Amsterdam | ke Lookout

11:38 am

✿...السلام عليكم✿

Bersambung dari SINI.

mood rajin : activate

macam yang pernah anies beritahu sebelum ni, masa / tempoh jalan2 kami ni tak panjang mana... jadi, nak melawat tempat2 yang best dan menarik, terpaksa dipendam / tangguh dulu. insya allah ada rezeki kelak, kami akan terjah lagi... so, ada yang sudi nak ikut ke?

dari hotel, kami terus naik tren ke Amsterdam Centraal (AC). kemudian, keluar dari AC kami terus cari bangunan warna putih berhadapan AC untuk membeli pass sehari. dengan adanya pass ni, korang boleh naik mana2 transport dalam Amsterdam sampai lebam kecuali teksi.

kali ni banyak sket gambar yang dapat dikongsi... harap2 dapat beri sedikit info kepada yu ols yang bakal menjejakkan kaki di negara Salbiah Wijnaldum Georginio Gregion Emile Wijnaldum 😂😂😂😂

tiket tren. ni untuk perjalanan sehala. masa ni kami belum beli lagi 1 day pass.

mesin tiket ni everywhere dalam mana2 stesen. jangan risau. ada arahan berbahasa Inggeris disediakan. yang penting, you ols tau hala mana nak dituju. kalau tak tahu, kaunter khidmat pelanggan ada disediakan di setiap stesen.

anies tak tau laa apa motif snap pic ni... agaknya nak snap badan tren tapi tersnap badan orang hahaha... ya ampunn

dari stesen Sloterdijk ke AC cuma memakan masa lebih kurang 7 minit je... hahhh... dah sampai pun kami kat AC... just FYI, AC ni adalah stesen terakhir. mana2 tren dari pelusuk Belanda akan stop kat sini. so tak payah risau pasal sesat.

AC - front view... ramai umat manusia masa ni... selain kereta api, depan AC ni juga stesen bas, stesen trem dan stesen teksi... kiranya, ada segalanya dalam 1 tempat. map dan info seperti nombor bas / trem turut didirikan sekitar AC ni. insya allah, pasti tak sesat barat...

sila telengkan kepala anda 90 darjah untuk melihat gambar dengan jelas. 😁😁😁 ni dia... I DAY PASS. yu ols boleh beli online TAPI KENA COLLECT KAT SCHIPHOL AIRPORT SAHAJA. ada macam2 jenis pass disediakan bergantung kepada berapa lama yu ols menginap / tinggal di Amsterdam. kalau walk in, lokasi membeli pass ni berada betul2 depan AC. bangunannya warna putih.

Alhamdulillah... setakat ni mana2 negara yang anies lawati, belum pernah missed lagi untuk menaiki pengangkutan air. dan kesempatan berada kat Amsterdam ni, kami tak lepaskan peluang untuk menaiki cruise / feri. lokasi untuk naik cruise / feri ni terletak di sebelah belakang AC. boleh jalan kaki je. dan yang paling penting, ianya FOC! tak perlu tunjuk day pass. tunggu je feri sampai then masuk.

keadaan / suasana dalam cruise / feri. macam feri Pulau Pinang tu tapi yang ni kecik je. basikal dengan motor je boleh naik. kereta dan lain2 kena ikut laluan lain untuk menyeberang canal ni. masa yang diambil cuma 5 minit je. pusing kanan pusing kiri dah sampai.

hahhh... ni lah dia.. Lookout. jaraknya cuma 200 meter je dari jeti feri. sambil jalan kaki, korang boleh menikmati panorama Amsterdam... apa yang menarik pasal Lookout ni?

Lookout ni lebih kurang sama macam The Shore Sky Tower, Melaka. anies ada share entry nyer kat SINI. bezanya Lookout dengan The Shore ni, ia ada buaian kat atas bumbung. nampak tak buaian tu. hahhh... kalau hati korang kering, bolehlah nak berbuai sambil menyanyikan lagu ni...

Laju...laju...buaiku laju

Pohon beringin
Tegaknya tinggi
Kalau rendah menyapu bumi

Penghibur aku menolong aku
Bertiuplah oh angin bayu

Laju...laju...buaiku laju
Akulah anak yatim piatu

Laju...laju...buaiku laju
Pohon beringin
Daunnya rendang
Akar berjalur
Cecah ke bumi 
Hatiku ingin hidup gemilang
Nasib malang suratan diri

😂😂😂😂😂😂😂😂

bangunan yang macam bentuk burung sebelah Lookout ni pulak, kalau tak silap pusat konvensyen. kami tak masuk pun. sekadar snap pic dari jauh je...

kepada yang berhajat nak ber'amazing race' kat Lookout ni, ni haa...infonya... pada mulanya kami memang nak naik. dah beratur dah... tapi entah kenapa, tetiba ramai laa pula umat manusia sibuk beratur. pastu, nak naik ni pulak, tempat / bilangannya terhad. bincang punya bincang, kami cancel je. tak sanggup nak tunggu lelama kat situ. lagipun ada tempat lain yang kami nak tuju dalam tempoh yang singkat ni...

kaunter beli tiket...

tingkat bawah Lookout ni ada kedai cenderamata. boleh tahan mahal juga laa harganya... yang ni ☝pulak, gitar2 kapok besi yang dah tak pakai lagi dijadikan kerusi maharaja...

selpie seketui dari dalam Lookout...

masa mencemburui kami... dalam pukul 3 lebih, kami dah kembali semula ke jeti untuk naik feri ke AC... 

snap seketui atas cruise / feri otw balik ke AC...

ke mana kami akan pergi lepas ni? tungguuuuuu

daaaaa

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

17 Your Words of Lo♥e

  1. e'in tak berani laa nak naik boat ke, feri ke.. seram gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kn try e'in wpn sekali seumur hidup ;-)

      Delete
  2. WAH SEMPAT BERBUAI KAT POHON BERINGIN DI AMSTERDAM YA ANIES

    ReplyDelete
  3. uu, bestnyer! hah, cik anies ni lgi jauh berjalan nih haa

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih di dalam planet bumi lg cik timm ;-)

      Delete
  4. tingginya nak naik buaian, kalau akak bukan hati terus kecut... hahaha.

    ReplyDelete
  5. Sistem pengangkutan dia org mesti cekap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap... plg best semuanya on time tabik!

      Delete
  6. besnya =) kita tunggu nak pi mana pulak lepas ni (^___^)v

    ReplyDelete
  7. pergh.. kerusi gitar mcm yg dalam cerita game of throne.. haha

    ReplyDelete
  8. Fuhhh cantik suasana.. kerusi gitar tu pun menarik. Klu rumah ada ruang luas syok juga letak satu hehe :) :)

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆