#PremiereWithBudiey #BudieyDotCom #ÜçHarfliler:Beddua

9:51 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Synopsis:

mengisahkan tentang 4 orang sahabat iaitu Eda, Alya, Burcu dan Melek. 3 tahun lepas, Melek jatuh sakit dan lumpuh hingga tidak mampu bergerak, bercakap mahu pun memberi respon kepada orang lain termasuklah ibu bapanya.

rakan-rakannya sedih dengan situasi yang menimpa Melek dan berusaha melawat Melek dan keluarganya untuk memberi sokongan.

namun suatu hari, seorang demi seorang kawan Melek diburu dan dihantui makhluk menyeramkan. meskipun ia hanya sekadar mimpi namun apabila mimpi ngeri itu kerap berulang, sedikit sebanyak ia menggusarkan Burcu, Alya dan Eda.

pada masa sama, di kawasan tempat tinggal Melek, ada seorang perempuan tua dan dia digelar ahli sihir gila. apa yang membuatkan Burcu, Alya Eda mengambil keputusan untuk bertemu adalah disebabkan mereka turut bermimpikan perempuan tersebut sedangkan mereka tidak pernah berbuat apa-apa terhadap perempuan tua itu.

mengapa perempuan tersebut muncul dalam mimpi mereka? adakah wujudnya kaitan kejadian yang menimpa Melek dengan rakan-rakannya? sampai bilakah mereka harus tunggu untuk mimpi ngeri itu berakhir? dan benarkah mimpi tersebut benar2 terjadi dalam realiti mereka?

komen:

bagi yang dah biasa dengan filem seram, mungkin tak terasa sangat kot kalau muncul adengan2 yang bisa memeranjatkan dan meluruhkan jantung. tapi bagi yang tak biasa, harap bersedialah untuk menonton filem ini. adengan / scene seram bukan 2 - 3 kali je ya. setiap rakan Melek dihantui lebih dari sekali mimpi ngeri! jadi ada 3 orang...so bayangkanlah berapa banyak scene ngeri dan seram dalam filem ini... haha...

ini adalah filem dari Turki pertama yang anies tonton di pawagam. so agak excited di situ. tambah pula premiere kali ini dilangsungkan di Wangsa Walk Mall dan ia pertama kali dibuat di sini. jadi excited tu jadi excited kuasa dua hahaha...

tentang jalan cerita, agak payah jugalah nak faham pada 10 minit pertama. sebab ia lebih kepada pengenalan watak dan punca mengapa Melek jadi lumpuh. bila dah nak masuk sejam, barulah penonton faham mengapa mimpi ngeri kerap muncul dalam tidur rakan2 Melek.

cuma seperkara yang anies agak kecewa yakni 'translation' yang dipaparkan. banyak typo dan ada kala translation 'berubah tempat'. sebagai contoh, watak nak ucap terima kasih tapi translation yang keluar, 'insya Allah'. eh, apa ni?

oh lagi satu, filem ni ada sedikit unsur2 Islamik. tapi janganlah pulak korang samakan dengan Munafik 2. tu dah jauh sangat perbandingannya hehehe...

so daripada ⭐⭐⭐⭐⭐ anies beri ⭐⭐1/2. filem ni masuk wayang pada hari ini, 4 Oktober 2018.

macam biasa, 2 pass premiere ni budiey.com yang beri. terima kasih tau! korang dah follow budiey? kalau belum klik link kat bawah ni ya:

IG / @budieyFB / @budieytwitter / @budieyyoutube / @budiey27

antara scene dalam ÜçHarfliler: Beddua

hantu yang kerap muncul dalam mimpi Alya, Eda dan Burcu...

Melek 'muncul' di rumah usang tatkala Burcu sedang mencari Eda dan Alya...

credit photo

sebab 1st time tengok wayang kat sini, so anies snap beberapa gambar kat TGV Wangsa Walk Mall... TGV ni dari luar nampak kecil je, tapi once dah masuk, rupanya ada 9 hall! seat pun best. rasa macam baru je padahal dah lebih 4 tahun kot ia beroperasi...

lobi TGV...ramai betul umat manusia masa ni. masing2 tengah tunggu hall dibuka...

apalah erti pawagam tanpa pop corn hahaha

otw ke Hall 8...


so, selamat menonton!

Innalillahi wainna ilaihi raajiun... salam takziah kepada keluarga mangsa2 lemas di Puchong... moga Allah SWT menempatkan mereka dalam kalangan orang beriman dan soleh... aminnn

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

30 Your Words of Lo♥e

  1. terbaek.. suka tgk movie seram camni. hehe

    ReplyDelete
  2. Pergh!! Hantu dia menyeramkan.. Hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hantu xseram tp kalu dah korek mata tu lg seram😊

      Delete
  3. Bunyi macam interesting je movie ni tapi dekat sini takde movie ni.

    ReplyDelete
  4. oo Turki. patut namanya pelik sikit ya ^^

    ReplyDelete
  5. Wkwk...hati2 sampai boker dicelana ckck

    ReplyDelete
  6. Ini kisah nyata atau fiktif ya ceritanya sangat menyeramkan ada sosok wanita yang menyeramkan?

    ReplyDelete
  7. nanti nak pi tengok citer ni bila gi KL.

    ReplyDelete
  8. Nama watak macam orang melayu pulak, tak sangka pulak filem Turki..

    ReplyDelete
  9. Uish nampak seram ceritanya...

    ReplyDelete
  10. Bnyk juga filem baru lancar bulan ni yg tak sempat tengok lagi ni.. bnyk filem2 yg menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah hjg2 thn begini mmg byk cerita menarik

      Delete
  11. boleh tahan jugak hantu Turki ni hehehe

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆