Jalan SS 15/4 Subang Jaya: bakal 'syurga' pencinta boba tea?

10:41 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Penangan boba tea lately agak dahsyat juga, kan? sana sini orang bercerita, berkongsi boba tea kegemaran mereka. tak kurang juga yang berniaga tepi jalan, depan rumah - buat boba tea sendiri.

yang konon2 nak kurus ni pun terjebak😆😆😆 tapi anies masih setia dengan Tea Live dari dulu. tapi tak bolehlah nak minum selalu. sesekali ada juga cheat day.

so, hari tu pergi Subang Jaya nak try boba tea. bila sampai sana, tetiba jalan jammed. rupa2nya orang ramai buat double parking semata2 nak singgah cafe boba tea di kiri kanan jalan SS15/4 ni

lepas minum and buat kerja, anies pun try2 laa usha kat kawasan tu. masa tulah baru perasan ada macam2 cafe boba tea.

dari kanan: kafe Bao Hei Tang (yang ni baru dibuka) sebelahnya, Xing Fu Tang - jenama Taiwan yang tak perlu diperkenalkan lagi. di sebelahnya pula, Pin Tea. tak pastilah, ni local brand or luar negara... yang pasti, anies tengok pelanggan memang ramai...

kafe The Alley - juga tak payah diperkenalkan. punya peminat tersendiri. berada sebaris dengan kafe2 👆👆👆

bakal dibuka - kafe Raion. ni pun anies tak pasti sama ada local brand atau luar... juga sebaris dengan The Alley.

Kafe One Zo dan Kafe Lohas. both dari Taiwan. but not so sure sama ada diorang juga menjual boba tea atau sebaliknya. tapi rasa macam ya je... bakal jadi saingan kepada Xing Fu Tang kot? berada sebaris dengan The Alley.

Kafe The Black Boss - juga bakal dibuka... sebaris dengan The Alley...

kafe Whale Tea yang khabarnya juga dah mula mendapat tempat di hati peminat boba tea...

kafe Daboba - yang dah sedia ada peminat tersendiri. berada sebaris dengan kafe Whale Tea

ada yang cakap, kafe ni originated from Japan. tak pastilah betul ke tidak... juga sebaris dengan kafe Daboba.

kafe The Black Whale - adakah dia sepupu sepapat dengan Whale Tea? hahaha... tu korang kenalah cari. lokasinya sebaris dengan Daboba.

kafe The Hunter... mungkin ada peminat tersendiri kot? lokasinya sebaris dengan Daboba.

last but not least, kafe Tea'amo. ni 100% local brand. baru buka sebelum raya tempoh hari. lokasinya sebaris dengan Daboba.

kalau tak ada kenderaan, korang boleh naik LRT dan turun di Stesen SS15. dari stesen, just jalan kaki je untuk ke kafe2 yang anies kongsikan di atas.

lagi satu, kafe2 di atas ni anies tak berapa pasti sama ada diorang dah apply SIJIL HALAL JAKIM atau sebaliknya. anies just kongsi lokasi je. selebihnya terletak di tangan korang...


so, dalam banyak2 cafe di atas, cuba teka cafe mana yang anies singgah? siapa dapat jawab dengan betul dan pantas, ada hadiah untuk korang. so, wanna try?

tu je nak share.... thanks 4 reading
daaa...

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

60 Your Words of Lo♥e

  1. kat kelantan xde pun macam ni. Kita bli yg tepi jalan jer RM3..rasanya blh la dengan harga yg ditawarkan..haha..yg pnting ada boba jer..:)

    ReplyDelete
  2. Anies singgah Tea'Amo..
    Pergh!! Semua dekat satu tempat.. Memang dasyat persaingan boba tea nie.. Lepas tu mana yang sedap akan kekal.. Yang biasa-biasa akan hilang.. selalunya macam tulah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah... yg sedap akan terus diminati...yg so so boleh jual brg lain kot ;-)

      Delete
  3. Replies
    1. cafe yang saya pergi memang halal sebab kepunyaan muslim

      Delete
  4. mak aiiii banyak jugak tuuu kafe2 boba tea kat sana! dont yell at me je takde ek..hahahaha

    ReplyDelete
  5. wah berderet-deret kedai boba. hehe. setakat ni kak belum rasa nak minum lagi. entah la awat :D

    ReplyDelete
  6. byknye...rietta bru je terjebak dengan tealive...hehehe....

    ReplyDelete
  7. Adoii!!! seriously banyak gittew

    ReplyDelete
  8. Belum ada kesempatan lagi nak rasa boba tea

    ReplyDelete
    Replies
    1. JB pun dah byk cake boba tea nnt bolehlah try

      Delete
  9. Ada brand lokal, berarti bisa coba rasa lokal nih..

    ReplyDelete
  10. mujur la tgh diet skrg ni..
    kalo x mmg cr jgk boba,..
    haha

    ReplyDelete
  11. Rasanya Anies pergi Tea'amo kan 🤭 tak pernah dan tak berani try sebab ada alergik susu + teh

    ReplyDelete
  12. mak aiiii bersusun kedai boba tea.

    ReplyDelete
  13. saya baharu tahu tahu tentang Boba Tea...

    teringin nak rasa.

    cukup la rasa teringin

    ReplyDelete
    Replies
    1. try rasa yg org jual tepi jln. murah then rs pun lbh krg sm mcm kt cafe

      Delete
  14. Nasib baik takde gambar boba tea, dahla tadi tertengok kat twitter. Terus rasa nak minum..

    ReplyDelete
  15. Asyik ya bagi tea lovers ada banyak opsinya, tinggal pilih ke cafe favoritnya

    ReplyDelete
  16. macam2 jenis smpi ray pun xtau dah nak try mana satu hahaha

    ReplyDelete
  17. boba tea ini sejenis tea apa ya kalau di Indonesia jenama tea poci yang banyak ada di setiap jalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ia sejenis teh yg diletakkan bersama pearl yg diperbuat drpd tepung tapioca

      Delete
  18. masih lagi berjaya tahan diri daripada terjebak dengan boba tea ni. hehe
    walaupun laluan nak ke HQ mesti nampak Tea Live nye kedai..

    ReplyDelete
  19. wow! trending nyer.
    kedai nyer pun tumbuh mcm cendawan lepas ujan ekk, anies.
    aida baru try boba tea ni, last weekend kat bazar mydin.
    hmmmm... prefer cendol kat :) ha ha ha ha ha...

    tahniah --> http://www.adianiez.com/2019/09/tukang-komen-bertuah-julai-ogos-terima.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada byk lg tu cuma x mampu nk snap semua hehehe

      Delete
  20. Bila tengok kafe macam ni memang nak kena pastikan halal ataupun tidak lah kan. Tea'amo macam best je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegilah rea'amo sbb kompem bisnes melayu muslim

      Delete
  21. bab halal tu jakim memang sahkan tak dpt lg.. apa pun cuba the alley saja. mostly minuman semua brand nama cina

    ReplyDelete
  22. Ok, cheq teka mem Anies ni telah pergi ke Tea Live 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. teeettt!! salah. tea live tak de kat sini, cik suerin ;-)

      Delete
  23. Erkk Tak pandai nak tekalah Anies.. to byk gak pilihan cafe situ kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada byk lg...cuma sy x perasan. sbb situ byk kedai

      Delete
  24. Selalu juga kat area ni tapi baru perasan trending kat sini hehee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun x perasan mulanya... tp hari tu sangkut dlm jammed br laa tau ada byk kafe boba kt sini

      Delete
  25. Kak... Bentuk Boba Tea-nya bagaimana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bentuknya bulat bulat kecil, warna hitam. diperbuat daripada tapioca flour dan dicampur dengan brown sugar. boleh google, mbak einid ;-)

      Delete
  26. meriah kafe2 boba kt ss15 ni....mcm2 ado..yg femes , yg br nk buka...tp area situ payah parking

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada parking berbumbung sblh pasar tp kena byr laa

      Delete
  27. Boba tea... Dah macam bermusim jer kan

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆