"Aku tak pernah beraya since darjah 3!"

1:10 pm

✿...السلام عليكم✿


“Macam mana? jadi tak ni?” soal officemate aku.
“err... boleh ke ni?”
“ish, apa pulak tak bolehnya?”
“aku... seganlah...”
“nak segan mende nyer... 
bukan ada sesiapa pun kat rumah aku tu. 
hah, macam ni. kalau kau rasa segan, 
kau duduk je dalam bilik bila ada orang datang...” 
cadang officemate aku.
“kalau aku duduk je, nanti apa pulak kata family kau...”

aku kurang bersetuju dengan cadangannya itu.
walaupun dia kawan aku, tapi aku masih ada adab.
aku tak sesekali bersenang lenang
di rumah orang lain dan buat rumah tu macam rumah aku.
no, no!

"alaa... rileks laa... aku pun macam tu juga bila balik kampung."
aku terdiam dan tak tahu macam mana nak membalas.
"hah, tak pun... kau ikut aku.
kita ronda-ronda satu kampung. macam mana?"
aku memikirkan sejenak cadangan itu.
"boleh juga..." jawab aku yang sebenarnya masih teragak-agak

maklum sahajalah, ini kali pertama aku beraya di halaman 
orang dan kali pertama juga aku merayakan Aidilfitri! 
tak percaya? tapi... silalah percaya! 
tahun ni merupakan kali pertama aku menyambut lebaran.

“hah, kau biar betul ni?” soal officemate aku pada suatu hari.
aku mengangguk.
“kau tak pernah beraya since kau darjah 3?”
aku mengangguk lagi.
"lepas mak aku meninggal, aku tak pernah beraya."
“maknanya, dah lebih 30 tahun kau tak beraya?"
kepalaku angguk lagi. 
aku lihat, kawan aku ketawa dan menggeleng. 
mereka tak percayalah tu!
“habis tu, selama ni kau beraya macam mana?” 
soal kawanku yang lain.
“yelah... pagi raya kau buat apa? 
tak kan kau tidur sampai ke petang?” 
soal kawan aku yang duduk di meja sebelah aku.
aku tersenyum.
“aku tak tidur. aku pergi solat raya tapi lepas tu aku duduk je kat rumah.”
“kau tak pergi beraya?”
“tak pernah!”
“masya-Allah....” serentak kedengaran kawan-kawanku seperti mengeluh.
“habis tu, duit raya? kau tak pernah dapat? 
kau tak pernah beri?”
aku menggeleng dan mereka juga turut menggeleng.
“baju raya?”
“tak pernah ada!”
“hah, kau ni biar betul? 
apa.. selama ni kau beraya kat dalam hutan ke?”
aku ketawa sambil menggeleng.
“aku pergi ke masjid pakai t-shirt dan kain pelekat je...”
“orang lain tak pandang kau ke?”
“entah...”

selepas itu, kawan-kawan aku berborak sesama mereka. 
topik hangat tentulah pasal aku yang tak pernah beraya ni. 
eh, besar sangat ke masalah aku tak pernah beraya ni?

“macam ni la... kau ikut aku balik kampung dan beraya. 
memandangkan beberapa bulan yang lepas, 
abah kau dah meninggal, so kau cakaplah dengan 
family kau yang kau nak beraya dengan aku. 
macam mana?”
aku terdiam seketika.
“nantilah... aku fikirkan...”

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ini adalah KISAH BENAR tapi
ianya bukan berlaku pada anies.
ia berlaku pada someone yang anies kenal.

memula dengar pasal hal ni, memang terkejut jugalah.
yelah... bunyi macam selama ni dia duduk kat oversea.
tak pernah beraya. tak pernah ada baju raya.
tapi tak tahulah pulak sama ada dia pernah makan
ketupat, lemang, kuih raya etc. atau sebaliknya.
nak kata dia datang dari keluarga miskin, tak juga.
sebab dia duduk di kawasan perumahan.
nak kata dia tak ada pendapatan,
mustahillah sebab dia ada kerjaya dan
masih belum berkahwin.

apa2 pun, harap2nya setelah dia beraya di halaman
orang pada raya yang lepas, tahun ni dia bersemangat sikit
nak beraya. at least ada beli sehelai baju dan
merayakan bulan kemenangan ini bersama family.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

terima kasih YAB Nuffnang yang sudi beri
duit raya walaupun mem besar blog ni, 
mood dia ke laut sejak akhir2 ni.
BW pun jalan sekali harung!
btw, terima kasih Nuffnang!

dan di kesempatan ini, anies ingin mengucapkan
selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.
segala silap dan salah yang dilakukan
sama ada sengaja atau pun tidak,
mohon setulus hati agar diberi kemaafan.

yang pulang beraya, semoga selamat
pulang dan selamat kembali.
hati2 di jalan raya!

#pray4MH17
#pray4MH370
#pray4Gaza

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

45 Your Words of Lo♥e

  1. Selamat hari raya anies..maaf kalau ada tulisan atau komen akak yang mengguris perassan..semoga persahabatan kita akan terus kekal..

    ReplyDelete
  2. Ya lah hari raya tinggal beberapa lagi...

    ReplyDelete
  3. salam kak Anies...Majlah Aisyah dah sampai td..terima lasih kak ^_^..saya suka

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya juga..
    kesian juga..

    ikut yg afdal raya sehari jer..mungkin dia raya sehari tu jerlh..
    org lain je lbih2..knor pun mcm dia juga, raya suka duk rmh..

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Raya buat Anies sekeluarga.. Maaf Zahir Dan Batin..

    Moga Anies gembira menyambut hari lebaran ini bersama keluarga tersayang..

    ReplyDelete
  6. kesiannya..dh 30x raya dia bazirkan mcm tu jer...kecik lagi kot time tu 3tahun?? ades...tacing lak rsa huhu

    ReplyDelete
  7. kesiannya..moga dia terbuka hati untuk beraya walopon secara berserdahana..:(
    Selamat Hari Raya buat Anies..kaksura pon nak ucapkan salam aidilfitri maaf zahir batin sepanjang hubungan kita dialam maya ini.:)

    ReplyDelete
  8. selamat hari raya anis.. kesiannya hampir 30 tahun dia tak beraya..

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Anies sekeluarga..
    Berhati-hati semasa dijalan raya ye ^__^

    ReplyDelete
  10. Takda adik beradik ke dia? Saya pun sedih jugak. Takda kampung. Hehe. Raya kat kl je.

    ReplyDelete
  11. selamat berhari raya anies...moga kwn tu mndpt inspirasi beraya dgn gmbira di laman kawannya...

    ReplyDelete
  12. Selamat hari raya anies..maaf salah silap acik masa tinggal komen ye

    ReplyDelete
  13. Ada juga manusia macam tu rasanya semuanya bermula dengan didikan.

    Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin Anies...

    ReplyDelete
  14. Salam lebaran yer Anies... Zumal pun ada satu masa macam tak raya jer... Tapi tak la bertahun-tahun...

    ReplyDelete
  15. salam. huisshhh macam tak percaya pulak rasanya..

    apapun tahniah dapat cpuv :))

    ReplyDelete
  16. salam lebaran jg ya kak
    mohon mav lahir dan bathin :)

    ReplyDelete
  17. amboi, YAB Nuffnang yer..mantop..hehe..slmt hri rya..maaf zahir n batin klau ada tersalh mna2 dlm dunia blogging ni..

    ReplyDelete
  18. kisah benar ke tu anies?? ciannya.. sedih plak baca.. dia dh terlepas zaman kanak2 yg gumbira kutip duit raya.. beraya dr umah ke umah.. besarnya kesan ketiadaan ibu :'( Smoga tahun ni mampu mengubah segalanya. Aamiinn..
    p/s: SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN ANIES! SALAM 0-0 walaupun kenal kat cni je :)

    ReplyDelete
  19. As salam...
    Salam Aidilfitri kembali... Maaf Zahir & batin di atas segala salah dan silap dalam perkenalan maya kita samada sengaja mahupun tidak.

    ReplyDelete
  20. ketupat rendang kueh bahulu,
    enak dimakan bersama keluarga,
    wahai teman wahai saudaraku,
    mari bermaafan dihari raya.

    #kosongkosong kalau ada yang terasa hati dengan komen ana ya..

    ReplyDelete
  21. selamat hari raya dan maaf zahir batin dari kami sekeluarga...

    ReplyDelete
  22. Selamat Hari Raya Anies, kita kosong2 k.... BTW goodies dr Anies dh terima comel sngt siap mencetuskan fenomena tau, TQ Anies....;-)

    ReplyDelete
  23. kisah benar lak tue
    adusss... ingtkan novel tadi

    selamat hari raya anies... maaf zahir & batin

    ReplyDelete
  24. slamat ari raya sis...maaf zahir & batin kalau ade slh & silap selama kenal di alam maya ni...

    ReplyDelete
  25. selamat hari raya .. maaf zahir dan batin...

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum anies...selamat menyambut hari raya yer...;)

    ReplyDelete
  27. salam. singgah sini sebelum bercuti raya esok hehehhe
    salam jumaat & selamat hari raya..salam kosong kosong eh hehehee

    ReplyDelete
  28. Haha anis tahu tak , saya dah keliru dengan identiti anis td.. Memula masuk blog, nampak nama perrmpuan , tiba2 pergi raya pakai kain pelekat .. Eh blog lelaki tapi tema blog mcm pompuan sebab pink2 gitu .. Kiki.. Kelakar oherwise tu, ingatkan ada mksud tertentu .. Btw selamat hari raya too !!!

    ReplyDelete
  29. Panjang berjela entry pasal tak pernah beraya seumur hidup. Pelik juga. Tapi tak mustahil kan?
    Salam aidil fitri buat Anies sekeluarga.

    ReplyDelete
  30. selamat hari raya buat anies sekeluarga..

    ReplyDelete
  31. woot woot 30tahun xberaya?nway salam adilfitri.. :)

    ReplyDelete
  32. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin.
    Salam ceria Aidilfitri ikhlas dari saya... :)

    ReplyDelete
  33. err alaa ciannye kwn yg x beraya tu.. mcm drama pulak kisah die hurmm..

    slmt hari raya kak anies. maaf zahir & batin jugak ye wlupon kenal di alam blog je :)

    ReplyDelete
  34. sedih juga tu tak pernah beraya hampir 30 tahun.moga2 tahun ni ada pengalaman raya best :)

    salam aidilfitri.mohon maaf zahir dan batin.blogwalking before raya :D

    ReplyDelete
  35. Huhu..biar betul?
    Ermmm..first time dengar kisah macam ni.

    ReplyDelete
  36. Kita plk tak pernah tak raya ye Anies.

    Selamat hari raya aidilfitri Anies, maaf jika ada salah dan silap ye.

    ReplyDelete
  37. Ya Allah sedihnya..tak sgka masih de yg xpernah beraya

    ReplyDelete
  38. Ufuk Ramadhan mulai memudar, Cahaya Syawal kian memancar, Dosa dan Khilaf saatnya dibakar, Marah dan Dendam saatnya dikubur. Kadang hati berburuk sangka, Langkah membekas lara, Tutur kata tidak terjaga, Tingkah laku membawa luka. Andai tangan tak dapat berjabat, Setidaknya kata masih terucap : "Selamat IDUL FITRI 1435H, Minal Aydin Walfaidzin, Mohon Maaf Lahir dan Batin ya :)

    ReplyDelete
  39. banyak kisah hidup orang yang kita tak tahu.

    ReplyDelete
  40. ada juga eh org macam ni.. seumur hidup tak beraya. lepas kawen mesti berubah kan.

    ReplyDelete
  41. selamat hari raya kak!

    hahaha kita pun tak suka pergi beraya. lagi lagi kalau ikut parents, dah la tak kenal pun terpaksa je la duduk diam

    ReplyDelete
  42. Maaf zahir batin selamat hari raya

    ReplyDelete
  43. Selamat hari raya maaf zahir dan batin

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆