'Bahagian' kita atau 'bahagian' dia?

12:00 pm

✿...السلام عليكم✿

Ada seorang remaja lelaki yang bakal menyambut hari kelahirannya yang ke 21. ketika ditanya oleh ibu bapanya, hadiah apakah yang dihajatinya, jawab remaja itu;

“saya nak kereta Ferrari 458 Italia!”


dan tanpa diduga, permintaannya dipenuhi. maka, secara tidak langsung angan-angannya untuk memiliki kereta terbaik di dunia itu akhirnya tercapai.

setelah mendapat kereta tersebut, remaja itu berasa tidak sabar untuk memandunya.

“baik-baik bawa kereta tu!” pesan si ibu kepada si anak.

“okey!”

maka dengan hati yang penuh gembira, remaja itu pun mula memandu keretanya dengan penuh berhati-hati. ini kerana kedudukan rumah agamnya terletak di atas bukit dan dia perlu memandu dengan cermat.

sepanjang perjalanan menuruni bukit tersebut, dia dapat melihat kawasan di bawah bukit. di situ terdapat ratusan rumah penduduk miskin dalam pelbagai bentuk. ada yang berdinding tapi tidak berbumbung. ada yang berbumbung tapi tiada dinding dan macam-macam lagi. pun begitu, keadaan tersebut sedikit pun tidak dihiraukan oleh remaja itu kerana hatinya disaluti rasa gembira kerana dapat memandu kereta idamannya.

tiba-tiba…

bukk!! prak!!

alangkah terkejutnya remaja itu apabila dia mendapati tiba-tiba windscreen keretanya retak seribu!

“arghhhh… kerja sapa ni?” bentak remaja itu.

lantas dia terus keluar dari kereta dan mencari dalang yang telah meretakkan cermin hadapan keretanya. dia menandang sekeliling tetapi tiada sesiapa di situ. tiba-tiba muncul seorang budak yang tidak diketahui dari mana arahnya.

“hey, kau ke yang pecahkan windscreen kereta aku ni?” tuduh remaja itu.

“ya, bang! saya yang buat!” jawab budak itu, jujur.

jawapan itu serta-merta membuatkan remaja itu naik angin.

“yey, kau tahu tak? kalau kau jual semua rumah yang ada kat bawah bukit ni, kau belum tentu dapat bayar cermin kereta aku ni!” marah remaja itu penuh sombong.

budak lelaki itu terdiam seketika sebelum menjawab;

saya terpaksa buat begitu, bang!”

“apa? terpaksa?”

jawapan itu menaikkan lagi ‘darah’ remaja tersebut.

“ya, saya terpaksa buat macam tu!”

“sebabnya?” soal remaja itu.

“sebabnya, saya dah puas ketuk pintu semua rumah kat bawah bukit tu tapi seorang pun tak nak buka pintu...”

“sebab diorang tahu kau nak mengemis!” sampuk remaja itu.

bukan! saya bukan nak mengemis tapi saya nak minta pertolongan. bila saya nampak kereta abang, saya terus baling batu sebab saya tahu hanya abang sahaja yang boleh tolong saya untuk bawa emak saya yang tengah sakit tu ke hospital, jawab budak lelaki tersebut sambil menuding jari ke arah ibunya yang sedang terbaring di atas tanah.

nak jemput kawan2 untuk join GA ni. mudah je syarat2nya. hadiah2 yang ditawarkan pun menarik. so, tunggu apa lagi? for more info, klik kat SINI ya!

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

22 Your Words of Lo♥e

  1. Allahu..sedihnyaa...harap2 pemuda kaya tu tolong..

    ReplyDelete
  2. SALAM JUMAAT KISAH YG PATUT DIRENUNGI UTK DICARI MAKSUD2 DISEBALIKNYA..

    ReplyDelete
  3. Biasanya setiap rezeki kita pasti ada bahagian utk org lain kan.. ada rezeki cuma lalu je ke kita utk ke org lain..

    ReplyDelete
  4. lepas tu budak tu tolong tak?
    menarik cerita ni
    ada ending tak
    sebab line akak problem

    ReplyDelete
  5. Duit beli Ferrari tu rasanya lebih elok bantu orang-orang susah di bawah bukit tu kaan...

    ReplyDelete
  6. mcm tergantung jer cerita ni ... sebhgn dr novel karya anis ke ... hope blh sambung lagi .

    ReplyDelete
  7. Saya baru tau kalo kereta itu mobil dalam bahasa malaysia nya :)

    ReplyDelete
  8. alamak sedih plak ending citer ni

    ReplyDelete
  9. Adduh! kesian
    Abanag kaya tu..tolong tak akhirnya?

    ReplyDelete
  10. semoga aku dijauhkan drp sifat2 angkuh dan bongkak...amin...

    ReplyDelete
  11. Anies, nape cerita ni macam tergantung?
    Hehe..

    ReplyDelete
  12. Nak salahkan siapa ye......???

    ReplyDelete
  13. contest ke.. la semangat membaca.. ada story yang menarik

    Jom Vote blog acik bagi msmw

    ReplyDelete
  14. smngat lya baca semua ni....
    sambungannya?????

    ReplyDelete
  15. dari pandangan seorang ibu...
    bertuahnya si ibu kerana punya seorang anak yang sanggup buat apa saja demi mendapatkan bantuan buatnya...

    ReplyDelete
  16. ala....ape kesudahan kisah tu

    ReplyDelete
  17. woh inilah citer yang tergntung tu.. ehehe ikut imaginasi memasing la ye..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆