Bangkok, Thailand: restoran Muslim / halal @ Arun Amarin Rd. Bangyikhan Bangplad

10:30 am

✿...السلام عليكم✿

p/s entry ni ditujukan kepada blogger Diana Rashid sebab dia dok tanya pasal gambar2 makan... nah! amik seketui! hehehe...

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah... kami selamat mendarat kat Dong Muaeng pada jam 9.30 pagi (Bangkok lewat sejam dari Malaysia). segala urusan imigresen berjalan lancar dan lepas tu kami terus disambut oleh Cek Wan, our tour guide yang dah siap menanti kedatangan kami.

sebelum bertolak, Cek Wan beritahu siap2 itinerary kami sepanjang berada kat Bangkok ni. lebih kurang 1/2 jam menunggu (bas terperangkap dalam jammed), kami pun terus tuju ke salah sebuah restoran halal / Muslim.

walaupun masa tu jam baru je masuk pukul 11, tapi perut masing2 dah berkeroncong mintak lunch. almaklum laa... sarapan pun tak sempat...

jarak dari Dong Muaeng ke restoran ni lebih kurang 25KM dan ambil masa lebih kurang 45 minit... jammed oit!!

bercerita dengan gambar laa yek!

ni laa restorannya... milik seorang wanita Pattani... cantik tau owner resto ni... kulit dia macam artis... licin je... tak jemu kitorang tengok... dengan tudung dia, dengan mekap dia...fuhh... eh eh... lari topik daa ni... btw, resto ni bersebelahan jalan besar. mmm ada landmark tak, anies? tak de laa... puas gak anies cari tapi memang tak jumpa...

masa kami sampai, diorang hidang cam ni je... tapi anies tak kisah (peminat makanan Thai memang macam tu) sebab bila nampak tom yam tu, terus kecuq dahh ayaq liuq... waarghhh laparrrr daaa...

suasana dalam resto... masa ni amik gambar pun ntah hapa hapa... main snap je... hahahaha laparrrr mana makanan ni tak sampai2 lagi!!

yeayy... makanan dah sampai... jangan tanya anies apa nama makanan2 ni nanti ye... memang langsung tak tau... yang ni, macam somtam pun ya, macam kerabu pun ya... tapi yang ni jenis berkuah dan rasanya filem masam2 manis. pastu ada hirisan mangga, bawang, cili padi dan batang daun sup. memang sedap. kami ratah macam tu je...

yang ni memang mabeles tahap 5 bintang gala sakti tujuh petala langit!! hahaha... nama lauk ni memang tak tau. ia adalah isi ikan keli yang digoreng rangup. tak de tulang langsung. isi semata. kami makan ni dengan nasi je macam dah cukup. sedap kha giler kha... 

apa laa erti Thailand kalau tak makan tom yam! ni tom yam ayam. kuah dia wangi dan ada rasa pedas2 sikit. rasa masam pun ada tapi tak ketara. kami hirup sampai licin hehehe... daun limau dengan batang serai pun rasa nak telan juga hahaha...

yang ni pulak, isi ayam goreng dengan gajus yang ditumbuk. rasa dia lemak2 gitu. memang pejam mata laa #apahaldietdietni ^_^

dah belasah kaw2 baru tingat nak snap. macam kerabu udang tapi rasa bukan kerabu. since anies ni bukan spesis yang makan petai, so kite belasah udang je laa...

nak snap nasi dari beras wangi Siam tapi terpasang flash...aduyai... tak pe laa yang penting kami memang kenyang sungguh2. bila makan beras wangi Siam ni, tetiba rasa mewah ya amat... alhamdulillah... nikmat Tuhan mana yang kau nak dustakan?

muka2 yang tak sabar nak hadap lunch... termasuk laa yang tukang taip caption ni ^_^

'Candice Swanepoel' tengah buat catwalk depan restoran lepas perut beliau penuh dengan tom yam dan segala bagai makanan Thai... hahaha... alhamdulillah... memang kenyang sungguh. tak sedar anies makan bertambah sampai 3 kali!! tu laa pasal... sapa suruh ajak pegi Thailand? hahaha...


perut dah kenyang, hati banyak senang... so, where's my next pit stop? tungguuuu...

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

44 Your Words of Lo♥e

  1. BILA LA DPT KE THAI NI..btw happy travel

    ReplyDelete
  2. yumy yumy kalau masuk thailand TOMYAM mesti kena oder nohh kalau dak rugi la noh hhahaha

    ReplyDelete
  3. nice share.. bolehj dijadikan rujukan bagi mereka yg nk ke sana.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Kalau makanan thai memang sedap2 la..Ni baru orang kata syurga makanan..banyak makanan dan sedap2..Tak macam satu negeri kat malaysia tu orang kata syurga makanan tapi tak sedap mana pun..hahaha

    ReplyDelete
  5. Bekas hidangan pun dh cantik..ditsmbah pulak hidangan yg sedsp ye Anies.. memang bedal kaw kaw laa kan..

    ReplyDelete
  6. itu lah penangan gi siam.makanan selera kita.tak sedar balik dah tambah kilo pula

    ReplyDelete
  7. makanan-makanan-makanan.. so tempting leleh-leleh..

    ReplyDelete
  8. bestnya anis, ada banyak pilihan. Harganya pulak macam maner?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf sis... xtau... harga da kawtim dgn pakej ;-)

      Delete
  9. Pinggan depa guna lawa lawa aih....saya laparrrrr...haha

    ReplyDelete
  10. Aniessss... Bestnya dapat makan masakan Bangkok.. Original air tgn dari Bangkok..

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum anies,

    Kalau anies boleh tambah 3x harus sedaplah makanan tu.. Makanan thai memang favorite saya juga, kebanyakkan semua best.. :-)

    ReplyDelete
  12. picture semua cecantik ;)
    tang makanan tak tahan nengoknyer

    ReplyDelete
  13. seumur hidup ni x penah ke luar negara. untung dpat tgk negara orang.

    ReplyDelete
  14. berjalan sakan.. tapi mmg npk sedap2 makanannye..

    ReplyDelete
  15. Huii... kecur air liur Mrs. A tengok makanan tu

    ReplyDelete
  16. pergh..nampak sedap wei tomyam tu! pedas tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tom yam kat kampung baru lg pedas berapi hehehehe

      Delete
  17. adoiii...terliur tengok tom yam tu

    tahniah anies...menang top komentator Oktober! hubungi saya ye

    ReplyDelete
  18. tomyam dia nampak lain dari kt malaysiaaa

    ReplyDelete
  19. Fuhhh! Tomyam dan isi ikan goreng garing tu memang menggoda jiwa!

    ReplyDelete
  20. Saya akan ke sana juga selepas balik dari jepun.

    Terima kasih kongsi maklumat.

    ReplyDelete
  21. oh boleh mark restoran ni klau ke bangkok nanti.. Thanks for the info :D

    ReplyDelete
  22. makanan nmpk sedap.. tp jijah kurang sikit makan pelik2 ni

    ReplyDelete
  23. aipp bila fly ni? bru nk ajak nis dh p. merajuk la cam ni 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut rombongan... 2 mggu lps

      Delete
    2. ohhh best apa teringin nk p tgk ladang bunga matahari smbil naik gajah. alahai serupa mengidam nk mkn macam2 kt sna. slurrrrppp

      Delete
  24. jenjalan Bangkok kitew ;)
    lum sampai lagi huhuhuhuuuu

    ReplyDelete
  25. Fuhhh confirm sedap ni... original siam ni.. :) :)

    ReplyDelete
  26. sedap ja nampak...tapi yang penting mudah cari makanan halal ok sangat

    ReplyDelete
  27. kenyang ikan kat situ kan.
    ada orang kasi makan roti.

    ReplyDelete
  28. tom yam sana lain ye..macam tom yam putih..

    ReplyDelete
  29. tom yam kat sane pakai perencah 'putih' sebab tue tomyam ner Nampak calor putih lor

    ReplyDelete
  30. kat Malaysia , kena letak cili baru ade jia Malaysia gitew

    ReplyDelete
  31. putih jew kang Nampak cam masak tumis air plak

    ReplyDelete
  32. makan -makan , jalan-jalan memang awesome weii

    ReplyDelete
  33. isi ayam goreng gajus tu - memang ada cermin mata comel ea

    ReplyDelete
  34. mula-mula ingat nasi goreng...upanya ikan keli...sah la sedap tu sampai tahap 5 bintang...

    ReplyDelete
  35. unik makanan dia..xpernah tgok..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆