✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Synopsis:
masih dengan identitinya sebagai pasukan agen rahsia yang bertanggungjawab melindungi bumi daripada ancaman alien, MIB yang berpusat di London telah terlibat dalam serangkaian serangan alien yang membuatkan mereka terpaksa menjelajah ke seluruh dunia demi menyelesaikan masalah ini.
Agent M sebelum itu sangat berminat untuk menyertai pasukan penyiasat seperti FBI selepas pertemuan pertamanya dengan alien, namun rezeki masih belum berpihak kepadanya sehinggalah suatu hari dia menemui 'dunia asing' yang akhirnya membuatkan dia terpilih sebagai salah seorang MIB.
namun agent M harus bekerjasama dengan agent H di bawah pemantauan agent O. setelah berhempas pulas, mereka dapati ada sesuatu yang tidak kena dengan pasukan mereka.
rupanya ada 'musuh dalam selimut' yang cuba hendak menggagalkan misi mereka.
siapa sebenarnya musuh dalam selimut itu? mampukah agent M dan agent H menumpaskannya meskipun nyawa mereka hampir terancam?
komen:
tak dinafikan sememangnya filem ni sangat ditunggu2 peminatnya sejak kali terakhir di tayangkan pada 2012.
tapi sejak peminat mendapat tahu yang Will Smith dan Tommy Lee Jones tidak lagi berlakon dalam sekuel kali ini, maka peminat2 'Thor' pula menantikan adakah Chris Hemsworth mampu menggalas tugas sebagai agent H
untuk 20 minit pertama, anies akui agak payah untuk memahami jalan cerita sebab ia bercampur aduk. sekejap cerita fasal MIB, sekejap flashback ke 20 tahun yang lepas. lepas tu cerita tentang macam mana agent M boleh terlibat dengan MIB. lepas tu, aksi pertarungan dengan alien untuk sejam pertama tak banyak dan sedikit kacau bilau meskipun diselangi dengan dialog lucu. so, ia menjadi sedikit hambar dan 'mengantuk'.
selepas menyedari ada sesuatu tak kena dengan 'orang dalam' MIB, barulah jalan cerita kembali menarik.
kalau tanya anies, secara jujur anies masih mahukan Will Smith membintangi filem ni. tapi apakan daya. mungkin pihak produksi mahukan kelainan dalam kerja mereka. so terima jelah.
overall, filem ini masih menghiburkan dan berbaloi untuk ditonton.
oh ya... segala komen dan pandangan ni, hanya pendapat peribadi anies sahaja. tiada tujuan atau niat untuk spoiled atau rosakkan mood korang yang nak menonton. jangan salah faham ya...
so, daripada ⭐⭐⭐⭐⭐anies beri ⭐⭐⭐. filem ni bakal masuk wayang pada hari esok = 13 Jun 2019.
thank you soooo much budiey.com atas 2 pass tayangan perdana ni. cantik, kan pass ni?
dan sekali lagi kami menonton kat MBO Atria. memang syok!! sebenarnya anies nak snap gambar pelakon Azrel Ismail curi2 tapi dia tengah otp... so nampak belakang dia je... yang pakai black suit sebelah baju merah...
antara adengan2 dalam Men In Black: International
agent H dan agent M melarikan diri dari serangan Twin 1 & 2 ketika mereka berada di Marrakesh...
agent O sedang meniliti data sama ada patutkah agent M direkrut atau sebaliknya...
agent H dan agent M sedang menewaskan Twin 1 & 2 (alien) demi menyelamatkan Vungus...
Pawny yang menjadi rakan baik kepada agent H dan agent M...
antara alien yang muncul dalam MIB International..
credit gambar
official trailer. credit video
selamat menonton dan Selamat Hari Raya!
p/s mencari mood BW yang hilang bersama duit raya... adehhh















Albania
Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Greece
Hong Kong
Indonesia
Japan
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam