Kurang / tiada keyakinan untuk memulakan perniagaan?

11:00 am

✿...السلام عليكم✿

Soalan: Saya kurang keyakinan diri untuk memulakan perniagaan. Jadi apa yang saya perlu lakukan?

Jawapan: Anda boleh cuba ke Wisma Yakin atau makan pil magik "Yakini Daku"! Gurau jer! Gurau pun tak boleh? Mende entah!

Begini, keyakinan seseorang untuk mencapai sesuatu mula wujud dan lebih kuat melalui 4 proses ini:-

1. Yakin dengan berilmu
2. Yakin dengan melihat dan menyaksikan
3. Yakin dengan latihan, melakukan dan merasai hasilnya
4. Yakin dengan sempurna sebenar-benar yakin selepas berjaya mencapai hasilnya berulang-ulang kali.

Rasa tidak yakin wujud kerana 4 perkara:

1. Tidak tahu
2. Takut kerana salah maklumat atau salah tafsir maklumat
3. Pernah gagal atau pernah melihat orang lain gagal sedangkan sebenarnya tidak ada ilmu atau tidak kena cara
4. Program minda sejak kecil atau suasana yang tidak tepat atau tidak benar yang tidak menambah keyakinan.

bagaimana? anda dah yakin untuk memulakan perniagaan walaupun modal sedikit / tanpa modal?

tapi, kenapa mesti berniaga? kenapa bukan bidang lain?

berniaga adalah satu daripada cabang untuk mengembangkan ekonomi / sumber kewangan individu. akan tetapi, ia bukan bertujuan mengajak manusia menjadi hamba duit.

satu daripada fungsi perniagaan adalah bertujuan untuk membantu menyelesaikan masalah orang ramai.

bayangkan, jika di sesebuah kawasan perumahan tiada kedai runcit berdekatan, pasti ramai yang mengeluh kerana terpaksa keluar atau berjalan jauh semata-mata untuk membeli sepeket garam.

namun, kerana niat anda untuk membantu penduduk mendapatkan barangan keperluan mereka tanpa berjalan jauh, maka anda pun membuka sebuah kedai runcit. tindakan anda itu bukan sahaja membantu suri rumah, malah juga telah memberikan manfaat kepada seluruh penduduk. bukankah itu satu bentuk pahala besar yang anda raih tanpa sedar?

jadi, perlu sematkan di dalam fikiran bahawa, tujuan berniaga bukan sekadar meraih keuntungan tetapi juga menyalurkan faedah kepada orang ramai.

Sumber: twitter Dr. Hj. Azizan Osman



(open order COD KL / Selangor. PM nombor  di atas 24/7)

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

17 Your Words of Lo♥e

  1. Tq anies ats pengkongsian ini

    ReplyDelete
  2. Setiap perkerjaan perlulah diselami dengan ilmu terlebih dahulu kan... barulah dpt mewujudkan perasaan yakin utk mencapai kejayaan yg diimpikan. T kasih atas perkongsian nasihat dan ilmu ini Anies... :)

    ReplyDelete
  3. nice sharing ... kena ada minat, semangat dan usaha kan :)

    ReplyDelete
  4. ada minat n kesungguhan cepat2 mulakan perniagaan...insyaAllah akan jaya.

    ReplyDelete
  5. berniaga pun sunnah kan?! (^_^)

    ReplyDelete
  6. Berniaga juga salah satu cabang ibadah.. Noce sharing.. ;)

    ReplyDelete
  7. samalah.. minaat nak bisnes n ada cita2 nk proceed..
    lama da brangan.. tp modal xdak lagi.. mudah2an one day..

    ReplyDelete
  8. betui3... huhuhuhu sy pun kdng2 xyakin utuk mulakan sesuatu sbb takut gagal.. tapi sy pegang prinsip cuba dulu baru tahu... hehehe

    ReplyDelete
  9. saya dulu study bisnes . bukan masalah tak yakin tapi modal . saya klu blh tak nak meminjam ... satu hari nanti ... insha Allah .

    ReplyDelete
  10. Niat tu dah lama ada. Tapi tak ada keyakinan diri dan kadang kala taku pada cabaran di luar sana yang entah apa.

    ReplyDelete
  11. jijah seorang yg takut nak cuba.. takut gagal! kena ada keyakinan kan baru berjaya

    ReplyDelete
  12. Yang penting minat. Dan ada keazaman dan ketabahan untuk belajar improve business. Belajar dari yang berpengalaman, inshaAllah pasti peluang akan ada.

    ReplyDelete
  13. Yang penting minat. Dan ada keazaman dan ketabahan untuk belajar improve business. Belajar dari yang berpengalaman, inshaAllah pasti peluang akan ada.

    ReplyDelete
  14. Yg penting ada kemahuan...azam & tekad yg kuat ...

    Di situlah wujudnya action/tindakan kita...

    Kalo setakat berangan/takut nk hadapi cabaran..mmg di takuk lama....kalo ujian yg dtg tu, sebenarnya nk ajar kita lagi matang :)

    Semoga berjaya sis

    ReplyDelete
  15. Nice sharing. teringin betul nak join kelas Dr.Azizan nie..mana tahu lepas tue baru nampak jalan ke..=D

    ReplyDelete
  16. memang memberi inspirasi buat bakal peniaga.. semoga berjaya

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆