Selamat pengantin baru Afiq + Ekin vol. 2

10:37 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Hari yang ditunggu2 pun tiba...

kira2 sebulan yang lepas (boleh baca kat SINI), mereka dah diijabkabulkan. so, Sabtu lepas adalah majlis sambut menantu merangkap majlis di pihak kami...

lama betul kitorang tak buat majlis macam ni. last majlis, tahun 2013 rasanya. sama macam sebelum ni, kami pilih buat kat dewan. bukan tak nak buat kat rumah, tapi disebabkan nak beri keselesaan pada tetamu, tak apa laa.... belanja lebih sikit asalkan tetamu pulang dengan senyuman. tak gituuww...

majlis bermula 11.30 pagi. tapi tetamu datang sedikit demi sedikit. so tak adalah terasa sesak. yang nak borak lama2 kat meja pun no hal hahahaha.... sapa tu??

then rombongan pengantin tiba dalam pukul 1.00 petang. tiba2 datang seorang hamba Allah ni cakap, "kak anies, tolong jadi pengapit ya?" "hah??" macam tau2 je time tu kita baru nak relaks.... aduh...tak apa laa... bukan tiap2 hari pun jadi pengapit kan... 10 tahun sekali hahahaha....

lagi satu highlight majlis ni adalah, pertemuan jejak kasih dengan saudara jauh kami. jujur cakap, anies memang tak pernah jumpa. dengar nama apatah lagi. saudara jauh kami ni anak saudara opah dari adik beradik mak pertama. kalau cakap fasal salah silah keluarga nanti ada yang pening.

make it short, anak saudara opah ni tinggal kat Aberdeen, Scotland. kahwin dengan orang sana. anak dia tak tahu laa pula berapa orang. dia balik Malaysia kali ni pun sebab tergerak hati nak cari adik beradik arwah ayah dia yang masih hidup yakni opah anies laa... itu cerita yang anies dengar...

alhamdulillah, pertemuan tak dijangka ni memang menyoronokkan. apatah lagi bila masing2 dah start berangan nak pergi Aberdeen tahun depan! ayuhhhh cepat kumpul fulussss!! hahahaha... insya allah, ada rezeki pasti tak ke mana.

okey laa tu je cerita nak share hari ni... selebihnya korang belek2 laa gambar yang ada.

anies tak pasti ni lauk apa. sama ada pacelis mangga atau daging masak kurma... korang rasa lauk apa?

buah oren sebagai pencuci mulut...

pacelis timun karot...

kacang panjang masak hijau... rasanya laa... sorry tak tahu nama... mem besar tak makan semua lauk pauk ni sebab dia makan lauk pengantin je... ye laa nama pun pengapit kennnn😆😆😆

ayam goreng...

dalca...

kari daging... semua lauk pauk ni disediakan oleh katering milik kawan Afiq... dahsyat laa budak seorang ni... dari dulu lagi, kalau ada majlis mak cik akan tempah katering dengan dia... pada hal umur belum lagi 30. ada sapa nak usha?😆😆😆

siapa datang sebelum pukul 1.00, dapat laa merasa kambing golek... kambing golek makan dengan potato wedges dan coleslaw...

aneka kuih-muih... mi goreng pun ada. oh lagi satu bubur pulut hitam pun ada...

masa ni tetamu belum ramai lagi...

budak kenit dua orang ni, dapat je guestbook dia dok conteng... aduyaiii

gambar candid kot hahaha... sebelum pengantin masuk dewan...

pengantin zaman sekarang tak macam dulu. malu2 meow je dok atas pelamin. hmmm.... tengok laa tu. sempat lagi dia membawang dengan dak Ekin hahahah

last but no least, saudara kami dari Scotland. yang bertudung hitam... 3 dari kanan... percaya tak umur dia dah 74 tahun?

okey tu je laa perkongsian hari ni... ni entry auto publish ya... mem besar dah bersenang lenang bercuti panjang... jangan tanya dia pergi mana... tu hah... ada melengkau atas katil ternak lemak hahahahah

thanks 4 reading... daaa

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

52 Your Words of Lo♥e

  1. Hahaha.. part pengantin membawang tu tak menahan.. Tak sama macam pengantin dulu-dulu yek.. Malu-malu, jeling-jeling je.. hahaha..
    Sekarang ini mudah lagi kalau buat dekat dewan.. Akses untuk tetamu pun mudah, rumah tak de orang luar masuk sesuka hati dan senang kemas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa... tp bla buat kt dewan sedia je laa ongkos nya ;-)

      Delete
    2. bab ongkos tu memang tak dinafikanlah.. hehehe..

      Delete
    3. tp kalu x mampu buat kenduri doa selamat pun dah berbaloi

      Delete
  2. selamat pengantin baru buat pasangan ..

    ReplyDelete
  3. Untungnya dapat buat jejak kasih masa majlis kahwin. Terus dapat saudara dekat Scotland :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa... dah smpi hari kejadian baru kitorg tau hehehe

      Delete
  4. Nampak macam bukan 74 :D Saya tengok dalam around 30an lebih.. mesti ada petua hebat mak cik tu kan.
    hehehe

    http://www.imaginasiklasik.com

    ReplyDelete
  5. Wow....jadi pengapit...haruslah makan ngan pengantin kannn🌷🌷

    ReplyDelete
    Replies
    1. x mkn dgn pengantin tp kebas lauk pengantin lps tu hahaha

      Delete
  6. Jamuan pernikahan pengantin itu selalu menggoda lidah ya :D

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum. Tahniah kerana anda telah menang segmen yg abam kie anjurkan. Untuk maklumat lanjut dan cara menuntut hadiah, sila layari http://www.zukidin.com/2019/02/keputusan-bloglist-exchange-segment-by.html. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam terima kasih abam kie sy dah wasap bg details

      Delete
  8. Tahniah , bertambah ahli keluarga

    ReplyDelete
  9. scroll2 tengok gambar lauk kenduri lapaq pula jdinya ahak ahak..

    ReplyDelete
  10. Masa ada kenduri memang masa untuk bertemu sedara mara kan anies

    ReplyDelete
  11. fuhh..igt majlis anies tadi..klu majlis anies xjmput hakak..hakak boom blog anies ni..haha

    ReplyDelete
  12. halamak majlis kahwen! silap ssguh la singgah sini time tengah hari lapaq T_______T hehehe

    ReplyDelete
  13. Selamat pengantin baru buat kedua pasangan.
    Semoga diberkati Allah selalu :)

    ReplyDelete
  14. Selamat penantin baru. Moga jodoh kalian sampai ke syurga.

    Lauk kenduri semua nampak sedap ya amat!!! Terliur.

    ReplyDelete
  15. hahahah lauk sedap tp yg best tu dengar org scottish

    ReplyDelete
  16. semoga pasangan pengantin bahagia hingga akhir hayat. sedap menu :)

    ReplyDelete
  17. W'salam dear anies..
    Rindu sungguh lauk pengantin.. Majlis nampak meriah, masing-masing happy dapat berjumpa saudara-mara jauh dan dekat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa kata bersanding skali lg? nnt dpt laa mkn lauk pengantin😆

      Delete
  18. Seronok bila dapat berjumpa dengan saudara marah ni. Lepas ni kena catatlah salah silah keluarga tu anis. Senang nak buat rujukan anak cucu akan datang. Hihi.

    Bestnya kalau dapat travel ke luar negara tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah akan cuba diusahakan... ramai saudara mara (generasi baru) yg x kenal lg

      Delete
  19. Alhamdulillah, meriah!.. tahniah buat pasangan pengantin. Semoga berbahagia dan diberkati hingga ke syurga.. aamiin :)

    ReplyDelete
  20. apabila sudah menjadi pengapit pengantin...maknanya jodoh awak kian mendekat..

    untuk itu saya ucapkan tahniah dan selamat berbahagia hingga ke jannah

    aamiin

    ReplyDelete
  21. Wow..74 tahun tapi nampak macam baru 50-an. Btw tahun depan bolehlah pengapit pulak dok atas pelamin tu..jangan lupa ajak tau :P

    ReplyDelete
  22. Lauk pengantin best wooo. Untung pengapit :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa kalau dpt komisyen (duit tol) jd pengapit x pe gak hahahaa

      Delete
  23. Selamat pengantin baru. .. Lama dah tak mkn nasi kenduri.

    ReplyDelete
  24. cepat bt iti ke Scottish land. hahaha... membawang rupanya baju purle tu.

    ReplyDelete
  25. hello beiibbyyy ,,,,,,
    ni kita bocorin sdkt rahasia yaaaa,,,hmmm,, ap ya kira"? hehehe
    RAHASIANYA ,,,, ad promo loh di WWW.FANSBETTING..CO
    nah untuk itu bisa langsung add aj kontak kmi dan bertny" lebih lanjut untuk info PROMONYA ya
    >>>fansbetting<<<BBM : 5EE80AFE ^o^
    WA @ +855 963 156 245
    line @ fansbetting
    wechat @ fansbetting
    bersama dengan kami CS fansbetting
    kami ucapkan semat siang dan selamat beraktifitas ya guyssssssss thankyouuuuu ^O^

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆