Ayam kicap madu

10:48 am

✿...السلام عليكم✿

Hari tu, anies ada war2 kan pasal nak share resepi ni. Sebenarnya, resepi ayam kicap madu ni sesuai untuk dijudukan dengan nasi ayam. Tapi, kalau yu ols sesekali nak tukar selera makan ayam goreng boleh je nak apply resepi ni.

Since ayam ni berkaitan dengan resepi nasi ayam, harap2 yu ols jagan keliru ya! Kalau tak faham, dipersilakan kemuka soalan kat ruang komen di bawah.

So, are you ready?

Bahan2:

Ayam (siap direbus)
Bawang putih
Kicap pekat
Kicap lemak manis
Garam
Air rebusan ayam
Lada sulah
Madu
Minyak (untuk menggoreng)

Cara membuat:

1. Campurkan kicap pekat, kicap lemak manis, bawang putih yang siap dikisar, lada sulah dan air rebusan ayam ke dalam satu bekas.

2. kacau adunan – pastikan tidak terlalu pekat – tidak terlalu cair.

3. masukkan madu dan kacau.

4. tuang adunan ke atas ayam dan perap kira-kira 10 jam. Lagi lama perap, lagi sedap.

5. sebelum ayam digoreng, salutkan sekali lagi bahagian2 ayam yang tidak terkena kicap dan goreng. Goreng lebih kurang 3-4 minit sahaja. Ini kerana ayam sudah direbus terlebih dahulu dan pemerapan sudah cukup membuatkan ayam masak separuh.

6. setelah semua ayam siap digoreng, ambil satu bekas yang lain dan tuangkan madu. Gaul ayam tersebut dengan madu.

7. lebihan kicap yang digunakan untuk pemerapan ayam boleh digunakan untuk kicap nasi ayam. Tapi pastikan panaskan dahulu sebelum dimakan.


gambar aritu...


Selamat mencuba.

(open order COD KL/Selangor. sila PM nombor di atas)

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

20 Your Words of Lo♥e

  1. tq share anies... biasanya Ahlam buat xguna madu... t leh try..

    ReplyDelete
  2. nampak hitam berkilat ayam gorengnya tapi sedap tu anies kan..tq resepinya.

    ReplyDelete
  3. Terbaiklah ada resepi..boleh bt nti..

    ReplyDelete
  4. selalu masak ayam mcm ni kalau makan dengan nasi ayam ! hehee
    sedappp nampak

    ReplyDelete
  5. tengok ayam tu menyelerakan... lepak dan follow sini

    ReplyDelete
  6. hitam2 si tompok manggis ni, anies...
    walaupun nampak hitam, tapi rasanya mengancam you...

    ReplyDelete
  7. Oh...
    Selalunya masak kicap biasa je..yg ni tambah madu..mesti lagi sedapkan...nanti k wa nk try..sedap betul tengok gambar tu.

    ReplyDelete
  8. Nak try buat resepi ayam kicap madu ni anies...nmpk sedap jer...

    ReplyDelete
  9. boleh cuba ni . mudah je membuatnya ...

    ReplyDelete
  10. Mak aiii...sedapnya. Kalau kita perap beberapa jam, lepas tu masuk freezer, nak makan nanti baru defrost and goreng, boleh kan?

    ReplyDelete
  11. bolehlah mencuba..tq anies share resepinya..

    ReplyDelete
  12. Sedapnnyaaaaa! Dah bookmarked. Nanti saya nak cuba. Thanks ye, Anies :)

    ReplyDelete
  13. nampak sedap tu.. mesti cuba buat juga..

    ReplyDelete
  14. Sedap pulak nmpk set nasi ayam tu...

    ReplyDelete
  15. yummss..
    nmpk sedap sgt ni..tq for sharing

    ReplyDelete
  16. Dah simpan resepi kat home screen, nanti nak cuba ^-^

    ReplyDelete
  17. tengok gambar dah tahu sedap ... saya pun suka ayam kicap madu yang hitam macam tu, terus terliur :)

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆