✿...السلام عليكم✿
Kalau dah nama berjalan2 ni,
sesi membeli belah memang wajib
masuk dalam senarai meskipun
kita tak bawa menteri kewangan
a.k.a incik suami /
bersama2. ^_^
dipendekkan cerita, semasa
berada kat Kaherah, walaupun
sempat singgah El Hussein Bazaar tapi anies tak dapat nak kopakkan purse kat sana.
sebabnya, masa tu belum convert
duit Dollar ke EGD. so, just cuci
mata je laa dengan hati yang
membengkak kesedihan... sob sob...
sebelum terlupa, kalau yu ols nak
ke sini, sebaik2 nyer, tukarlah
RM kepada USD terlebih dahulu.
ini kerana, money changer kat Mesir
ni tak terima RM walaupun diorang
kenal orang Malaysia! (Malayzi?
Malayzi? Good! - sambil thumbs up)
okey, berbalik kepada tajuk. Manshia,
salah satu tempat wajib kalau dah
sampai kat Iskandariah ni. kat sini
tak macam Pavilion, Star Hill, KLCC,
Queensbay, Mid Valley or Sunway
Piramid ya... kat sini cuma ada kedai2
yang menjual pakaian, tudung,
baju baby, jubah, kain ela etc. nak
cari kedai jual souvenir pun payah.
kena pandai terjah lorong ni...
menyusup lorong tu... baru boleh jumpa.
satu lagi yang menarik adalah,
lambakkan peniaga2 kecil yang
menjual kat tepi jalan. macam2 yang
diorang jual seperti permainan
kanak2, barangan elektronik,
makanan ringan dsb.
ada satu petang tu, OTW nak balik
tetiba nampak diorang berlari2
membawa barangan jualan masing2.
rupa2nya ada penguatkuasa.
bila penguatkuasa berlalu pergi,
mereka kembali membentang kain
dan menyusun semula barang2
jualan mereka.
termenceceh panjang laa pulak...
tengok je la yek gambar2 yang ada ni!
kedudukan Manshia di tengah2 bandar Iskandariah. nampak macam jauh dari laut sebenarnya dekat je..
lepas penat membeli belah, boleh kendurkan urat2 kaki kat tepi pantai...syok woo...
anies tak tahu apa fungsi dan nama binaan ni. tapi yang pasti, hanya kat Manshia je yang ada binaan berciri2 kan tradisi Rom ni (Iskandariah pernah dijajah oleh tentera Rom suatu ketika dahulu)
beginilah keadaan dan suasana di Manshia. orang sentiasa ramai dan tak putus2. baik penduduk tempatan mahupun pelancong luar. sesuatu yang menarik tentang peniaga kat sini adalah, setiap Jumaat mereka hanya akan membuka premis perniagaan mereka sebaik selesai solat Jumaat! sebelum Jumaat, memang lengang laa...
Manshia, tatkala senja menjelma. sibuk dengan manusia dan kenderaan... oh, ya! kami ke sini lebih kepada memenuhi kiriman tudung daripada saudara mara.
mata wang rasmi Mesir, dipanggil Junaih atau ikut loghat tempatan - geneh - kalau convert ke RM, senang je... bahagi 2. contoh, EGD100 = RM50. murah kan? so, apa lagi? jom lah ke Mesir! duit siling tu, bersamaan RM0.50. kalau tak silap anies, dalam banyak2 negara Arab, Mesirlah negara yang paling murah nilai mata wangnya.
sesuatu yang menarik perhatian anies sebelum balik. ternampak papan tanda ni kat tepi jalan, berdekatan dengan kedai2 di Manshia. doa sebelum masuk pasar:
kelak kita boleh amalkan sebelum bershopping...
last but not least, ni ada sekeping gambar semasa anies berada kat El Hussein Bazaar. lokasinya berdekatan dengan Universiti Al-Azhar, Kaherah. nama Hussein diperoleh kerana ianya terletak bersebelahan / berdekatan dengan masjid Saidina Husin (cucu Rasulullah SAW). sebelum tu, ingat nak singgah masjid Husin ni, tapi tutup. tak tahu laa kenapa ditutup. kami beranggapan mungkin sebab sehari sebelum tu adalah Hari Asyura / 10 Muharam. you know what i mean, right?
p/s mem besar tengah 'bersilat'... petang nanti baru BW...
sebarang pertanyaan tentang JJCM @ Mesir akan anies respon kelak