudap-kudapan / jajan.

selain tu, biji2 kopi pelbagai jenis boleh didapati di sini. kalau nak beli yang jenis biji pun boleh. nak suruh diorang kisarkan pun boleh. yang tak boleh berhutang je 🤣🤣🤣🤣

oh ya... banyak barang2 halal ke kat sini? barangan seperti biji kopi, serbuk teh, kekacangan (tanpa salutan tepung), makanan kering (contoh aprikot yang dikeringkan), minyak angin (sebenarnya made in Thailand) antara barang yang boleh dibeli.

untungnya kalau pergi dengan agent ni, kita boleh tanya tour guide terus. benda ni halal ke tak halal. kalau pergi sendiri, kita mungkin waswas sebab kat packaging / botol memang tak ada logo halal. kalau tanya tuan / staf kedai... hmm diorang tak fasih sangat nak cakap BI. so sendiri kena buat kira-kira laa...

okey laa panjang pulak ceritanya. pada hal nak cerita fasal kedai je... macam biasa, anies sertakan beberapa keping gambar kat kedai ni....

kedai ni 2 tingkat. tapi yang beroperasi kat tingkat bawah je. halaman kedai ni besar. boleh muat 3 buah bas. lokasi dia pun mudah sebab berada di tepi jalan

suasana dalam kedai... tuan kedai sediakan meja dan kerusi untuk mereka yang nak makan tester makanan kering. rombongan kami apa lagi...siap bersembang ko! dapat pula seorang secawan teh panas. lagi lama sembangnya. membeli pun berapa kerat je hahaha. yang sebelah kiri tu, geng2 nak membayar. sambil bayar tangan sempat seluk tester kacang gajus XXL 😂😂😂

 bagi anies, barangan kat sini agak mahal... pak cik anies sempat beli biji kopi robusta. nak brew sendiri kat rumah katanya... 

see...? deretan biji kopi di depan mata. yang menariknya bila kita hidu setiap balang kopi ni, bau dia lain-lain tau! penggemar kopi tentu boleh arif fasal ni... semua kopi2 ni ditanam di Da Lat. kiranya kopi dari tanah tinggi Vietnam gitu....

korang boleh teka tak, ni kopi apa? siapa dapat teka, memang sahlah korang memang peminat kopi. bukan sekadar harap kopi kat Starbucks je 😂😂😂

kopi luwak / kopi tahi musang = kopi paling mahal di dunia (barangkali). tengok laa harga dia tu. 2 juta beb! ko mampu?? hahaha 2 juta Dong laa... bukan RM2 juta. pengsan mak noks kalau kopi harga RM2 juta... ni kopi ke, bongkah emas? 😂😂😂

anies beli kacang ni 2 bekas. satu untuk mama satu lagi untuk abang. agak mahal. 90k Dong sebotol. pada hal kat Nha Trang boleh beli dengan harga 35k Dong je... arghhh... tak apa laa... benda dah lepas usah dikenang 😂😂😂

okey laa... tu je yang anies nak share untuk hari ni...btw, terima kasih atas nasihat dan solution yang korang beri untuk entry INI. anies amat menghargainya. moga masalah tu dapat diatasi kelas.

thanks for reading. daaa

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

0 Your Words of Lo♥e

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆