Pattaya, Thailand: shopaholic abroad - FN Outlet

11:52 am

✿...السلام عليكم✿

OTW balik Bangkok, kami singgah kat outlet ni.

masa memula masuk terasa macam masuk pasaraya Macro. ingat lagi tak pasaraya tu? haha... nostalgia betul pasaraya tu... yang tak boleh anies lupa pasal pasaraya ni, warden kami sanggup turun ke Seremban semata2 nak beli jajan untuk co-op asrama. tiap2 minggu pulak tu! tapi kami happy sebab saban minggu ada jajan berlainan.

eehhh... dah melalut benda lain laa pulak...

FN Outlet ni sama je macam outlet2 yang pernah korang pergi. bezanya kat sini dijual dalam nilai Bath😊😊. yang pasti, kaki2 shopping mesti rambang mata bila tengok barang2 ori kat sini.

contoh, macam perfume DKNY. biasa kita tengok harga dia kat shopping mall dalam sekitar RM200++ kan? tapi kat FN Outlet ni, korang boleh dapat dalam sekitar RM150 je. kuantiti yang sama. bau yang sama. botol yang sama. jenama yang sama. see? jauh kan beza harganya?

yang tak best nyer... currency kita laa... so kat sini anies memang tak beli apa2 cuma cuci2 mata dan snap beberapa pic untuk tatapan yu ols!

btw, kalau dah sampai Pattaya, boleh laa panjang2 kan kaki ke sini.

dari jauh dah boleh nampak signboard ni...

bahagian depan FN Outlet. besar kan? masa kami sampai ni, baru je buka... sebab tu nampak lengang je... lokasi outlet ni senang je. sebelah jalan besar.

taman sebelah outlet

jom kita tengok apa yang ada dalam outlet ni!

baju2 is every where. nak yang mahal ke,,, yang murah ke,,, yang ori ke,,, yang cap lanun ke...semua ada. duit je yang tak berapa nak ada 😂😂

ada juga ahli rombongan kami yang beli luggage. almaklum ler... shopping tak hingat dunia 😁😁😁 harga dia pun not bad juga laa... berkualiti, hard shell... dalam RM199 rasanya...

perabot pun ada. tapi tak de laa perabot macam kat IKEA tu...

perkasas dan peralatan dapur pun ada. pilih je. nak yang murah ke... yang mahal...

makanan... of coz ada. kalau nak yang halal tu kena cari lebih sikit laa... ada. bukan tak ada...

kasut. wajib ada.

barangan perhiasan rumah. yang pelik2 yang tak pernah nampak pun ada.

suasana dalam outlet. dah snap pic ni baru perasan perkataan tu 😆😆😆😆 nampak tak?

moh laa kite berswafoto sebelum balik...😎😎😎

okey... tu je... daaa.... thanks for reading.

p/s salam Jumaat terakhir 2016!

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

15 Your Words of Lo♥e

  1. Berbaloi beli jika harga dia lebih murah dari tempat kita.
    Seronok baca dan lihat gambar di sana.

    ReplyDelete
  2. haha..macro tu legend je ingat..haah, luaran memang macam macro

    ReplyDelete
  3. Tinggal kenangan je Macro kan,..memang dulu masa zaman gahnya memang shopping sakan kat Macro :)

    ReplyDelete
  4. Ringgit tenat skrg, cuci mata pun jadilah kan,.. :)

    ReplyDelete
  5. salam jumaat terakhir 2016!
    sekejap je nk msuk tahun baru..

    ReplyDelete
  6. sakan shopping ni kalau dapat datang!

    ReplyDelete
  7. Banyak barang yg boleh dipilih tu

    ReplyDelete
  8. tak best bila rm jatuh ..peniaga thai asyik dok sebut yg tu je ..canot bagi diskaun

    ReplyDelete
  9. Shopping memang terapi paling best. hihi

    ReplyDelete
  10. seronok cuci2 mata.... sambil cuci poket

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆