Phileo Damansara - Sg Buloh - Semantan - Phileo Damansara

12:00 am

✿...السلام عليكم✿

Isnin hari tu, sempena cuti ganti Krismas... entah kenapa tetiba rasa nak try naik MRT. lebih2 lagi sekarang sampai 16 Januari nanti diorang kasi free ride. so, tak kan nak tengok je kan. moh laa kita cuba sampai muntah😇

sebelum tu, berkira2 juga laa kat mana nak parking kereta. area Semantan tu, anies tak berapa nak familiar. fikir punya fikir, teringat Phileo Damansara.

maka, naik laa kami kat stesen Phileo Damansara. memula cuak juga sebab ingatkan kena bayar. rupa2nya just touch kan kad TnG atau IC kat mesin scanner. tak de deduction pun duit dalam kad TnG tu. so ingat ni, bawa kad TnG atau IC. sebenarnya kalau ada token LRT tu pun boleh guna guna. jangan risau, dia tak deduct pun duit korang tu.

kami pilih untuk naik sampai stesen Sg. Buloh. boleh tahan ramai juga laa umat manusia yang naik MRT ni. almaklum laa cuti kan....

yang kureng best, masa berhenti kat stesen2 tertentu, train berhenti dalam tempoh yang lama. tapi kami tak boleh laa nak merungut sebabnya train pun masih dalam inspection. kalau dah betul2 operasinya nanti dan stuck beberapa minit kat sesebuah stesen... mmmm paham2 je la kan... tau kan kat mana nak viral report?

well... sebahagian gambar yang sempat anies snap tempohari...

pintu masuk... bila dongak, wahhh... tingginya....

stesen Phileo Damansara... ada part yang tak siap lagi yakni parking bertingkat. nampak tak?

bas2 MRT pun dah beroperasi. tapi kami tak dan nak naik sebab masa balik tu hujan lebat.

jejantas menuju ke stesen... luas... boleh berkuak lentang kat sini... kalau nak laa...😉

view dari atas jejantas... haiiii kalau laa hari2 KL punya trafik macam ni... memang aman dunia akhirat... tiap kali anies nak ke 1Utama mesti lalu kat sini. dia punya jammed... hanya orang yang kuat iman je boleh tahan... tapi yang ni disebabkan cuti... tengok laa lengang je... boleh berkhemah kat atas jalan tu😂😂

suasana dalam MRT. masa ni orang tak ramai lagi...

stesen TTDI. peminat2 tudung Naelofar mesti happy giler sebab stesen ni betul2 depan HQ Naelofar Hijab... hari2 boleh shopping😆

kat stesen Sg Buloh... ramai giler umat manusia... walaupun ramai tapi muat je gerabak MRT telan diorang semua ni😉😉

dari stesen Sg Buloh kami terus ke Semantan. saja nak tengok keadaan stesen kat sini... pun ramai juga umat manusia walaupun masa ni hujan dah lebat...

laluan / jajaran MRT. insya Allah jajaran ke Kajang akan siap pada Julai 2017 yakni sebulan sebelum Sukan SEA berlangsung...

antara kemudahan yang disediakan... lif...

surau. surau untuk jemaah lelaki dan perempuan diasingkan.

tempat berwuduk dalam surau.

tandas. jangan risau...ia tak bersebelahan dengan tandas lelaki...

overall, anies memang puas hati dengan MRT ni. sepanjang perjalanan, terasa smooth je... tak de dengar bunyi rel bergesel or 'stesen bergegar' bila train sampai. mungkin sebab baru lagi kot. tapi harap2nya keselesaan yang MRT tawarkan ni akan berkekalan sampai bila2...

jangan lupa naik tau sementara ia masih free! (dah macam promoter MRT laa plak!)

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

16 Your Words of Lo♥e

  1. Wah seronok naik. Boleh nak cuba juga sementara free.

    ReplyDelete
  2. Okeyyy, tak pernah naik and sampai lagi kat sana. Hmmm..

    ReplyDelete
  3. hari tu pun irda bawak anak naik mrt...masih free..hehe

    ReplyDelete
  4. wah...anies dah test MRT...sis tunggu laluan ke kajang siap la...malas nak ke sana tu...

    ReplyDelete
  5. xpernah naik lagi. macam best ya. ada byk facilities. hehe

    ReplyDelete
  6. kemajuan demi kemajuan
    tahniah malaysiaku

    ReplyDelete
  7. Huhuuhu... bila lah lepas nak rasa jugak naik MRT ni

    ReplyDelete
  8. haih, MRT! Tunggu sat no..nk pi kl semta2 nk try, wuwu..

    ReplyDelete
  9. Tak pernah try lagi. Hope lepas ni kurang siket kesesakan jalan raya.
    Surau pun penting tu. Kalau dah tak berapa nak sempat mengejar waktu...boleh jugak berhenti singgah.

    ReplyDelete
  10. besar jugak..aku ingat kecik macam monorel

    ReplyDelete
  11. Saya belum sempat naik lagi. Selalu lintas kat Sg. Buloh, dok pikir bilalah nak cuba naik ni :)

    ReplyDelete
  12. View dia cam kat KL sentral... Mggu lps abah checkup kat IJN dh siap semua abah request nak naik MRT tp xkesampaian adik xtau kat mne letaknye MRT, Sdhnye kami naik LRT je,huhuu...;-)

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆