Recipe : spagetti aglio olio 'terliur'

5:30 am

...السلام عليكم


Resepi ini tak ikut mana2 resepi yang sedia ada.
sebabnya, anies fikir, apa yang ada kat rumah tu, itulah yang akan dicampak terus ke dalam kuali dan ngap!
senang cerita.

so salah satu resepi campak2 yang paling simple ni lah dia:
spagetti aglio olio.
berbelit lidah nak menyebutnya.

moh lah kita tengok bahan2nya:

bawang putih (dihiris / ditumbuk)
bawang besar Holland (dihiris / ditumbuk)
spagetti
udang
sotong
fish ball (ganti kupang)
cili kering
butter / minyak zaitun (nak pakai minyak biasa pun boleh)
serbuk lada hitam kasar
garam

rebus spagetti sampai kembang.
jangan lupa letakkan sedikit minyak masak.
bila dah kembang, toskan.

tumis bawang putih dan bawang besar Holland.
bila dah naik bau, masukkan sotong, udang, fish ball.
masukkan garam secukup rasa.

masukkan spagetti.
diikuti serbuk lada hitam kasar dan cili kering yang dipotong secara menyerong.
lepas tu nak tambah sayuran lain, ikut suka yu ols la...
anies masukkan beberapa biji tomato mini sebagai tambahan.
gaul sampai sebati then...
boleh terus ngap!
eh, kena tunggu azan Maghrib dululah, baru boleh mamam ^_^

happy cooking!

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

24 Your Words of Lo♥e

  1. sng jer recipinya.. tp klau buat kang nureen jer yg mkn huhuhu... sbb asben n anak2 suka yg kuah pedas tue hehe

    ReplyDelete
  2. tak pernah masak stail oglio ni sebab lbh suka yg warna merah tu .. spageti bolognese hihihihihi

    ReplyDelete
  3. hehe..tak pernah pulak akak boh udang,sotong dlm spageti..biasa letak sosej ja...

    ReplyDelete
  4. wah.. sedapnya.. tengok pun dah terliur..

    ReplyDelete
  5. Tgk pun dah nampak sedap.. :)

    ReplyDelete
  6. menarik jgk ni,anies..dh agak jemu sbnarnya melayan nasi tetiap harikn?:(

    ReplyDelete
  7. acik tak pernah buat ni..tapi pernah jugak goreng letak lada hitam..

    ReplyDelete
  8. oglio nampak sedap juga...
    bole cuba nanti..

    ReplyDelete
  9. hehe..memang terliur pun Anies, nak bawa lari sepinggan ni.

    ReplyDelete
  10. Tq share resepinyer... boleh lah dicuba ni !

    ReplyDelete
  11. sodapnyer..dh lama tak mkn spageti, last mkn kt pizza hut, bt sndri xtau,,hihi

    ReplyDelete
  12. spageti feveret aku ni nok...kalau aku, aku suka letak chili flake byk2...

    ReplyDelete
  13. waaa sedapnye...last makan ari tu before puasa...makan kat pizza...sedapny huhu

    ReplyDelete
  14. senang je nampak..lps raya la nak bt..skrg ni tak sempat je..

    p/s gambar tadi tak cantik anies pandang ke lain..heheh.knor pulak pucat semcm je..

    ReplyDelete
  15. uishhhh, sodap eaa ! mmg terliur2 cmni. hehe

    ReplyDelete
  16. fav nie tp slalu goreng dgn mcm sayur.hee

    ReplyDelete
  17. Mmg terliur..kalau ada yg tlg buatkn kan best...hehe...

    ReplyDelete
  18. memang terliur. tambah tambah lagi seafood. kekadang campak campak pun meleleh tau.

    ReplyDelete
  19. Ni pun salah satu fav I,simple n mudah disediakan..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆