#PremiereWithBudiey #BudieyDotCom #RobinHood2018

12:24 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Synopsis:

sekembali dari Tanah Arab, Robin dapati kediamannya telah dicerobohkan dan dimusnahkan manakala teman wanitanya, Marian hilang. lantas Robin pergi bertemu Tuck untuk mengetahui lebih lanjut apa yang berlaku sepanjang ketiadaannya.

selepas itu Robin terus ke lombong dan mencari Marian. walaupun dapat bertemu Marian, sayangnya wanita itu ada bersama lelaki lain. perubahan Marian berlaku disebabkan berita yang mengatakan Robin telah meninggal dunia 2 tahun lepas sewaktu dia bertempur di Tanah Arab.

pertemuan semula Robin dengan Yahya Ibn Umar atau lebih dikenali sebagai John telah menyebabkan dia terdorong untuk mencari keadilan untuk diri dan keluarganya. meskipun berasal dari keluarga kaya, namun disebabkan kuasa yang dipegang seorang syerif, seluruh Nottingham 'terpaksa' tunduk dengan kehendaknya demi memastikan bumi Nottingham terus makmur dan terpelihara.

pun begitu, cara syerif 'menundukkan' penduduk tidak selari dengan kehendak Robin. bersama John, mereka mengatur strategi untuk menumpaskan syerif yang tamak itu.

berjayakah mereka? bagaimana pula dengan nasib Marian dan penduduk Nottingham?

komen:

anies beria nak tengok filem ni sebab tagline-nya, the legend you know, the story you don't... curious je bunyinya, kan?

sebelum komen, anies just nak share sedikit fakta tentang filem Robin Hood ni. filem Robin Hood pertama kali diterbitkan kira-kira 110 tahun yang lalu yakni pada tahun 1908. kali terakhir 10 tahun lepas (2008), Hollywood juga mengeluarkan filem judul sama. untuk menjayakan watak Robin Hood, penggambaran filem ni ditunda kerana memberi laluan kepada Taron Egerton yang terlibat dengan sekuel filem Kingsman.

okey, tentang filem ni pula... bagi anies jalan ceritanya agak cacamerba sikit. tak berapa tersusun pada sejam yang pertama. ini kerana 'kerja sebagai pencuri' bukanlah idea Robin sebaliknya ia idea John atau nama Arabnya Yahya Ibn Umar lakonan Jamie Foxx.

elemen (sensitiviti) agama dalam filem ni kerap ditonjolkan. walaupun tak ketara melalui layar tonton tapi dari segi dialog memang banyak sampai anies sendiri naik risau dan tak senang duduk.

part paling best dalam filem ni dah tentu skill memanah yang ditunjukkan Robin. kalau korang nak tahu, skill memanah ni diajar oleh Lars Andersen, Youtuber terkenal dari Denmark. produksi filem sanggup mengupah Lars demi memantapkan watak Robin dan watak2 yang lain.

overall, filem ni berjaya mengungkap 'sisi lain' Robin yang pernah kita dengar / baca / tonton. tapi kalau korang nak bawa anak-anak2 kecil untuk tonton filem ni... anies rasa tak sesuai kot... kalau orang dewasa no prob hehehe

so, daripada ⭐⭐⭐⭐⭐anies beri ⭐⭐1/2 dan filem ini masuk panggung wayang seluruh tanah air bermula hari ini, 22 November 2018.

terima kasih banyak2 budiey.com atas 2 pass tayangan perdana ni. suka tengok pass RH ni. nampak unik.

antara adengan2 dalam Robin Hood 2018:

Robin bertemu semula dengan John...

Robin sedang bertempur dengan orang gasar...

Robin menumpaskan musuhnya ketika di medan perang...

Robin bertemu Tuck, salah seorang paderi yang agak rapat dengannya di Nottingham... 

Robin tidak percaya dengan keadaan rumahnya yang rosak teruk selepas kembalinya dia ke Nottingham...

credit gambar

trailer. credit video

selamat menonton!

Kisah Silam Untuk Masa Depan

30 Words of Lo♥e

  1. Ala.. Macam tak best je bila baca review Anies.. sha baru cadang nak tengok.. Cam kena hold dulu je.. Hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain org lain cara memasaknya sha eh ehhh ;-)

      Delete
    2. Hahaha.. betul juga tu tapi ada point yang Anies mention tu buat Sha macam patah hati nak tengok.. kikiki

      Delete
    3. tp sy x bermaksud nk spoil kan filem ni... cuma beritahu yg benar n jujur hehehehe

      Delete
  2. wah..best ni..sayang cni xde panggung wayang..:)

    ReplyDelete
  3. Cerita Robin Hood memang legend sangat kan..😎

    ReplyDelete
  4. well written synopsis.
    thank you for sharing

    ReplyDelete
  5. Saya langsung nengok trailernya. Wah mantap dan keren juga. Jadi ingin menonton nih, tapi disini belum tayang sepertinya.

    ReplyDelete
  6. teringat masa study di UM dulu tengok citer Robin Hood lakonan Kevin Costner di Panggung Eksperimen...

    ReplyDelete
  7. Hari rabu lepas teman and family menonton Polis Evo 2... Nect maybe boleh tengok Robin Hood nie pulak... Nampak macam best je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp x leh bw budak2 byk adengan x elok darah2 bunuh2

      Delete
  8. My childhood movie tapi sekarang banyak version Robin Hood cuma siri penceritaan berlainan..
    Apa pun LZ still minat dengan cerita epik begini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terlalu byk smpi x tau mn 1 yg betul hahaha kann

      Delete
  9. Teringat pula masa kecil dulu tengok robin hood. Lama rupanya filem pertamanya ditayangkan yer. Baru tau...

    ReplyDelete
  10. Wah mentor memanahnya direkrut dari youtuber asal Denmark ? ...

    Keren nih.
    Wajin tonton kalau begitu.
    Aku kan suka memanah ... hehehe ...
    Tapi sejauh ini hanya sanggup memanah tepqt sasaran ke batang pohon pisang hahaha ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mas boleh tengok di youtube channel lars andersen

      Delete
  11. Banyak movie tajuk RH ni tapi yang paling best Rob-b-Hood versi cina yang selamatkan budak kecik tu..lawak beb..

    ReplyDelete
  12. Suka juga cerita2 mcm ni.. cuma minda ni masih melekat ttg cerita robin hood dulu lakonan kevin costner tu lagi huhu

    ReplyDelete
  13. Time gi KLCC aritu nak tengok citer nilah tapi tulah showtime dia tak kenalah pulak so tengoklah polis evo 2

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆