Ke Pulau Jerejak + Jerejak Rainforest Resort, Penang

11:54 am

✿...السلام عليكم✿

Cerita ni dah lama. nak kata lama sangat tu tak laa... berlaku dalam tahun ni juga. cuma anies je yang tak update kat blog ni sebab terlupa kat mana anies simpan gambar2 tu. bila dah jumpa, muka ada senyum sebab ada modal nak menceceh hari ni... hahahaha...

kenapa Pulau Jerejak? tak ada pulau lain ke?

entah laa... tak tau nak jawab camne. tapi yang pasti anies pergi ke sini sebab masa tu booking.com ada buat offer. memang murah laa... time tu pulak, mood kerja memang down ya amat. so, nak release tension konon2nya, maka berangkatlah kami ke pulau ni.

tak ada apa-apa yang menarik kat pulau ni. anies pun tak jalan2 sangat bila dah sampai. sekadar duduk tepi laut, dok termenung 3 - 4 jam tanpa fikir pasal kerja. aarghhh bahagianya hidup kalau macam tu hari2...

well, ni sebahagian gambar yang sempat anies snap... nak kata best sesangat pun tak de laa. at least ada juga laa bukti DNA yang anies pernah sampai ke sini hahahaha...

nak ke pulau Jerejak ni kenalah naik speed boat. tak boleh pergi dengan kuak lentang je... mau kena baham dek buaya darat nanti hahaha... tiket untuk naik speed boat ni dah termasuk dalam harga bilik. just call je pihak hotel pukul berapa anda nak bertolak dari jeti. mmm... anies lupalah nama jeti ni. tapi kalau yu ols nak tau lokasinya, dekat je dengan Queensbay.

selpiaq seketui sebelum bertolak...

dalam speed boat. bila dah naik terasa macam orang kaya hahahahahahahha

tak banyak pic yang sempat di snap masa speed boat ni membelah lautan... tapi memang syok ooo... dah lama tak ada perasaan macam tu bila dilambung ombak deras hahahaha

selpiaq lagi bila dah sampai kat pulau... akhirnya...

laluan menuju ke hotel dari jeti. alhamdulillah, masa tu cuaca cantik sangat. tak hujan, nyaman je... walaupun rasa macam sunyi, tapi anies enjoy sebab kepala dah tak serabut lagi yuuuhuuuuu....

ni bilik kami... gambar ni je yang ada. yang lain anies tak tau kat mana anies letak... ishhh... so far okey laa bilik dia... yang tak berapa nak best, line telefon laa...adezzz...

dok termenung kat tepi pantai sampai petang... tak buat apa2 pun... tapi best layan bayu laut...ceh wah!

nak jalan ke depan sikit rasa malas laa pulak... so tengok je laa dari jauh...

okey... tu je nak membebel hari ni... daaa

Kisah Silam Untuk Masa Depan

37 Words of Lo♥e

  1. pulau yang penuh dengan sejarah dan dikatakan pulau ini adalah tpt buang orang masa zaman dulu2..

    ReplyDelete
  2. bukti DNA ye anis, tersengih akak kejap.
    Memang nampak macam orang kaya bila naik speedboat tu anis, akak tak pernah cuba lagi... takut jatuh.

    ReplyDelete
  3. Laut yang mendamaikan Anies..
    Akak pun suka pergi laut ..
    Hendaknya bila di pagi hari..
    Pastu tengok matahari naik atau terbenam..
    Bestnya :)

    ReplyDelete
  4. Cantik jugak pemandangannya... terutama yang waktu petang tu...sweet jer tengok...

    ReplyDelete
  5. bila baca psl speed boat teringat pulak masa gi pulau bako, Sarawak...fuh bot mati tgh laut ombak pulak besar sbb ribut nak hujan ada buaya plak tu...mencabar tapi best la as a pengalaman...takkan penah kulupa kenangan kelat tp manis tu..hihi

    ReplyDelete
  6. wow! luar dalam cantik bot tu...memang sure rasa macam orang kaya hehe

    ReplyDelete
  7. wah !tak pernah sampai.. asyik dok sebut nak p jaaa

    ReplyDelete
  8. Ala Anies..tetiba ky teringat suatu masa dulu ada seorang artis mengaku bahawa suaminya yg membangunkan Pulau Jerejak tu. Wallahuaklam..
    Wah..betul2 membangun dah pulau itu ye ☺

    ReplyDelete
  9. PULAU JEREJAK NI ADA TAK KAMPUNG NELAYAN ANIES

    ReplyDelete
    Replies
    1. xtau laa kak...sy x meneroka pun...byk duduk2 je ;-)

      Delete
  10. Wah.. seronoknya meneroka pulau..

    ReplyDelete
  11. bestnya dah lama tak pi holidayyyy :D
    follow sini #1061
    follow back and keep in touch :D

    ReplyDelete
  12. Memang speedboat tu blh buat org rasa kaya punn. Kiki

    ReplyDelete
  13. Pulau jerjak ni dulu tempat penjara kan... ada lagi ke kawasan penjara tu Anies?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tp sy x pegi pun... byk relaks2 je

      Delete
  14. Macam sunyi aje susana dia. Seronok naik bot laju tu.

    ReplyDelete
  15. wow mcm best je Pulau ni.. Bulan 3 tahun depan nk jelajah Penang..Pulau ni macam best je tau..

    ReplyDelete
  16. wah dah sampai pulau jerejak...ada niat nak pergi tapi tak pergi pergi...tunggu anak-anak dah besar skit kot hehehe

    ReplyDelete
  17. salam..hi anies..
    pergi sana dgn sape tu..
    sorang je gmbo.. ^,^

    ReplyDelete
  18. Bab termenung 3-4 jam tanpa fikir pasal kerja tu best kan,..... :)

    ReplyDelete
  19. Apa xtvt kalau bercuti di situ?
    Anies tak mandi laut ke, snorkling ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. x buat apa2 mmg plan nk relaks2 tenang jiwa hahaha

      Delete
  20. Speed boat ni nampak selesa.. Mewah hihihi masa pergi pulau perhentian.. Speed boat biasa je.

    Anies.. Pemandangan memang nampak cantik. Sbelum ni g Penang, tak pernah terfikir nak jejak sini. Rugi..

    ReplyDelete
  21. pulau pulau memang mendamaikan fikiran dan ketenangan jiwa ;)
    suka pi pulau tapi takut nak naik bot plak

    ReplyDelete
  22. Bape hrge hotel, setau cikna booking.com harga dia mmg murah... Klu g Penang hanya mampu tengok pulau ni dr jauh je sbb cikna selalu dimomokkan dgn kisah pesalah yg dibuang negeri, pesakit kusta yg kronik....;-)

    ReplyDelete
  23. org penang pun tak sampai2 lg hahahaha.. sbb ada pulau je tak ada jeti2 nelayan. area btu feringghi byk ler

    ReplyDelete
  24. Real agent in malaysia is Mrs Sheila Real agent in malaysia is Mrs Sheila My name is chong i am from Chinese i live in Malaysia Am so happy today i have been scam by so many sugar mummy agent in Malaysia here i was so surprise today i just contact agent Mrs Sheila whatsaapp +60167288434 i was hookup today with one sugar mummy. It is great to announce that i have a good business, a car and a house i can call my own. All thanks to Mrs Sheila for all her help getting me connected to a rich sugar mummy. I don’t want to keep this to my self, so i am informing the general public who needs a sugar mummy or daddy to contact Mrs Sheila on her whats-app number +60167288434 the only money i pay is the hookup form fee which is 850rm only, and take note that this is the only trusted agent in malaysia. Open the link below to read more about this..
    https://sites.google.com/view/assian/home

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆