Amsterdam | Meininger Hotel

10:49 am

✿...السلام عليكم✿

Bohonglah kalau cakap anies tak segan dengan kawan2 semua... segan sebab apa? segan sebab penyakit M ni laa... ya rabbi... bila tengok kawan2 tinggalkan komen kat entry 2 minggu lepas, malunya ya Allah... orang sudi bertandang ke blog buruk ni tapi kita sikit pun tak jengah...

so, kawan2... tolong cubit mem besar ni kuat2 sikit! suruh dia rajin balik! berderet2 entry terbengkalai... dalam otak, macam2 nak di share. bila pegang keyboard, hilang, terbang semua idea... aduyai...

tolong cubit kuat2 tau! bila dah lebam biru kena cubit, barulah dia sedar dan ada hati nak berblog semula... nak berBW macam orang gila etc. hahaha...

well... disebabkan idea semua dah hilang. entry yang kat draf tu pun dah delete, makanya... kita sambung semula laa cerita jalan2 yang tergantung ni...

belek2 entry lepas, ceritanya tergantung lepas kami selamat sampai di Amsterdam...

Alhamdulillah... Dia beri kami kesempatan untuk menjejakkan kaki di bumi penjajah ni. ramai yang cakap, nak datang ke Belanda ni, datanglah pada musim bunga sebab ada tulip. tapi apakan daya, kami diberi rezeki untuk datang musim winter, so kami tengok je laa tulip2 kayu, tulip kaca etc (souvenir)

secara personal, anies memang suka Belanda ni. dari gambar2 dan cerita2 yang pernah anies dengar... memang ada pasang impian untuk ke sini. Alhamdulillah, tanggal 27 Januari 2017 kami selamat tiba walaupun ketika itu waktu malam sudah menjelma.

dari Amsterdam Centraal, kami ambil teksi terus ke hotel. jarak hotel kali ni agak jauh sikit dari stesen sebab kami tak jumpa hotel yang murah. semuanya mahal2 belaka walaupun dah dibahagi 4 orang. plus, kalau tak silap, banyak hotel yang tak menawarkan bilik untuk 4 orang. kalau booked 2 bilik, lagi mahal. cari punya cari, akhirnya kami berkenan dengan hotel yang satu ni.

jarak hotel ni dari Amsterdam Centraal lebih kurang 6 - 7km. Alhamdulillah, driver teksi yang bawa kami ke sini baik orangnya walaupun kami sarat dengan luggage.

setiba di hotel, cuaca sejuk semakin mencengkam. tambah pula kami terbau sesuatu yang memang sangat tak best. kata farah, tu bau syabu. hmmm entahlah... anies tak pernah bau pun. dan bau tu datang dari sebuah pub yang berada betul2 depan hotel kami. memang ramai laa budak2 muda kat depan hotel ni. tapi kami buat tak tau je. lagi pun kami tengok masa tu belum ada yang mabuk2 atau lalok. so, kami terus proceed untuk check in.

okey laa... panjang dah membebel ni... jom... macam biasa anies berceloteh dengan gambar laa yek!


cekidaut!

pintu masuk hotel. masa ni kami dah bersiap2 nak keluar jalan2... sejuk ooo masa ni walaupun kat Amsterdam ni tak turun salji...

bangunan hotel dari depan. suasana kat sini agak sunyi. tambahan pula hotel ni, hotel baru... rasanya baru setahun lebih kot ia beroperasi...

masa ni baru pukul 1pm++ tau... tapi suasana macam dah pukul 6 petang kan....

hah... nampak tak bangunan warna merah tu? tu laa pub syabu yang anies cakap tadi... betul2 depan hotel. tapi diorang tak de laa buat bising. ada dengar juga bunyi muzik bingit tapi tak de laa sampai mengganggu pengunjung hotel....

antara salah satu kelebihan / kenapa anda patut pilih hotel ni... sebabnya, hotel ni terletak bersebelahan dengan stesen keretapi. nama stesennya adalah Stesen Sloterdijk. dari stesen ni, yu ols boleh terus ke Ansterdam Centraal dan juga ke Schiphol Airport. senang kan?

ni laa bilik kami...

koridor bilik

lif turut disediakan...

actually, anies terlupa sama ada anies ada snap ke tidak gambar bilik kami... yang ada ni, anies pinjam kat booking.com. so yu ols boleh nilaikan sendiri laaa betapa selesanya hotel ni... credit gambar: booking.com

bilik kami lebih kurang macam ni laa...

ada 2 katil single dan 1 double decker. selain tu, bilik air, loker, meja dan of coz... ada wi fi. 

password akan diberi masa check in. laju giler internet dia... valid sampai 5 hari.

ada 'kitchen DIY'. so yu ols boleh masak kat sini. selain tu ada juga mesin basuh, peti sejuk dan lain2. hotel ni memang sesuai untuk backpackers.

reception counter. staf hotel ni memang friendly dan of coz, boleh berkomunikasi dalam English.

sementara tunggu yang2 lain bersiap, anies terus ke kitchen. lapo beb masa ni... tengah sedap2 makan, tetiba datang 3 orang backpackers dari Malaysia... apa lagi berborak sakan laa kami. diorang baru je sampai Amsterdam. dan kitorang pulak, dah nak bertolak balik... seronok bila jumpa orang kita kat luar... rasa macam 'keluarga' 😁

antara kemudahan yang disediakan di Meininger Hotel:
-luggage storage (FOC)
-wifi
-dobi
-kitchen
-restoran
-peta
-toiletries
-private parking
-lif

dan banyak lagi...

so, kalau korang ke Amsterdam, jangan lupa booked hotel ni... review daripada pengunjung yang pernah menginap hotel ni, memang terbaik!

sebelum terlupa...

terima kasih daun keladi blogger Nina... walaupun dapat lepas raya tetap happy... 

dan juga terima kasih kepada blogger Cik Bunga... dah terima masa bulan puasa hari tu... tapi tak sempat nak beritau...

so you ols, jalan lupa terjah kedua2 blog ni ya...

lagi satu, kepada blogger Cik Yaya, tolong take note ya... ceq tak boleh masuk ni... nak BW... pasaipaa...


okey tu je perkongsian hari ini... sabaq no... anies akan terjah blog korang satu persatu... insya allah...

daaa...

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

30 Your Words of Lo♥e

  1. Seronoknya jenjalan Sana... Haha biasalah mood kelaut mmg lama sikit nak pancing balik

    ReplyDelete
  2. hari tu masa gi amst hampir2 nak book hotel meininger,,tapi last minit tukar ke hotel lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke? next time dtg kena menginap kt sini

      Delete
  3. Best baca ni. Teruja nak ke sana. Saya memang ada rancangan nak je sana. Tapi bila ke sana saya nak sambung ke Grannada di spain. Itu rancangan sejak saya masih muda lagi. Belasan tahun.

    Tapi kerapnya saya ke tempat lain. Kebanyajan di asia.

    Thnks kongsi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah 1 hari nnt pasti smpi sini

      Delete
  4. dah cubit sampai berbirat dah nie.. rase tak? hahahaha..

    selesa abes hostel nie.. selalu anie memang booking kat booking.com ea? kemain ek pub syabu terus kat sane.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. adoiiii syakit laa hahaha

      ni kwn yg book kn... x tau dia gn web site apa... kalu sy mmg selalu guna booking.com

      Delete
  5. bestnya hotel dia, yang penting dekat dgn stesen ketapi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami pun x sangka hotel ni dkt ngan stesen

      Delete
  6. rindunya ngan amsterdam. rindu nak naik beskal kat sana

    ReplyDelete
  7. boleh nampak segala equipment dalam hotel tu masih baru lagi :D

    ReplyDelete
  8. WAH DI AMSTERDAM PULA TAPI DI SANA MUSIM TULIP XTUMBUH RUGI JUGA YE

    ReplyDelete
  9. Huwaaa.... bila Mrs. A nak samapi Amsterdam ni.
    Masa muda remaja teringin tau nak gi Amsterdam ni teringat keychain terompah dari amsterdam yang kawan bagi.
    Tapi dapat London fridge magnet tu best juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... insya allah 1 hari nnt pasti dpt jejak punya

      Delete
  10. byknya basikal, dekat sini mmg semua org pkai basikal kan..bgus betul =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap basikal mcm dah jd pengangkutan utama kt sini

      Delete
  11. Hihi....penyakit m tu once kita layan susah nak dpt r balik...ekekeke

    ReplyDelete
  12. Cantik gambar langit pukui 1 petang tu...

    ReplyDelete
  13. Hotel tu nampak cantik.. bilik pun selesa sgt. Mmg berbaloi berjln mcm ni.

    ReplyDelete
  14. syok la tunku aminah balik kg mil dutchnya 😂😂 bilik mcm backpacker laaa tgk bersih ✋🏼

    ReplyDelete
  15. sampai lepas raya pun jd lah hee sampai jugak 💪🏻

    ReplyDelete
  16. Mesti seronok kn kt sana..rasa xnak balik je hehe

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆