#PremiereWithBudiey #BudieyDotCom #KIN

10:35 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Synopsis:

Elijah menemui sebuah senjata canggih di dalam sebuah bangunan terbiar dan kemudian membawa pulang senjata tersebut tanpa pengetahuan sesiapa.

suatu hari, abang angkatnya Jimmy membawanya ke Tasik Tahoe dengan alasan mahu bercuti. sebelum tiba di Tasik Tahoe, mereka singgah di beberapa tempat termasuklah tempat yang kurang sesuai untuk dimasuki Elijah kerana dia baru berusia 14 tahun.

di sebuah kelab, mereka menemui Milly. tanpa diduga mereka terjerumus dalam pergaduhan sehingga memaksa Elijah menggunakan senjata tersebut.

kekuatan senjata tersebut bagaikan meriam melepaskan pelurunya. kenaifan Elijah dan 'kepintaran' Jimmy memanipulasi adik angkatnya itu menyebabkan mereka terheret ke kancah jenayah yang lebih besar.

sejauh mana senjata tersebut memberi 'kegembiraan' kepada Elijah dan Jimmy? mampukah mereka melarikan diri setelah segala-galanya terbongkar?

komen:

filem ini berdasarkan sebuah filem pendek berjudul Bag Man yang diarahkan oleh pengarah sama.

intipati cerita sememangnya lain daripada yang lain kerana seingat anies belum ada lagi filem2 yang mengangkat tema kekeluargaan dari latar belakang berbeza (Elijah = afro Amerika, keluarga Solinski = white).

idea filem ini juga lari daripada kebiasaan yang mana budak berusia 14 tahun dangkat sebagai hero.
namun dari segi moral cerita, ia tak berapa sesuai kerana menonjolkan sisi-sisi gelap seperti gangsterism, rompakan dan pembunuhan yang dilakukan secara langsung di hadapan seorang remaja yang baru mengenal dunia.

berdurasi 1 jam 45 minit bagi anies ia terlalu panjang sedangkan ceritanya boleh diringkaskan menjadi sejam sahaja. penyampaiannya agak meleret sampaikan member anies tersengguk-sengguk beberapa kali sebab dia kata, filem ni slow sangat hahaha...

daripada ⭐⭐⭐⭐⭐ anies beri ⭐⭐dan filem ni menerjah panggung wayang seluruh negara pada hari ini, 6 September 2018.

2 pass tayangan dan 2 kupon istimewa daripada TGV. terima kasih TGV. terima kasih kepada budiey.com. korang boleh ikuti budiey.com di 
IG @budiey 
FB @budiey 
Twitter @budiey 
untuk perkembangan isu hiburan terkini.

antara scene dalam KIN. credit gambar.

dua 'alien' sedang mencari senjata mereka yang hilang dalam bangunan usang...

Jimmy (kanan) bertemu Taylor untuk menjelaskan kedudukan sebenar setelah dia dibebaskan dari penjara...

keluarga Solinski sedang menikmati makan malam... dari kiri Elijah, Hal (ayah) dan Jimmy...

Elijah sedang mencari barangan terbuang seperti besi dan kabel di bangunan terbiar sebelum menjualnya...

Milly sedang menunggu Elijah dan Jimmy yang sedang 'berusaha' mendapatkan duitnya semula...

trailer. credit video.

selamat menonton.

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

26 Your Words of Lo♥e

  1. Sha ada tengok trailer filem ini.. Nampak macam menarik..

    ReplyDelete
  2. tak pernah tengok lagi cite ni..

    ReplyDelete
  3. Lama dah tak tanegok English movies macam ni.

    ReplyDelete
  4. wahhhh...untung la dapat voucher kfc...bak mai sehelai...hahaha..

    ReplyDelete
  5. haaa... citer baru lagi.... banyak nie citer baru nak kena tengok ;)

    ReplyDelete
  6. Cerita omputeh memang selalu terjumpa benda best2, terjumpa senjata canggih, terjumpa robot transformers..orang Malaysia, terjumpa sampah, taik kucing..camtu je yang mampu :P

    ReplyDelete
  7. kalau filem thriller slow sgt jd x seronok menontonnya.

    ReplyDelete
  8. Cerita lain dari yang lain rasa macam nak tengok.
    Member sebelah tidur hangin jer... kalau Mrs. A la

    ReplyDelete
  9. review mcm xbesh je.huhu
    tp trailer nmpk menarik..tu ingt nk p tgok..hmm
    xpe2..tgok dlu bru tau..

    ReplyDelete
  10. Bnyk betul movie baru released time dekat2 skrng ni. Jadi tak tau pulak nak tonton mana dulu hehe :D

    ReplyDelete
  11. Ok jugak kalau nak bawak anak2 gi tengok.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆