Ho Chih Minh, Vietnam: makan madu, makan buah

11:00 am

✿...السلام عليكم✿

Makin lama makin malas laa plak nak update cite JJCM Vietnam ni. ntah apa yang di'malas'kannya tu pun tak tau laa... (ayat apakah??)

sebelum tu, boleh laa kalau2 nak amik bau kat link2 berikut:

Vietnam 1
Vietnam 2
Vietnam 3
Vietnam 4
Vietnam 5

agaknya memang dah di'plan'kan siap2 kot oleh kerajaan Vietnam ni. sesapa yang ber'tour de Mekong' haruslah buat / meng'experience' benda2 berikut:

1) makan madu
2) makan buah
3) naik bot
4) tengok orang buat gula2 kelapa

pastu balik... mmm...

well, kita bersangka baik laa kan. diorang buat ni, pada anies sebab nak bantu menjana ekonomi penduduk terutama penduduk miskin yang tinggal di pinggiran Sungai Mekong ni. yelah... nak buat kerja2 macam kat dalam opis mungkin tak kot.

tapi dengan kedatangan pelancong, dan melakukan aktiviti yang disediakan, sedikit sebanyak ada laa juga rezeki untuk mereka suap anak2 mereka. so sebagai pelancong / pelawat, just have fun!!!

sebaik je bot mendarat (boleh pakai ke term ni?), kami terus ke tempat penghasilan madu. ada sekumpulan pelancong (rasanya dari Malaysia) sedang bersantai kat situ. so kami pun terus amik port dan si Moon (our tour guide) pun memulakan 'ceramah' beliau...

macam kedai kopi kan tapi rasanya bukan kedai kopi... tak singgah pun tempat ni...

biasa tengok kan kalau pergi tempat penghasilan madu? kat sini pun tak de bezanya...

pekerja kat situ tunjukkan sarang lebah yang diternak. rileks je dia macam dah biasa kena sengat dek lebah2 tu...

masa ni dah nak beredar. pastu diorang tunjukkan ular sawa, terus kami cabut.... eeee... idok ler kome nak pegang ulo tu yonggg...

dah siap susun tinggal nak masuk perut je ni. madu tu dimakan dengan air teh tanpa gula, perahan limau dan gula. tak tau laa gula apa yang diorang pakai. sekali tengok gula tu macam rempah alba tu... yang dalam pinggan tu, kerepek dan kekacang rasanya... lupa dah...

dah siap dibancuh. madu + teh + limau. oh, ya... makan madu ni free ya... tak de sebarang cas tersembunyi termasuklah GST 6%

rajin pak cik Saleh tuangkan teh untuk kitorang... 

sesi 'paling panas' lepas makan madu hahahahaha... bila tengok pic ni, gelak kami dibuatnya esp bila ianya berkait dengan si Moon tu hahahaha

anies: "okey, kami tak nak beli. cukuplah madu yang ada dalam biskut conflakes madu kuaci rangup yang nina buat tu nanti, termasuklah madu yang farah buat untuk nasi ayam madu dia masa bukak puasa nanti! hahahahahahahhaa" 
(bukan dialog sebenar)

badan dah rasa panas daa... moh ler kite ke tempat lain pulak... si Moon dah menonong nak ke tempat seterusnya sedangkan kami masih sibuk dok berselfie sana sini....

next destination: entah apa laa nama tempat ni.... kalau boleh sebut, try laa sebut! ;-)
 tak jauh pun dengan tempat makan madu tu. kira2 150 meter je kot. tapi kat sini di kelilingi pokok buah-buahan... hah, kat sini laa kami jumpa anjing2 liar tu... tak de laa liar mana pun. kami tengking, sekor2 mencicit lari hahahahahah cam ye ye je...

tempat dah tersedia...

masa kami tengah makan, kami dihiburkan dengan buskers ni... (ye ke buskers?) diorang dendangkan lagu2 popular Vietnam. since diorang tau kami ni dari Malaysia, pastu diorang dendangkan lagu daripada Jimmy Palikat, Anak Kampung. itu je laa lagu yang kami faham hahaha

ni laa dia buah-buahan yang dihidangkan untuk kami.... ada betik, buah naga, rambutan, nanas, mangga dan nangka. air pula, teh o.

rasanya kami makan mangga je kot sebab yang tu je yang manis. yang lain, sorry to say... tawar... 

Moon dah menjerit panggil kitorang untuk beredar ke next destination. oh ya, kat sini ada tempat membeli belah. tapi tak laa besar mana pun. boleh laa kalau nak beli sedikit cenderamata kenangan kat Sungai Mekong ni...

laluan ke destinasi seterusnya... mmm... suasananya macam kat kampung den laa...

credit pic: blogger nina dan farah

okey... tu je... nanti sambung lagi.... daaaaaa

Kisah Silam Untuk Masa Depan

22 Words of Lo♥e

  1. hamboi..jaln ajer kerja dia..:)

    ReplyDelete
  2. Kelakar bila Anis kata 'takde caj tersempunyi termasuk gst' hehehe.

    ReplyDelete
  3. Nampak seronok jenjalan kat Vietnam...
    Yg paling shopping la anies...
    ada rezeki nk gi sanalah

    ReplyDelete
  4. sronoknye jalan jalan....cantik dia potong nenas tu...macam bunga pown ada...

    ReplyDelete
  5. hai anies ... lama tak singgah sini, sbb dah lama tak blogging sebenarnya :)

    ReplyDelete
  6. anies pun aktif travel macam blogger lain juga nampaknya searang ni :)

    ReplyDelete
  7. wahhh...mamat tu selamba jer pegang lebah ye...seram aku tengoknya..

    ReplyDelete
  8. Best tu minum madu fresh dgn makan buah2an... sgt natural... cuma kenapa tak amik gambar ular sawa tu sekali hehee... :) :)

    ReplyDelete
  9. "Mangga aje manis lain semua tawar" biar benar???
    Nenas pun tawar hurmmm... biasa masam.

    ReplyDelete
  10. WAH SERONOKNYA ANIES TRAVEL KE VIETNAM...HARAP DH TERIMA KIRIMAN KAK YA.

    ReplyDelete
  11. Hehe, makin lama tinggal, makin berlonggok nanti cerita nak tulis. Takmo malas-malas. Gogo Anies :)

    ReplyDelete
  12. Sy pun makan madu dan makan buah kat sana...tak pasti adakah tempat yg saya pergi tu sama sejibik mcm sis ke tak...best gi vietnam ni ;)

    ReplyDelete
  13. pandai juga mereka mempromosikan perniagaan penduduk setempat. menjana ekonomi juga

    ReplyDelete
  14. selagi tak hbis bab madu ni mesti dok geram kt moon hahaha.. xmau beli royal jelly dh 😑

    ReplyDelete
  15. bila rajin nak taip dh edit gambar tp internet bt hal pulak. nyampah

    ReplyDelete
  16. nis salah gambar laaa.. abang soleh tuang air masa makan buah bkn madu. haha

    ReplyDelete
  17. lawak dengar depa nyanyi lagu tu..si jantung hati jadi si santung hati..hahaha

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆