Macam2

12:00 pm

✿...السلام عليكم✿

Pejam celik pejam celik, dah 9 hari
kita berpuasa. so far ada yang terponteng
ke? atau sengaja ponteng? atau buat2
ponteng? (ayat apakah ini?)

apa2 pun... apa khabar semua? harap2
mereka2 yang matanya sekarang sedang
tertumpu kat blog ni, sihat dan bahagia
tatkala menjalani ibadah wajib ini.
Alhamdulillah...

2,4,5 menjak ni, honestly... mood mem
besar sangat2 ke laut... kalau boleh diukur,
mungkin dah sampai ke laut Artik agaknya...
tapi, disebabkan hal semalam, tiba2 mood
yang baru nak merentas Lautan Hindi 
tiba2 bedezup ke langit bak mercun roket!
(apakah??) errr... nanti2 laa mem besar
dok gebang pasal hal semalam yang havoc
tu yek!

cerita puasa? so far... mmm...
Alhamdulillah, tahun ni...
permulaan puasa sampai puasa
ke 4... buat pertama kalinya anies
dapat bersahur dan berbuka kat
kampung. bukan senang nak dapat
peluang macam ni lebih2 lagi duduk
kat perantauan ni... (cit, bunyi macam 
duduk kat oversea... padahal...)
har har har...

dah lah tu membebelnya! moh laa
layan cerita yang tak seberapa ni!

hambikkk ko! pulun durian sampai pengsan! sebenarnya pak ngah yang kasi durian ni. tahun ni nampaknya dusun durian dia menjadi... (apa rahsianya? jeng jeng...)

bila dah terlalu banyak durian, maka wajiblah buat inti kelapa + durian. dan salah satunya mangsanya adalah kuih ketayap! korang jangan dok gelak. mem besar kalau buat kuih memang tak reti nak comel2 ni. gedabak sokmo ;-)

kalau tahun ni banyak hasilnya, so kita tak payah buat kuih raya. hidangkan pulasan je dah cukup. bernas tak idea ni?

mak cik dan pak cik anies selamat berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan umrah. tak dapat nak hantar mereka ke airport. sekadar jumpa mereka kat rumah je sebelum bertolak ke KLIA.

ni pulak... cerita sebelum puasa. kami sempat ke PWTC untuk menyaksikan majlis tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa. Alhamdulillah... tengok ramai je yang hadir... lebih2 lagi golongan muda.

ni juga cerita sebelum puasa. opis buat makan2 kat restoran Munif Hijaz. lokasi resto ni kat Greenwood, Gombak. tak susah nak cari. dari tepi jalan dah boleh nampak signboard resto ni. makanan pun not bad. yang paling mabeles adalah kambing golek... torbaek bak hang!

menjoinkan diri dalam SBB tahun ni... pergi dengan blogger Salbiah M and sampai sana dalam pukul 11. means kami tak join sesi pagi. sempat jumpa dengan blogger Khir Khalid dan isteri serta blogger kakitravel Khairuddin Lim

last but not least... 
projek buku teks dah masuk fasa terakhir. Alhamdulillah... kami dah lepas 'peringkat' BBT dan jawatankuasa pembaca luar. sekarang ni tengah buat final touch. dan insya-Allah, kalau tak ada aral melintang, bulan depan dah boleh output and print... yahooooo!!!! pastu mem besar dah boleh hanimunnnn...

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BERITA BAIK untuk penggemar FRUIT TART, CHEESE TART DAN EGG TART! kini, anda tak perlu lagi membeli atau menempah kuih kegemaran ini kerana anda boleh MEMBUATNYA SENDIRI! ya betul! anda boleh membuatnya sendiri di rumah dan yang paling best... anda boleh menjana pendapatan dengannya! masih tak percaya?? kalau tak percaya, klik je LINK NI!

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

29 Your Words of Lo♥e

  1. Gambar durian dangan kuih ketayap tu memang mencengkam jiwa betul lah....
    Selamat berpuasa Anies. Saya belum berkesempatan nak balik kampung lagi puasa ni.. :(

    ReplyDelete
  2. durian lagi pulasan lagi bestnya!!! post la kat fifie sikit!

    ReplyDelete
  3. amboi, sumbat semua dalam satu entry na...bagus, jimat masa.ketayap bagus la buat besar-besar,makan sebiji dua dah kenyang.

    baguslah projek buku teks dah siap.bolehlah bergembira dengan tenang nanti ;) see you after raya!

    ReplyDelete
  4. bersinar-sinar mata akak nampak durian itu...

    ReplyDelete
  5. meriahnya durian..untung la tak yah beli..ahad lepas akak bli masa hantar anak kat Kuala Pilah..3 biji 50 hengget!..sebab terliur punya pasal beli la jugak..sedapnya ketayap inti kelapa + duarian..puas hati makan gedabak camtu..:)

    ReplyDelete
  6. Sedapnya kuih ketayap ada inti durian... Ala tak sempat jumpa Anies masa SBB hari tu...

    ReplyDelete
  7. Sedapnya kuih ketayap ada inti durian... Ala tak sempat jumpa Anies masa SBB hari tu...

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..takat ni mampu berpuasa lagi..hehe betapa seronoknya duk dekat dengan family..berbuka n sahur sama2

    ReplyDelete
  9. salam ramadhan, tular sy terlepas nk g pwtc tuari nk tenok tilawah sbb byk sgt kebzan melanda., huhu2

    ReplyDelete
  10. Banyak aktiviti offline bulan2 puasa ni ye.. biasalah, bila bnyk keluar beroffline mmg mood berblogging pasti akan jadi kelaut.. cuma nasib baik tak hilang terus kat bermuda triangle hehee.. Salam ceria selalu Anies.. :) :)

    ReplyDelete
  11. best nyer dapat makan durian...

    ReplyDelete
  12. BANYAK PROGRAM YG TELAH TERLAKSANA DGN JAYANYA TU...SEDAPNYA DURIAN DIMAKAN BERSAMA PULUT BUAT BERBUKA...TERINGIN PULA NAK CARI NI...

    ReplyDelete
  13. Wow byk plak aktivitinya di bulan2 pose ni ek...hee...eh restoran munir tu best ke..?ari tu tnampak gak tepi jln tu teringin jugak nk try...

    ReplyDelete
  14. bru tau munif hijaz tu ada restoran ;')

    ReplyDelete
  15. i.harga durian kat sini masih mahal..kak tunggu turun sikit lagi, haha..
    ada org kempunan nak makan roti jala kuah serawa durian...
    ii.tak nampak muka anies dalam tv masa musabaqah...hihi
    iii.ooo..rupanya buku teks sekolah ada sentuhan tangan anies juga no...terbaik

    ReplyDelete
  16. Berarti sama ya kak, di Jakarta pun sekarang lagi musim durian :)

    ReplyDelete
  17. Wahhh, manyaknye doyan pos la sini sikit... Klu dulu plng benci doyan now my febret, skunk ni anak sdra lak ikut jejak klu doyan mmg dia jeling je siap ttp hidung lg...;-)

    ReplyDelete
  18. Banyak lagi buah yang bergayut tu...menjadi nampaknya. .

    Bunda tak makan durian, buat kuah ,, cokodok atau tempoyak baru makan...

    ReplyDelete
  19. pulasan?lamernye xmakan pulasan.....

    ReplyDelete
  20. alhamdulillah.. semuanya berjalan dgn lancar. tilawah tgk kt rumah saja. kita dh tercut.. hehehe

    ReplyDelete
  21. Kuih ketayap inti durian?! Marvelesssss!

    ReplyDelete
  22. sakan le raya tang musim buah ni ... boleh buat durian crepe tu ...

    ReplyDelete
  23. Sekarang mmg tgh musim durian..anies raya nnti meh la sini.. Kita pi makan durian balik pulau.. Terbaik tau!

    ReplyDelete
  24. Ky dulu antu durian..larr ni mcm takde selera dah tengok durian. Kecuali durian kg madih bole mkn lagi..

    ReplyDelete
  25. cptkan masa bjln..hari ni lak dh genap 2 minggu...
    lya dh slamat cuti baru2 ni.. hehe

    ReplyDelete
  26. Oh durian... sedapnya... eh la... restoran munif hijaz tu dekat bangat dengan rumah saya... tapi saya pun tam pernah smpi lagi...

    ReplyDelete
  27. wah first time CT tengok kuih ketayap guna inti kepala n durian..
    selalu tu kelapa saja.. ala x penting kuih comel2.. nak ngap masuk perut gak..

    ada tinggal posa ke so far ehehek..

    ReplyDelete
  28. terima kasih anies mengebom blog nina.. hehe
    selamat hari raya adidlfitri :)

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆