Larian Ulat Buku u-Pustaka 2019

10:30 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Larian khas untuk si ulat buku macam blogger sha mohamed !

tapi mem besar ni cuma ulat buku picisan je. kena Ridset terus menggelupur hahahahahaha...

oh ya, sekali lagi kepada kawan2 di seluruh Malaysia yang nak join events sebegini sepanjang tahun 2019, sila klik kat SINI ya! event ni bukan berlangsung kat KL je, malah seluruh Malaysia ada. selain tu, korang boleh download aplikasi JomRun. FOC je.

pada mulanya tak cadang pun nak join event ni sebab dalam kepala anies, nak join walkathon. tapi disebabkan lambat register, maka bye bye laa... menangislah kau anies di bucu katil...

bila dah terlepas, anies cepat2 tengok apps JomRun. Alhamdulillah, ada event yang masih terbuka penyertaannya. tanpa buang masa anies terus register. yuran penyertaannya pun murah je. tak sampai RM50.

then, sehari sebelum event, kami pun terjahlah Perpustakaan Negara. fuhhh... lama gila tak jejakkan kaki ke sini. masa zaman study dulu, kat sinilah port anies buat assignment. sampai kejung2 kaki menahan kesejukan air cond (kat tingkat paling atas). tak cukup dengan tu, insiden terlena pun ada juga. punyalah 'khusyuk' buat assignment hahahaha...

tapi kali ni datang ke sini sebab nak collect race kit. no assignment no books no kejung kaki hehehe

pada hari kejadian, kami bertolak ke Dataran Merdeka dengan LRT je. agak sejuk cuaca pagi tu sebab sebelah malamnya hujan lebat.

setiba di Dataran Merdeka, para peserta dah ramai berkumpul. sebelum flag off, senaman zumba dilangsungkan. kali ni rasa macam pelik sikit sebab selalunya kami kena berzumba paling kurang 10 minit. tapi kali ni, rasanya 5 minit je kot. hehehe...

selesai berzumba, peserta untuk kategori 10KM mula bersedia. oh ya, ada 3 kategori ditawarkan untuk Larian Ulat Buku u-Pustaka ni.

10KM, 5KM dan VIP Run. dan anies masih pilih 5KM sebab kelmarin baru je telan coklat sekilo hahaha

route 5KM kali ni anies rasa agak mencabar jugalah. walaupun jalan2 kat KL ni tak ada 'laluan mendaki' tapi once kau dah berlari baru kau tahu rupanya jalan tersebut adalah laluan mendaki. rasanya hampir 2KM kot laluan mendaki tu. tapi nak buat macam mana. lari jelah....

Alhamdulillah, cuaca sangat2 baik, redup dan kami menyangka, hujan bakal turun tapi ia tak berlaku sampailah kami tiba di garisan penamat. yang penting tiada sebarang insiden tak diduga berlaku.

tahniah kepada semua peserta yang berjaya menamatkan larian masing-masing dengan jayanya! you're awesome!

macam biasa... sebahagian gambar yang sempat anies snap utuk tatapan korang.

event berlangsung di Dataran Merdeka...

merah mak ngah kali ni. dan material kali ni, anies sangat2 suka. very soft and light. rasanya tak sampai 100 gram hahaha. oh ya... bib pun comel je. kalau tak silap, untuk kategori 10KM belakang bib ada cip. nombor bib = lucky draw number.

kami collect race kit kat sini. lama betulllll tak datang sini. 

sempat snap gambar ni sebab traffic tengah sesak. bye library... see you soon!

sampai kat Dataran Merdeka jam 6.40am. awal betul... 

para peserta bersiap sedia sebelum flag off. cuaca pagi tu agak redup...

tak tahulah kenapa kali ni hp eloklah pula. sambil lari boleh snap gambar. pada hal sebelum ni hp buat hal... grrr... masa ni dah pukul 7.30++ tapi suasana muram je sebab redup... masa berlari terasa dingin je haha....

dianggarkan 3000++ runners including foreigners ambil bahagian untuk event ni... cayalah korang!

Alhamdulillah... kebanyakan peserta berjaya menamatkan larian mereka dengan jayanya... oh ya...jangan salahkan gambar ya sebab cuaca memang redup sangat masa ni walaupun dah 8.30am... 

matahari macam malu2 je nak keluar padahal dah nak hampir 9.00 pagi...

untuk anak2 yang teringin nak cuba memanah... ada booth khas untuk mereka...

dah penat berlari, jom kita main dam ular gergasi...

pertandingan mewarna untuk kanak-kanak...

para peserta digalakkan bawa bersama buku2 terpakai. buku2 ini akan disumbangkan kepada rumah2 kebajikan di seluruh negara...

pihak penganjur ada menyediakan buku percuma tetapi jumlahnya hanya 300 buah je (kalau tak silap). so 1st come 1st serve...

insya Allah... tahun depan... are you ready, guys?

goodies untuk peserta. string bag dan meals (pisang dah kena baham)... hadiah berupa wang tunai untuk peserta yang berjaya menamatkan larian terpantas turut disediakan. tak lupa juga acara lucky draw.

baru nak update😆 sijil penyertaan...

yang wajib ada dalam setiap running event - finisher medal...

#wujudlagikemisinakpakaikebayanyonyarayananti?

thanks 4 reading...
daaa...

Kisah Silam Untuk Masa Depan

45 Words of Lo♥e

  1. best la join run kalau ada geng..klu sorg2..run atas katil jer lah jawabnya..haha. Cik nor la tu kan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami x de geng kalau tggu geng alamatnya x menjadi hehehehe

      Delete
  2. da lama gilerrr tak join run camni...takde bajet sangat dah...huhuhuhu..rindu juga nak lari

    ReplyDelete
  3. kalo join.. CT tnggu akak kat garisan penamat. i sambut you hahaha.. memang x lari lew.. pastu blh kita main dam ular sama2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn lupa bawa pompom sekali tlg sorak kuat2 hahahahahahahah

      Delete
  4. Perghhh, style laa kak larian ulat buku. Kedengaran genius di situ. Hehe

    ReplyDelete
  5. Bagusnya juga nih event-nya. Selain lari, ada donasi bukunya. Bikin semangat membaca muncul kembali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya memang suka program sebegini. bagai 2 in 1. sihat dapat pahala pun dapat

      Delete
  6. meriahnya. banyak aktiviti untuk seisi keluarga. haish bila lah kita nk join fun run mcm ni

    ReplyDelete
  7. waa..tahniah dapat finisher medal

    ReplyDelete
  8. meriah acara nya bahkan peserta nya juga banyak selain itu juga ada tempat seperti bazar buku, oya mbak anies gpp dong ikut yang 10km biar abis makan cokelat juga hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum cukup fit, mas. coklat cuma alasan sahaja hahahah

      Delete
  9. meriah dan rame, ingin rasanya saya ikut kesana ;)
    makasih kak untuk informasinya ;)

    ReplyDelete
  10. Salam Anies...lama sangat tak singgah sini..

    ReplyDelete
  11. Asik, penat lari boleh lah main ular gergasi..dan dapat free book...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti ramai yang tengok. supposed anak2 yang main dam ular hehehe tapi ini sudah terbalik

      Delete
  12. wah! gaya hidup sihat ni. abe kie latih budak2 olahraga berlari tp abe kie cuma kira pusingan larian mrka je. hehehe..

    ReplyDelete
  13. Hahaha.. Sha ulat buku je.. tapi kalau suruh joint larian macam nie memang angkat tanganlah Anies.. hehehe.. Sha pas kat Anies je.. Cantik juga medal dia tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp kalu hadiah dia mng bbuku nk join x? hehehehehe

      Delete
  14. Wwwwkkk .. kalau betulan kak Anies habis nelan cokelat sekilo 🤣 ..., wuaah ikutan lomba lari ini kegiatan yang mantuuuuuul 😅

    Lemak di tubuh gegara ngemil cokelat sekilo, langsung rontok ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul. kalau tak, dah masuk kategori 10KM😆

      Delete
  15. Wow! tahniah Anies finisher lagi ya ;-)
    Lari jangan tak lari hiks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sementara boleh lari ni kan heheh terima kasih

      Delete
  16. wah sayang nya jauh ya kak, mungkin kalau dekat saya bisa kesana sehari tiga kali kak hehehe kayak minum obat aja ya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... jom datang ke sini boleh lari sama2

      Delete
  17. ulat ulat buku patut xleh lari tau.. kena ngensot. sebab semua ulat.
    ehehehe lawak ja lawak ja =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada peha melelas atas jalan tar kalau ngensot hahahahaha

      Delete
  18. Nampak meriah betul event ni.. tambahan lagi cuaca pula tak berapa panas, seronok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. tambah pula sekarang cuaca panas yakmat sbb tu sy suka suasana begini

      Delete
  19. Lama tak pergi sini, antara tempat best nak cari buku sebab segala mak nenek buku pun ada..heaven la

    ReplyDelete
  20. Walaupun saya consider saya seorang ulut buku, tapi saya rasa saya akan jadi penonton sahaja untuk run macam ni. Sebab tak fit nak join run bagai ㅠㅠ

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe nnt event akn dtg kite join sm2 ya😊

      Delete
  21. peminat buku mesti serbuuuu ni.. nmpk ramai org betul

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆