Hội An, Vietnam: suasana malam + Nguyen Hoang Night Market / Hội An Night Market

11:13 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

Alhamdulillah... akhirnya muncul juga entry terakhir jalan2 ke Da Nang dan Hoi An.

untuk itinerary 4D 3N dan hotel, insya Allah anies akan share pada entry akan datang.

FYI, kami berada kat Hoi An cuma 2D 1N je. memang sekejap sebab tiada apa2 yang menarik kat sini kecuali suasana malamnya bak pesta dan pasar malamnya yang meriah. waktu siangnya senyap sunyi. tapi sebaik matahari tenggelam, orang ramai bagaikan kalkatu jumpa cahaya!

ditambah pula ada kawasan yang sengaja digelapkan (tiada lampu) dan kemudian diganti dengan lantern berwarna-warni.

paling mencuri tumpuan adalah, lantern yang memenuhi sungai Thu Bon. ia dibiarkan hanyut dan otomatik, sungai Thu Bon bertukar wajah bagaikan Songkran Festival.

tapi, kalau nak hanyutkan lantern ni, korang kena bayar. harganya kalau tak silap 25K Dong / per lantern.

selain tu, korang juga boleh naik sampan dalam suasana malap. ada bayaran dikenakan. kami nak naik sampan pada mulanya tapi macam tak confident je lepas tu sebab gelap. kalau tenggelam habislah 😂😂😂

dari sungai Thu Bon, korang boleh merayau jauh sikit untuk saksikan beberapa show yang sedang berlangsung. kalau nak tengok, kena beli tiket dulu.

kalau malas nak berjalan2 and perut lapar, ada berpuluh restoran / bar disediakan. restoran halal anies jamin memang tak ada langsung. TAK ADA.

so, wahai pengusaha2 restoran Muslim, nilah peluang untuk korang melabur kat Hoi An! 😀😀😀

kalau tak nak buat apa2 aktiviti or sekadar nak cuci mata je, maka singgahlah pasar malam ter'famous' ni.

inilah antara penyumbang kemeriahan malam di Hoi An. saiz / keluasan pasar malam kat sini agak besar dan paling mencuri tumpuan pastinya gerai2 yang menjual lantern berwarna-warni.

selain lantern, t-shirt, makanan, souvenir, accessories, pakaian wanita etc boleh didapati di sini. para peniaganya anies perhatikan diorang boleh berbahasa Inggeris walaupun tak lancar / fasih. kalau nak tawar menawar pun senang. berbeza dengan peniaga kat Son Tra Night Market (boleh baca kat SINI).

lebih kurang 3 jam merayau2, sebelum balik ke hotel kami pekena jus buah asli. perghhh memang terbaik punya jus.

habis minum, kami pun bergerak pulang ke hotel...

p/s maaf ya... gambar kurang memuaskan...

orang ramai berebut2 nak bergambar kat pokok Krismas ni...

deretan kedai / restoran dan bar...

view sungai Thu Bon... boleh nampak tak perahu / sampan dan lantern? hehehe...

penjual lantern dan peraih sampan / perahu di tepi sungai Thu Bon sedang menunggu pelanggan...

view sungai Thu Bon...

macam yang anies katakan, pelancong sangattt ramai...

jom terjah pasar malam! ni entrance Nguyen Hoang Night Market...

orang ramai lebih berminat bergambar dengan gerai lantern berbanding membelinya 😂😂😂

makanan halal boleh dikatakan tak ada langsung kat sini... kecuali buah-buahan...

jalan dan terus jalan sambil cuci mata...

kami cuma beli t-shirt je... sebab hanya kat sini baru jumpa t-shirt I💓Da Nang...

p/s korang jangan marah anies ya kalau anies tak BW ke blog korang. SEBABNYA? korang check dulu sama ada blog korang bebas dari masalah di atas ↑↑↑ atau tak. kalau ada, tolong selesaikan cepat2 ya!

okey tu je yang anies nak share hari ni... minggu ni kite cuti panjang lagi...yahooo...

thanks 4 reading... daaa

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

38 Your Words of Lo♥e

  1. Night market-nya mirip festival. Jadi gak bosan nih berkunjung kesana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, mas... suasana memainkan peranan pada hal pasar malam biasa je😆

      Delete
  2. Wah.. meriahnya sungai dengan lantern.. Suka betul suasana macam nie..
    Bolehlah peniaga Islam buka kedai kat sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. wpn skrg lom ramai pelancong muslim tp nilah peluang yg perlu direbut

      Delete
  3. Good post 😊 thanks for your sharing 😊

    ReplyDelete
  4. Thanks, I hope my blog is ok.

    Love lotus lanterns, they're so cute.

    ReplyDelete
  5. Malam yang meriah bercahaya. Cantik.

    ReplyDelete
  6. nice.. cantik betol pmandangan waktu malam... knape dgn blog yang tak boleh access tu. sy selalu singgah blog ni sebab ade trace dari blog sy hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg cantik kalu dpt camera mhl😆😆😆 insya allah blog sy ok. blog AZ.com pn ok

      Delete
  7. ngga tau mau koment apa ni sisss..itu aja

    ReplyDelete
  8. siapa tahu amir hasan aka Denaihati mau investasi makanan halal di tempat ini

    ReplyDelete
  9. Hai assalamualaikum anies lama tak singgah sini.. Ramai gak orang dekat sana yg nak shopping tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... bab shopping kn semua org suka tu yg ramai😆

      Delete
  10. Salam Anies - ada bawa balik kain cotton? Hihihi....Akak x pernah jejak Vietnam tapi biasa dengar kawan2 angkut kain cotton bila ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. mak cik je beli kain ela. xbyk plhn. sbb kedai xbyk mcm kt HCM

      Delete
  11. Lampu lantern tue cantik... 🤗🤗

    ReplyDelete
  12. cantiknya suasana malam kat sini dihiasi lantern.

    ReplyDelete
  13. Cantik sekali suasana malamnya, ramai juga banyak orang

    ReplyDelete
  14. yg pasti brg2 kat sana murah lagi kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. x jg cikgu lbh2 lg kalau kena keluar duit USD ;-)

      Delete
  15. Kat sini pasar malam tiap hari ya, meriah, seperti pesta.

    ReplyDelete
  16. Ya Allah romantiknya tengok lantern sambil naik perahu. Macam cerita kartun Dangle dah rasa..

    ReplyDelete
  17. ehhh why is that? ade ke yg muncul mcm tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa maksudnya ray? org ramai ke? xtau nk explain tp mcm tu laa... siang sunyi/x nmpk tp bla mlm semua keluar

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆