Kerana kek pisang

10:31 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Alkisah... masa aku belajar dulu, aku ada laa suka kat sorang mamat ni. Dia ni, kalau tengok luaran, nampak serius 24 jam. Tapi disebabkan dia chinese look dan pakai spec, entah kenapa tiba-tiba aku jatuh suka kat dia since hari ketiga minggu orientasi.

Di kampus, aku jarang terserempak dengan dia sebab course dan fakulti kami lain-lain. Jadi, kalau outing, 'ada rezeki' aku... maka dapatlah aku 'cuci mata' tengok dia walaupun dari jauh. Bahagianya masa tu... alahai... macam orang baru belajar bercinta. Pada hal tak ada apa-apa pun.

Kebetulan, tidak jauh dari tempat kami belajar, ada pasar malam dan lazimnya, pasar malam tu, rata-rata pelanggannya adalah student macam kami. Yelah kan... sesekali makan sedap. Dan aku tak ketinggalan juga untuk menjejakkan kaki kat pasar malam tu.

Sebenarnya, hampir tiap-tiap minggu aku ke pasar malam tu. Selain nak cari roti john, aku pergi pasar malam sebab nak tengok dia laa... aku ni pemalu. mana laa reti nak approach orang. jadi dengan cara ni je laa aku boleh stalk dia.

Then pada suatu hari, masa kami berada kat pasar malam, tiba-tiba aku ternampak dia berhenti kat satu gerai. jadi aku pun cepat-cepat pergi kat gerai tu. rupanya dia tengah pilih kek pisang! ada dua jenis kek pisang yang dijual. satu, bersaiz S dan satu lagi bersaiz L. aku tak beli tapi aku sengaja tengok gelagat dia membeli. dan dalam masa yang sama, aku mengagak yang dia ni suka makan kek pisang.

lepas beli, dia pun beredar. tapi entah macam mana, aku tergerak hati juga nak beli kek pisang. dan lepas 'insiden' tu, tiap kali aku beli kek pisang, mesti akan teringat dia.

sekarang dah masuk 10 tahun sejak aku meninggalkan fakulti dan kampus. dan sejak itu jugalah aku tak pernah nampak atau terserempak dengan dia lagi. kali terakhir aku dengar pasal dia kira-kira 5 tahun lepas. khabarnya dia bekerja sebagai kakitangan kerajaan di salah sebuah negeri di Pantai Timur. dia dah pun berkahwin tapi masih belum dikurniakan cahaya mata.

apa-apa pun aku doakan dia semoga sentiasa bahagia dan sihat selalu. siapa sangka, kerana kek pisang... aku boleh karang sebuah cerita hahahaha...


p/s korang jangan laa amik serius... ni cerita rekaan je laa... tak de langsung kena mengena dengan sesiapa pun... 😁😁😁😁

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

42 Your Words of Lo♥e

  1. Baca post ni sebelum sampai part p/s tu rasa macam, "Awwww, that's so sweet sebab kek pisang pun boleh mengingatkan kepada seseorang."

    Tapi bila dah sampai part p/s rasa macam, "Laaaa, cerita rekaan je ke?" T__T

    ReplyDelete
  2. wow2.. boleh buat tajuk drama ni. Kerana kek pisang aku jatuh cinta..eh..macam xbest la plk..haha

    ReplyDelete
  3. hehehe
    menarik juga kisahnya
    cinta dari jauh namanya
    boleh buat telemovie nih - Cinta Kek Pisang

    ReplyDelete
  4. YEKE ANIES REKA CITER JE..TAPI KEK PISANG MMG SEDAP TAPI YG DIJUAL BUN BSR TU BNYK SGT SODANYA MMG XTRMKN

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak...rs soda je lbh pisang amik bau je

      Delete
  5. Kisah "Cake Pisang" di masa lalu akhirnya menjadi sebuah cerita di blog di masa ini. Kadang ada saja kenangan masa lalu teringat kembali karena melihat benda atau hal serupa di masa sekarang.

    Cerita yang bagus Mbak Anies 😊

    (utk panggilan khas Malaysia apa ya?)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak, cik manis, mem besar... semua boleh mbak ummi hahahaha

      Delete
  6. Amin, ikut mendoakan sahabat kak Anies selalu diberi kebahagiaan.

    Keren nih berkat kue pisang kak Anies berhasil mengguncang cerita ☺

    ReplyDelete
  7. Wahh boleh jadi intipati novel ni hahah :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hana laa tlg karangkan ;-)

      Delete
    2. Boleh ja! Hana ambil inspirasi dari kisah ni ok?! hahah ni namanya curi idea versi mintak izin :3

      Delete
    3. boleh2 make sure nnt diadaptasi ke drama tv ya😆

      Delete
  8. kerana kek pisang cintamu berputik. haha boleh buat lagu ni anies!

    ReplyDelete
    Replies
    1. syiqin buat kan laa liriknya ;-)

      Delete
  9. Wow... okla not bad... mcm novel... hihi

    ReplyDelete
  10. Sama laaa test kite... nak carik chinese look 😉😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. hamboiiii marah cik abang kalu dia bc ni hahaha

      Delete
  11. Hehehe, tak rasa macam rekaan tapi macam mengimbau kenangan... tetiba teringat kek pisang...

    ReplyDelete
  12. Ekeke. Kadang-kadang benda kecik pun boleh jadi karangan.
    #selalubuat

    ReplyDelete
  13. Hahahaha..comel je cerita ni. Tiba-tiba rasa saspen nak habiskan baca :P

    ReplyDelete
  14. betul ke cerita rekaan atau sekadar cover line..

    saya sukar nak percaya.

    kalau betul la .

    moga awak berjumpa dengan jejaka idaman chinese look..

    p/s : saya tak suka kek pisang tetapi sangat mnenyukai pisang

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila tgh 'high' maka imiginasi akn dtg bak air terjun 😆😆😆

      Delete
    2. hahahaha...

      kesan dari cerita korea la nie..

      tak pe.

      janji awak bahagia.

      Delete
  15. Ye ke cerita rekaan? Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa xcaya g tanya h.kane😆😆😆

      Delete
  16. okay bila baca sampai akhir, tak tahu nak marah ke nak gelak. Tapi, mmmg Nadia gelak beria sebab mmg kelakar lah and kreatif okayyyy . Tajuk kek pisang boleh buat satu cerita .
    hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa nk try submit proposal kt michael ang 😆😆

      Delete
  17. Kisah yg terpendam ni hehehee.. mmg sesetengah kenangan tu boleh buat kita teringat balik dgn perkara2 antaranya spt kek pisang ni. :D

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆