Konsert Koir Kebangsaan Malaysia 2018 '9' Koleksi Terunggul @ Auditorium Perdana Angkasapuri

12:06 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

First of all, terima kasih banyak2 kepada cikgu (panggilan kami kepada beliau meskipun dah pencen) atas jemputan ke konsert ni.

sebelum ni, selalu jugalah cikgu ajak anies ke konsert, teater etc tapi lepas dia berhenti, dah jarang dah dapat peluang tu.

back to the title... konsert ni berlangsung pada minggu lepas. anies sengaja share ceritanya hari ni sebab ESOK dan 8hb DISEMBER ada siaran ulangannya di TV2 jam 10.30 malam (dah confirm).

so, kalau korang tak ke mana2 esok, bolehlah tengok konsert koir kebangsaan ni. manalah tau kan, tetiba kamera terzoom kat muka mem besar... hah... baru korang tahu glamer ke tak mem besar ni hahahahaha...

dan macam biasa, beberapa keping gambar yang sempat anies snap sepanjang berada kat Auditorium Perdana Angkasapuri. cekidaut!

p/s kualiti gambar tak memuaskan. minta maaf banyak2...


kat pintu masuk auditorium...

tiket masuk. konsert ni berlangsung selama 2 hari berturut2...

disebabkan 1st time datang ke sini, konfius sekejap. takkanlah auditorium tu berlangsung kat Wisma Radio? macam tak logik je. lepas tengok direction, barulah faham... hehehe

kat lobi Wisma Radio...beberapa keping gambar pemenang pertandingan nyanyian yang pernah RTM anjurkan termasuklah bekas juara Bintang HMI, Dato' Siti Nurhaliza...

auditorium P.Ramlee. berada dalam bangunan Wisma Radio...


direktori Wisma Radio


orang ramai dah menunggu depan pintu masuk auditorium..

dalam auditorium sebaik sahaja penonton dibenarkan masuk... sejuk oiii... dapat pulak seat belakang air cond...

pentas utama. sebenarnya anies nak tunjukkan lampu2 yang tergantung tu...banyak ya amattt

persembahan pembukaan. Mek Mulung Cycle. lagu tradisional diubah sedikit dan dimasukkan elemen soprano. best sangat!

anies terlupa masa ni diorang dendangkan lagu apa tapi penyanyi yang pakai baju merah tu suara dia perghhh... soprano beb!! salute!

persembahan Mek Mulung Cycle...

koir juga mengenengahkan lagu2 tradisional orang asli tempatan dan diberi nafas baru selari dengan aliran koir itu sendiri...

koir lelaki sedang menyampaikan lagu dari filem Penarik Becha yang diubah suai... 

koir mempersembahan sebuah lagu terkenal dari Itali yang menceritakan seorang lelaki Jerman jatuh cinta dengan wanita Itali. lagu ni berunsur humor dan disampaikan secara santai...

persembahan lagu Toyol, nyanyian Allahyarham Dato' Sudirman. persembahan ni anies pernah saksikan sebelum ni. boleh baca kat SINI.

persembahan lagu Phantom of The Opera... semua lagu2 Inggeris yang dah diubahsuai...

persembahan daripada anak2 ASWARA (kalau tak silap) sempena tribute to Pak Ngah (komposer terkenal dengan lagu2 asli)

juga persembahan lagu2 irama Malaysia sempena tribute to Pak Ngah...

persembahan lagu2 yang dipetik dari filem2 blockbuster Shahrukh Khan... ada 3 buah lagu terkenal dan diubahsuai mengikut rentak koir...

persembahan lagu Sampaikan Salam nyanyian Allahyarham Dato Sudirman... masa ni rasa sayu sangat... aduyaiiii sapalah yang potong bawang dalam auditorium niiii....

antara mereka yang telah menjayakan konsert kali ini... kumpulan koir ini dibimbing oleh Dato' Syafinaz Selamat tapi dia tak datang sebab ada komitmen dengan Mentor 7 pada malam tu...

okey tu je yang anies nak share hari ni. jangan lupa esok buka TV2, jam 10.30 malam untuk saksikan rakaman semula konsert ni.

selamat menonton!

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

24 Your Words of Lo♥e

  1. W'salam anies,

    LZ belum pernah tengok konsert koir kebangsaan tapi bila baca posting anies rasa teringin pergi. I can feel macam mana teruja bila dapat tengok secara live.. tentu best.

    ReplyDelete
  2. Menariknya persembahan mereka.. Sha tak pernah sampai auditorium ini.. Teringin la pula nak pergi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dtg kl time rtm ada buat rakaman mnt bleh msk free

      Delete
  3. WAH MENARIK SEKALI PERSEMBAHANNYA TAK PERNAH SAMPAI KE ANGKASAPURI LAGI

    ReplyDelete
  4. Fuh, dah lama tak jejak kaki di angkasapuri. Dulu kerap pergi masa mama kerja sana ja

    ReplyDelete
  5. Oh..jenuh fikir esok dah 8 Disember ke? Tak perasan ada 'dan' kat situ. Tapi dah terlepas nak tengok yang awal, nanti kalau ingat saya nak tengok yang 8 Disember la..

    ReplyDelete
  6. Bestnya... minat juga nak pegi kalau dapat peluang macam nie... teman tak pernah lagi pegi mana-mana konsert berbayar nie...😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. konsert ni tak kena bayar tp perlua ada tiket khas utk msk...

      Delete
  7. look great....
    nak tengok, tapi ape daye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. datanglah ke sini boleh tengok. tak pun tengok live streaming di RTM TV1

      Delete
  8. Gua jarang ke acara kayak begitu, gua lebih sering ke acara alay yang nggak makanya gua ketularan nggak jelas juga ckck

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun jarang juga mas. ini pun sebab ada yang mengajak

      Delete
  9. Dulu zaman sekolah rajin juga tengok koir ni, tp peringkat sekolah je. Mmg best, especially klu menonton live mcm ni berbanding menonton di tv.. feeling live mmg lain :)

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆