#PremiereWithBudiey #BudieyDotCom #ThePossessionOfHannahGrace

11:23 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Synopsis:

Megan memohon kerja di Boston Metro hospital dan akhirnya berjaya memperoleh pekerjaan tersebut. tugasnya adalah menyelenggara, menjaga dan memantau keadaan di bilik mayat hospital pada sebelah malam sahaja (syif malam).

hari pertama bekerja Megan tidak berasa apa-apa kepelikan di bilik mayat tersebut meskipun ada rakan yang cuba mengusik dan menakut-nakutkannya. dia masih lagi okey sebab dia pernah bertugas sebagai polis dan berdepan dengan pelbagai jenis mayat manusia.

pada suatu malam, Megan menerima mayat Hannah Grace  yang ditinggalkan di sebuah lorong. jika tidak disimpan, mayat tersebut akan reput. itu kata pegawai paramedik. namun tatkala dia memeriksa mayat Hannah, dia hairan kerana identiti mayat tidak sama dengan keadaan terkini mayat. lebih menyukarkan, kamera yang digunakan untuk mengambil gambar mayat dan mesin pengimbas cap jari tak boleh digunakan / gagal berfungsi sedangkan sebelum ini okey sahaja.

dengan bantuan bekas teman lelakinya yang juga seorang polis, Megan mendapat maklumat bahawa Hannah Grace telah meninggal dunia tiga bulan lepas.

Megan cuba mengenal pasti kematian Hannah namun tanpa disedari tindakan itu bukan sahaja bakal mengancam nyawanya tetapi juga nyawa orang lain.

Siapa Hannah Grace? mengapa ia memburu Megan selepas identitinya terbongkar?

komen:

sapa suka tengok cerita hantu, sila angkat keyboard? ya... anies tahu salah seorangnya adalah blogger Shahida Dzulkifli... jadi... Sha kenalah tengok movie ni ya! hahaha...

permulaan filem ni tertumpu pada Hannah Grace. apa yang jadi kat dia, tu korang kena tengoklah. kalau cakap nanti, jadi spoiler pulak, kan?

watak utama, Megan; pada anies agak kurang dalam menampilkan ekspresi takut. ini kerana mungkin sebab dia pernah jadi polis jadi dia macam tak gentar bila berhadapan dengan situasi genting dan cemas.

sama macam filem2 sebelum ni, yang anies tak berapa nak suka dalam filem ni apabila situasi tu berlaku 'overnight'. dalam satu malam je dah settle semua. arghhh... i cannot brain part ni hahahaha...

overall, jalan cerita okey, tak klise dan laju. sejam setengah je dah habis. masuk 8.45 keluar 10.15. oh ya, para pelakon pun tak ramai. jadi penonton tak serabut bila dihidangkan dengan ramai pelakon tambahan.

so, daripada ⭐⭐⭐⭐⭐anies beri ⭐⭐. filem ni menerjah wayang seluruh tanahair bermula 30 November 2018.

terima kasih banyak2 budiey.com atas 2 pass tayangan perdana ni. oh ya, kesempatan ni anies nak ucapkan selamat menunaikan umrah kepada budiey. semoga beroleh umrah mabrur. doakan yang baik2 untuk kami semua ya. aminnn

antara adengan2 dalam The Possession of Hanna Grace:

Megan terkejut apabila mendapati dirinya berada dalam peti simpanan mayat...

Megan sedikit bengang apabila kamera untuk ambil gambar mayat tak dapat digunakan tatkala mahu mengambil mayat Hannah Grace...

hatinya puas apabila berjaya menumpaskan................... walaupun nyawanya nyaris ditelan api (api kat belakang tu adalah tempat pembakaran mayat)

Hannah Grace meronta untuk melepaskan diri tatkala paderi sedang membacakan jampi bagi membolehkan .................... terlepas...

bekas teman lelaki Megan, Andrew datang menyelamatkan Megan yang diburu seseorang kerana mayat Hannah Grace...

credit gambar

official trailer. credit video

selamat menonton!

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

28 Your Words of Lo♥e

  1. wah..best ni..tapi syang xde panggung wayang kat sini..hehe

    ReplyDelete
  2. Penasaran banget dengan trealernya. Langsung nonton youtubenya. menakutkan dan serem, tidak berani lihat saya. Takut.

    ReplyDelete
  3. nak kerja ni kena semangat kuat

    ReplyDelete
  4. Teman tak gemar sangat tonton cerita seram nie....😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn risau hantu xkn muncul punya dr dlm skrin tv😄

      Delete
  5. PS: dalam dia mcm rumah biasa je...ada 3 bilik..mcm apartment...

    ReplyDelete
  6. kena tengok la filem ni nanti...

    ReplyDelete
  7. Fuyoo kerja jaga bilik mayat, Zumal duk wad depan bilik mayat pun dah seram sebab pernah berlaku sesuatu masa jaga tok di wad dulu.

    ReplyDelete
  8. Alamak..saya nak baca sinopsis tapi hati ni dup dap dup dap je sebab skrg pukul 3pg. Jadi saya komen dan skip part membaca..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. relaks jap lg hannah grace muncul dpn rumah😆

      Delete
  9. Hahaha.. dia mention nama kita.. Tak daya rasanya nak nengok.. hahaha.. tapi tengok trailer dia menarik..

    ReplyDelete
  10. bf ckp kelakar movie ni tak seram pun.. hahaa

    ReplyDelete
  11. Alaa, tak seram kan? Mesti puzzled gitu or seram x jadi? Eh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy tgk cite hantu seram ke x... ekspresi sm je😆

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆