#PremiereWithBudiey #Budieydotcom #TheHateUGive

1:32 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Synopsis:

Starr Carter yang baru berusia 16 tahun terpaksa menghadapi detik hitam lagi perit apabila dua rakannya mati ditembak depan mata. namun kematian Khalil Harrislah banyak mengubah Starr.

pada mulanya dia mahu menutup mulut sahaja atas kematian Khalil meskipun dia saksi utama. namun ketidakadilan yang dilakukan terhadap masyarakat African-American membuatkan Starr sukar menafikan gejolak hati.

kekejaman polis kulit putih terhadap kaum kulit hitam membuka mata Starr. dengan bantuan keluarga dan sokongan daripada teman lelakinya yang berkulit putih, Starr tampil membela kematian Khalil meskipun dia tahu keluarganya diancam oleh kaumnya sendiri.

apa tindakan Starr seterusnya? berjayakah dia membela kematian Khalil?

komen:

filem ni berdasarkan novel tulisan Angie Thomas. pada mulanya agak sukar nak 'tangkap' maksud dan jalan cerita. hampir sejam jugalah nak cuba hadam hinggalah Starr bangkit membela Khalil.

cerita ni mungkin dihasilkan kerana beberapa insiden melibatkan polis kulit putih yang menembak warga African-American dan mencetuskan perbalahan dan protest.

mungkin bila menonton ada yang menganggap filem ni agak racist, tapi anda kena tengok sampai habis adakah benar ia bersifat racist atau sebaliknya.

so, daripada ⭐⭐anies beri ⭐⭐⭐⭐⭐ filem ini masuk pawagam seluruh tanah air pada 15 November 2018.

thank you very much to budiey.com atas 2 pass tayangan perdana ni. demam2 pun sempat lagi layan movie hahahaa...

antara adengan2 dalam The Hate U Give

Starr bersama teman lelakinya ketika di sekolah...

Maverick, ayah Starr sudah menanamkan disiplin dalam diri anak-anaknya sejak kecil lagi...

Khalil (kiri) bersama Starr sebelum dia ditembak oleh polis kerana menyangkakan Khalil mahu membalas mereka dengan senjata.

keluarga Starr sedang berbincang dengan saudara mereka yang juga polis terlibat dengan kematian Khalil.

credit gambar

trailer. credit video

selamat menonton dan happy weekends!

Kisah Silam Untuk Masa Depan

30 Words of Lo♥e

  1. Kalau film yang menceritakan hal seperti itu, saya jadi takut. Tidak berani menonton.

    ReplyDelete
    Replies
    1. relaks mas, tiada insiden berdarah dalam film ini😊

      Delete
  2. Wah, ada filem baru... boleh la terjah panggung

    ReplyDelete
  3. Owh.. dari novel.. Nampak menarik.. Kalau ada peluang bolehlah tengok..

    ReplyDelete
  4. Menarik review..lama dah cheq tak jejak wayang, selalu layan movies kat asterok ja huhu 😞

    ReplyDelete
  5. SELAMAT BERHUJUNG MINGGU ANIES

    ReplyDelete
  6. i suka tgk muka American African ni. nak putih, tak putih sangat. nak hitam, tak hitam sangat. muka lain.

    ReplyDelete
  7. salam perkenalan 1st time singgah sini....da lama nya xtgk movie..skrg ni p- tgk cartoon je bawak anak2 hahhaa tp kalau outing dgn family tu ada lah jugak last tgk pun munafik hahhaa..untungnya dpt invitation premiere with budiey...jemput singgah blog sy yer..

    ReplyDelete
  8. eh wak.. i rasa tadi i dah comment dah. kenapa tak keluar ek?

    ReplyDelete
  9. baru je tgk satu buku dengan tajuk yang sama beberapa minggu lepas...

    PS: pusat ikan hiasan tu masuk percuma je anies, majlis bandaraya punya dengan uni apa ntah, dah lupa plak...

    ReplyDelete
  10. Hamboi Anies.. demam-demam pun sempat lagi layan movie ye.. semoga cepat kebah dari demam ye.. Aamiin..

    ReplyDelete
  11. tak silap ada pelakon nama KJ Apa yang hensem tu dalam filem ni. Ke aku silap?

    ReplyDelete
  12. Best jugak ni kalau layan. Tapi akak lebih suka filem cinta...ngeeee

    ReplyDelete
  13. Wahh.. menarik dan tertarik juga nak menonton. Thanks sharing Anies :)

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆