The pending coffee?

12:16 pm

✿...السلام عليكم✿

Kami berada di sebuah kafe. tiba-tiba datang 2 pelanggan lalu meminta pesanannya.

"kami nak 5 cawan kopi. 2 cawan untuk kami dan 3 cawan lagi, pending."

"baiklah! semua sekali $25," beritahu pekerja kafe.

tidak lama selepas itu, kami memanggil pekerja kafe tersebut. kami pun bertanya:

"apa maksud pelanggan tadi tu? pending coffee?"

pekerja itu menjawab,"anda cuma tunggu di sini dan lihat."

tidak lama kemudian, datang 2 pelanggan dan mereka memesan 2 cawan kopi. kami lihat mereka membayar pada harga biasa.

beberapa minit selepas itu, datang 3 remaja lelaki dan memesan 3 cawan kopi. kami lihat mereka juga membayar harga yang sama.

bosan menunggu, kami pun berbual tanpa mempedulikan pelanggan yang datang ke kafe tersebut.

tiba-tiba, pintu kafe itu ditolak dan kelihatan seorang lelaki tua yang comot dan compang-camping pakaiannya. dengan suara yang agak lemah, lelaki tua itu pun bertanya kepada pekerja kafe tersebut.

"err... ada tak pending coffee hari ni?"

pekerja kafe itu mengangguk lalu memberikan lelaki tua itu secawan kopi.

melihat situasi itu, fahamlah kami apa maksud 'pending coffee'. rupanya, memang ada pelanggan yang sengaja membayar lebih kerana mereka tahu, pasti akan datang pengemis, orang tua, kanak-kanak terbiar ke kafe itu untuk meminta makanan atau minuman. jadi mereka 'telah membayarkan' terlebih dahulu untuk golongan ini.


kejadian di atas merupakan sebahagian kebajikan (charity) yang dilakukan di Napoli, Itali. di negara kita, bila lagi nak buat macam ni??

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

28 Your Words of Lo♥e

  1. MasyaAllah...tabarakallah...huhu...kita tak amalkan bila kita makan kat luar...dan mungkin sebab kita hanya ingat dahaga/lapar kita jer... :(

    ReplyDelete
  2. kan best klu kt cni pown ada...tapi rata rata, ssah plak nk cri pekedai yang amanah...sedang kan gst yang bru sedikit pown...rata peniaga mengambil kesempatan...dengan alasan, terpaksa kenakan GST kerana mesin auto calculate...

    ReplyDelete
  3. Kan lebih baik begitu dari membiarkan org meminta sedekah. Sebenarnya peminta sedekah di malaysia bukn perlukan makanan..tapi nak duit saja atas sebab mereka saja yg tahu..

    ReplyDelete
  4. ooooo pending coffee baru tau hihi mcm konsep bersedekah gitewww

    ReplyDelete
  5. wah itu maksudnya ya...baiknya hati mrk yg sanggup bersedekah cara gitu n yg terlibat dgnnya meraih pahala Allah jua.

    ReplyDelete
  6. Bagus jugak kalau ada yang niat gitu..

    ReplyDelete
  7. terharunya...

    tadi tgh mkn ada sorang tua jual keropok..dgn sopan menolak sbb tak suka keropok.....lps dia berlalu pergi, suami knor kata..boleh jer beli tapi sedekah kat orang...

    ReplyDelete
  8. I don't like coffee but I often drink it, so confuse hehehe...

    ReplyDelete
  9. kena start mulakan la..tak mula tak de siapa yang nak buat..kan??

    ReplyDelete
  10. Bisa jadi untuk nambah pengalaman nih kak :)

    ReplyDelete
  11. sapa yang ada buat pending coffee today...i nak datang claim ni hiksss :p

    ReplyDelete
  12. Assalam anies,
    waaaaaaaaaaaaaa
    iols ingat kat malaysi dah tadi he3

    ReplyDelete
  13. Bagusnya sistem mcm ni.. saya setuju sgt. Cuma klu kat sini silap2 tauke kopi yg pending teruslah duit tu huhu.. info menarik buat saya hari ni.. thanks sharing Anies.. :)

    ReplyDelete
  14. kat negara kita klu ada org miskin / gila / tak berumah dtg restoran atau gerai mkn tepi jl , confirm kena halau pergi ...

    ReplyDelete
  15. errr.. istilah pending coffee itu pon first time saya dengor.. inikan plak nak praktik.. hurmm ..

    ReplyDelete
  16. Baru first time dengar pasal pending coffee nie... menarik gak kalau kita amalkan di negara kita...

    ReplyDelete
  17. salah satu cara nak sedekah kan.. kena budayakan dulu kat Malaysia ni..kalau kita nak mulakan make sure pekerja cafe amamnah kan..

    @ JEMPUT SERTAI "GIVEAWAY: RINIE BORHAN"

    ReplyDelete
  18. pernah bace tentang ini.. tp kt msia tak praktikkan lgi kn..

    ReplyDelete
  19. Kat luar negara memang banyak tempat buat begini lagi2 time musim sejuk kan...

    ReplyDelete
  20. ohh baru tau maksudnye..huhu.. bagus jugak nie sebab amalan sedekah berpanjangan... tiada paksaan dan org kedai pon jujur bile ade yg tanye ade ke pending coffee tu... :)

    ReplyDelete
  21. waaaah baiknyaa hati =) pemurah..
    tapi pekerja kedai kena jujur juga.. kot nak kaut untuk lebih.. kata tak ada.. kesian..

    ReplyDelete
  22. ooo baru paham! bagusnya ada manusiabaik hati camni kan..

    ReplyDelete
  23. hurm...masih ramai yang baik hati dalam dunia yang serba canggih ni

    ReplyDelete
  24. diamalkan di itali? wahh bila agaknya kita nk contohi mcm ni

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆