✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Khamis lepas, blogger Mulan WA anies minta sahkan alamat. tup tup petang Jumaat dah terima... wah... cepat betul! ya laa... time puasa (baca: musim perayaan) ni kan pihak logistik sibuk uruskan parcel bertimbun. tapi pihak Pos Laju... bedesup! dah sampai😁 bagus... bagus👍👍
kotak tu nampak je kecil tapi isinyaaaa .. banyak! well, start dari foto atas (kiri), keychain & fridge magnet dari negara-negara yang blogger Mulan kunjungi baru-baru ni dan tahun lepas. then di bawahnya, tudung bawal Minaz berserta pin! anies sangkakan charm tudung. rupanya pin. ni boleh buat tudung raya nampaknya. BTW, sejak dapat tudung Minaz pada 2024, anies dah jatuh suka dengan tudung bawal brand ni. terima kasih blogger Mulan sebab 'perkenalkan' Minaz walaupun ia dah lama berada @ pasaran. seterusnya, foto atas (kanan), kurma Ajwa. sedap dan lembut sangat. rasa sayang je nak habiskan😂 di bawahnya lunch tote bag dari Jepun, juga salah sebuah negara yang blogger Mulan lawati tahun lepas. and last but not least, potholder. cantik! lemon theme. menyerlah betul warnanya!
difahamkan yang pemberian ni adalah disebabkan anies menjadi salah seorang top commentator @ blog blogger Mulan tahun lepas dan juga sebab berjaya meneka negara yang blogger Mulan lawati. Alhamdulillah... rezeki Ramadan dan insya Allah akan anies manfaatkan pemberian ni sebaiknya.
terima kasih tak terhingga buat blogger Mulan. kalau korang belum kenal dan nak follow blog blogger Mulan, klik kat SINI ya! selain cerita jalan-jalan, korang juga boleh belajar memasak sebab blogger Mulan selalu share pelbagai resepi menarik!
that's all for today...
daaa




Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Hong Kong
Indonesia
Japan
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam