Ziarah makam Abu Darda' RA, Nabi Daniel AS dan Luqmanul Hakim @ Iskandariah

12:01 pm

✿...السلام عليكم✿

"Dan (Kami telah mengutus) rasul-rasul yang sesungguhnya telah Kami ceritakan tentang mereka kepadamu dahulu, serta rasul-rasul yang tidak Kami ceritakan tentang mereka kepadamu... (An-Nisa : 164)

"Dan (ingatlah) tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasihat kepada mereka, 'wahai anak kesayanganku, janganlah engkau menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar." (Luqman : 21)

Daripada Abu Darda' RA, bahawa Rasulllah SAW bersabda yang bermaksud, "Besarkanlah Allah SWT dalam hatimu, nescaya kamu akan diampuni-Nya." (Hadis riwayat Ahmad)

>>::<<

bagi peminat2 rancangan Jejak Rasul,
pastinya sudah menonton episod2
yang menyiarkan tentang makam2 nabi,
para sahabat, tabi'in dan sebagainya
terutamanya episod 'kembara' di Mesir.

Alhamdulillah semasa berada di sini,
kami mengambil kesempatan untuk
menziarahi makam insan2 yang mulia
ini. kalau nak bandingkan Kaherah dengan
Iskandariah ni dari segi jumlah makam
insan2 hebat, rasanya di Kaherah lagi
ramai. tapi dari segi jarak, dari satu makam
ke satu makam yang lain, ianya agak jauh.

di Iskandariah, dalam sehari je kami dapat
menziarah 15 buah makam. tapi hanya 
makam sahaja yang dikenali seantero 
dunia. bakinya, bukan sebab tak banyak
gambar yang dapat anies snap, tapi juga
disebabkan anies yang memang langsung tak
 ingat info2 yang dikongsi oleh ustaz yang
turut menemani kami pada hari tersebut.

apa yang dapat anies katakan, 15 makam 
tersebut terletak di dalam kawasan yang sama. 
insan2 yang mulia ini dikhabarkan mempunyai 
kaitan dengan tokoh2 Islam tersohor seperti 
Imam Shafie, para sahabat nabi dan tak
ketinggalan juga, dalam hayat mereka
pernah menjadi penyumbang kepada syiar 
Islam, atau dalam kata yang lain, ulama' (wali).

p/s tujuan ziarah ini tidak lebih daripada 
sekadar menghadiahkan Al-Fatihah...

bangunan yang menempatkan makam Abu Darda' RA ini terletak di tengah2 kawasan bandar / perumahan. tertulis di situ (khat riq'ah hijau) : haaza maqamun sayyidi Abi Darda', as-sohaabi (ini makam Tuan Abi Darda', seorang sahabat)

di sini, bersemadinya salah seorang sahabat Rasulullah SAW, perawi hadis terhebat dan insan yang zuhud... ada pendapat lain mengatakan, makam Abu Darda' RA juga terdapat di Syria. mana satu pendapat yang betul? wallahu 'alam. 

bahagian siling di makam Abu Darda' RA...

bahagian luar (tepi) bangunan makam. anak panah berwarna hijau tu adalah landasan trem. semasa landasan trem nak ni dibina, ada pihak cuba mengalihkan makam ini tetapi tidak berjaya.

masjid Nabi Daniel juga terletak di dalam kawasan bandar / perumahan. jarak antara makam Nabi Daniel AS dengan makam Abu Darda' RA cuma kira2 3KM sahaja.

keadaan di dalam masjid. ketika ini, solat Asar baru selesai dilaksanakan.

makam Nabi Daniel AS. meskipun Allah SWT tidak menceritakan tentang baginda secara khusus di dalam Al-Quran, namun baginda tetap menjadi pilihan-Nya untuk menyebarkan syiar Islam.

makam Luqmanul Hakim. seorang yang beriman kepada Maha Berkuasa lagi bijaksana... namanya mengharum di dalam Al-Quran.

makam kedua-duanya ini saling bersebelahan

untuk menziarahi makam ini, anda harus menuruni tangga kerana ianya terletak di bahagian bawah tanah.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

sebagai tambahan, hanya ini sahaja
yang sempat anies snap ketika menziarahi 
15 makam wali / ulama' tempatan tersohor.

15 makam ini terletak di dalam kawasan yang sama. mungkin yu ols tertanya2, kenapa ada banyak masjid? tak dinafikan, di Mesir ni, baaaaanyak sangat masjid didirikan. kebanyakan orang Islam di Mesir berpegang kepada Mazhab Hanbali. jadi, kalau solat berjemaah terutamanya pada hari Jumaat, ianya memadai dengan kehadiran seorang imam dan 4 orang makmum (Mazhab Shafie, mesti ada 40 makmum). seperkara lagi, jika di sesuatu kawasan ada makam orang alim, maka di situ juga akan didirikan sebuah masjid seperti yang yu ols nampak dalam gambar ni.

ada dua makam di sini. kalau tak silap, salah satu daripadanya merupakan anak murid kepada Imam Shafie.

di sini, ada 12 jenazah disemadikan. dan salah satu daripada jenazah tersebut, dikatakan mempunyai kaitan dengan Rasulullah SAW.

ada 1 makam lain, tapi anies tak sempat nak ambil gambar. tapi di situ kami sempat solat zohor.


mari kita sama2 hadiahkan Al-Fatihah untuk insan2 mulia ini....


sebarang kesilapan fakta, mohon diperbetulkan.

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

24 Your Words of Lo♥e

  1. subhanallah..bumi anbia pilihanku

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbt,
    Subhanallah ~

    ReplyDelete
  3. terasa betapa kerdilnya diri jika dibandingkan dgn mereka..

    ReplyDelete
  4. Allah hai bestnyaa tgk pemandangan,bangunn kt sini.. tk dpt pegi tp dpt tgk dr blog anis pon cukup dahh

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum... anies,

    mselim3 suka sesangat baca entry anies... berbentuk ilmiah .. nice keep up!

    mselim3

    ReplyDelete
  6. al-fatihah untuk mereka..tapi kira OK la takde sebarang amalan khurafat kat situ.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah seronoknya dapat ziarah ke sini :)

    ReplyDelete
  8. Alhamdullillah..seronoknyaa akak tengok gambar tuh..

    Bestnya dpt jalan2 ke negara Arab nie..

    ReplyDelete
  9. Bertuah nya Anies dapat tengok makam2 semua ni depan mata..

    ReplyDelete
  10. Sebenarnya saya x faham, kalau makam tu meaning ada jasad ke dalam keranda tu?
    Ermmm..

    ReplyDelete
  11. aamiin..

    seronoknya anies dapat tengok real masjid kat sana kan..

    ReplyDelete
  12. Subhanallah... makam2 insan yg dimuliakan. Di dunia pun jasadnya disemadikan dgn penuh penghormatan, apa tah lagi di akhirat.. Thanks sharing Anies. Suka dgn perkongsian ini.. :)

    ReplyDelete
  13. al fatihah ... sejuk mkm dlm masjid yg sentiasa diperdengarkan ayat2 memuji Allah ...

    ReplyDelete
  14. Perkongsian yang sangat menarik anies..

    ReplyDelete
  15. binaan sungguh cantik..

    al-fatihah buat insan mulia tu

    ReplyDelete
  16. Subhanallah..untungnya Anies berpeluang menziarahi makam para sahabat Rasulullah SAW, terasa dekat dihati kan.
    Salawat dan salam buat Rasulullah dan para sahabat..

    ReplyDelete
  17. Asalam Dek allahuakbar..subahanallah ..terus rasa rindu dengan Nabi SAW..nampak tinggalan yang maha hebat indah dan nampak kebesarabNya

    ReplyDelete
  18. dah follow ke Etuza, join segmen ya..

    ReplyDelete
  19. Al-fatihah, tq utk info ni Anies...^__^

    ReplyDelete
  20. ya allah kak anies dpt jejak mlwt makam2 para sahabat nabi.. msti perasaan sebak & mcm2 bcampur :")

    ReplyDelete
  21. Banyak juga ya makam2 di sana.. semuanya ahli sahabat rasul. Al-fatihah

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆