Bruxelles | lost in the city

2:18 pm

✿...السلام عليكم✿

Bersambung dari SINI.

lepas letak luggage, kami pun buat kata sepakat untuk 'berpisah'.

sebenarnya, farah, nurul dan dania cuma nak shopping kat Hard Rock Cafe je manakala anies nak jalan2 kat sekitar bandar sambil mencari landmark2 yang terkenal kat Brussels ni.

so, kami pun berpisahlah. sorang ke kiri dan dan 3 orang ke kanan.

dalam hati cuak juga laa nak jalan sorang2 ni. ye laa... tempat tak familiar.. so, bila nampak sekumpulan budak sekolah dengan cikgu diorang, dalam hati dah confident, ni mesti diorang nak pergi termpat2 menarik.

anies pun teruslah mengekor diorang. tapi bila sampai satu tempat, tiba-tiba diorang masuk dalam sebuah bangunan. bila mendongak, nampak perkataan 'museum'... waaaa ni bukan tempatnya... adushhh macam mana ni... anies dah melilau tengok keadaan sekeliling. nak tanya orang... tapi rasa waswas...

pusing2... nampak Musical Instrument Museum... mmm... nak masuklah... tapi bukan masuk nak tengok barang2... sebaliknya nak masuk dan nak tanya ke mana arah yang betul untuk ke GP...

salah santu pintu masuk Brussels Centraal. otw balik, kami jumpa buskers berbakat... boleh main instrument... of coz... dan suara pun sedap!

jumpa tugu yang sama macam kat Cologne. agaknya diorang ni berpakat kot nak buat tugu yang sama... hahaha... sila jangan percaya...

tak tau laa apa nama tempat ni... orang dah sesat kan... tak sempat nak telek sana sini... kalau baca signage pun bukannya faham sebab mostly dalam France or Dutch...

musical instrument museum... credit image. tak dan nak snap guna camera sendiri sebab dalam kepala cuma nak cepat sampai GP je...


seronok lalu bawah pokok 2 botak ni... rasa cam pengantin tengah lalu bawah bunga manggar kah! kah! kah!

tengok perkataan Bibliotheque tu, otomatik kepala teringat Bibliotheca Alexandrina kat Iskandariah. korang boleh skodeng entry-nya kat SINI.

taman apa entah... tapi cantik... kalau musim bunga sure berganda2 cantik agaknya... luas pulak tu... tak pasti, boleh masuk ke tak taman ni... kiri kanannya gabungan bangunan lama dan baru...

okey... selpie seketui tanda mem besar tengah cuak lepas call polis bantuan kah! kah!


well, di kesempatan ni, anies nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN kepada semua rakan2... moga2 ibadah yang hadir setahun sekali ini, akan dapat dilaksanakan sesempurna yang boleh. juga, mohon maaf banyak2 andai ada salah silap yang sengaja atau tidak disengajakan...

RAMADAN KAREEM 1438H

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

23 Your Words of Lo♥e

  1. sakan jalan2.. x habis2 lagi entri punya la banyak.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeee sy pon x tau bla laa nk habis ni hehehe

      Delete
  2. MUJUR XSESAT YA ANIES...SALAM RAMADAN KAREEM

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesat gak tu kak... mujurlah ada yg boleh speaking

      Delete
  3. Kat ayat tu dalam kelapa cuma nak cepat sampai GP tu mmg saja tulis kelapa ke?... ke typo hehee. Salam Ramadan & slmt berpuasa Anies :)

    ReplyDelete
  4. Ramadan Kareem Anis :)
    Walaupun botak dah pokok tu tapi masih nampak menarik kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu kat sini? dah jd kayu api ;-)

      Delete
  5. Wahhh.. Seronoknya berjalan-jalan.

    Selamat berpuasa juga buat Anies.=)

    ReplyDelete
  6. aww beraninyaaa alaaaa kalau tak kak farah nk p HRC boleh oder baju 😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. rs nyer tu plan last minit kot... dah smpi swiss br plan nk ke HRC

      Delete
    2. rasanya dia nk p mauritius pulak kot tak tau bila. boleh ler kita kirim. hehehe

      Delete
    3. lawa jugak baju hrc swiss.. oo mm geee

      Delete
  7. sesat2 sempat lagi berangan ala2 tgh attend wedding ..hahah

    ReplyDelete
  8. salam ramadhan.. banyak betul sambungannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramadan kareem... hehehe bese laa tu asik tangguh je

      Delete
  9. kira lagi berani dari akak ni...
    bunga manggar tak gerak2 ye..

    ReplyDelete
  10. Pokok botak tu, kalau photoshoot best tu.. haha.. Salam Ramadan sis.. XD

    ReplyDelete
  11. Slmt menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadan Al Mubarak ini. Semoga Allah sentiasa memberkati.. aamiin :) :)

    ReplyDelete
  12. GP? GP tu apa? jauh dah aku tertinggal entry hang ni Anies.haha.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆