Kaherah, aku datang!

12:00 pm

✿...السلام عليكم✿

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan Kami wahyukan kepada Musa dan saudaranya, 'ambillah olehmu beberapa buah rumah di Mesir untuk dijadikan tempat tinggal bagi kaummu dan jadikanlah rumah-rumah itu sebagai tempat solat dan dirikanlah solat serta gembirakanlah orang yang beriman..." (Yunus: 80)

"Maka tatkala mereka masuk (ke tempat Yusuf), Yusuf memeluk ibu bapanyanya lalu berkata, 'masuklah kamu ke negeri Mesir ini dan insya-Allah dalam keadaan yang aman." (Yusuf: 99)

"Dan Firaun menyeru kepada kaumnya (seraya) berkata, 'hai kaumku, bukankah kerajaan Mesir ini kepunyaanku dan (bukankah) sungai-sungai ini mengalir di bawahku, maka apakah kamu tidak melihatnya?" (Az-Zukhruf: 51)

"Dan orang Mesir (yang membeli) itu berkata kepada isterinya,' berikanlah kepadanya (tempat dan layanan) yang baik, boleh jadi dia akan memberi manfaat kepada kita atau kita ambil dia sebagai anak (angkat)', dan demikian pula, Kami memberikan kedudukan yang baik kepada Yusuf di muka bumi (Mesir), dan Kami mengajarkannya tentang menta'bir mimpi, dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Yusuf: 21) 

>>::<<

apa khabar kawan2 semua?
sihat ke.. tak sihat?
mmm... ada yang rindu kat anies ke?
alaa... tak payahlah malu2...
kalau rindu katakan rindu...
tidak aku tertunggu2...
ceh wah!

Alhamdulillah, selepas 2 minggu anies kembali
menceceh kat blog yang tak seberapa ni...
eceh! ayat bajet macam fofular je kan?

hari ni dah kembali bekerja seperti biasa.
sebenarnya semalam dah masuk kerja daa.
tapi half day je sebab masih terasa jet lag lagi.
payah woo nak 'adjust' mata ni.
hidung pulak, sok sek sok sek...

pukul 4 pagi mata masih terkebil2. yelah... kat sana
pukul 4 pagi baru pukul 10 malam. bila terjaga,
dah 12.30! tapi kat sana baru 6.30 pagi... adoiii...
letih woo... ni baru 2 minggu...
kalau 2 tahun entah macam mana laa agaknya...

BTW, Alhamdulillah... akhirnya dapat juga anies 
menjejakkan kaki di bumi anbiya' ni. bumi yang
terkumpul sejuta cerita dan sejarah manusia.
bumi yang tersulam namanya dalam wahyu suci.
dan pada hari ini, bumi ini sekali lagi menjadi
tumpuan dunia. bukan kerana Piramidnya,
bukan kerana Nilnya... tetapi kerana di sini
bermulanya kebangkitan rakyat yang dilabel
sebagai 'Revolusi Arab.'

pada mulanya, hasrat hanya terluah dengan
'buang2 cakap' je. tapi siapa sangka, akhirnya
menjadi kenyataan. barangkali juga rezeki
untuk tahun ni. Alhamdulillah...

untuk hari ni... anies buat teaser dulu boleh tak?
banyakkkkk cerita nak di share kat sini dan
banyakkkkk juga gambar yang perlu dilombong
dalam kamera tu...

so, layankan dulu yek apa yang ada ni...

MAS tak ada direct flight ke Kaherah, maka Egypt Air menjadi pilihan. kalau MAS Kargo tu ada laa... tapi, tak kan laa anies nak naik MAS Kargo pulak... apa kes? kome ingat mem besar blog ni buah kurma ke?? ^_^

ERL menjadi pilihan pergi dan balik dari KLIA. million thanks to kak ilah sekeluarga sebab sudi teman anies sampai ke TBS.

terjumpa budak ticit comel ni kat surau KLIA. eee...geram sungguh! rasanya budak ticit ni anak orang Uzbekistan (tengok daripada raut wajah ibunya)

tak ramai penumpang pada hari tu... so dapatlah anies berkuak lentang berlunjur kaki dan zzz dengan jayanya... ;-)

3 kali makan untuk 10 jam perjalanan. Alhamdulillah... kenyang... ada 1 cerita yang tak berapa nak lawak. OTW balik Malaysia, seorang pramugari ni kejut anies untuk bangun makan. so, dia pun tanya: "miss, do you want chicken or beef?" anies yang tengah mamai ni, dengan 'kondifen' nyer menjawab: "fish!" ekekekeke... 

sawadeekrub... flight transit kat Bangkok selama sejam. balik ke Malaysia pun sama. so harapan untuk mengopakkan purse kat Suvarnabhumi Airport tu memang tak kesampaian laa...

okey... sampai dah kat Cairo International Airport tepat jam 5.40 pagi waktu Kaherah dengan muka yang mengantuk ya Rabbi. selesai check in segala bagai, jam menunjukkan pukul 6.40. kat luar airport, kak ngah dah sedia menunggu.


ke mana destinasi anies seterusnya?
apa tujuan anies ke sini?
to be continued...

sesi BW akan bertatih setapak demi setapak...

Kisah Silam Untuk Masa Depan

37 Words of Lo♥e

  1. Assalamualaikum Anies...

    wah...seronoknya... :)

    ReplyDelete
  2. ada akak kat sana ek?ingat Anies travel sorang..menarik ni, tak sabr baca sambungan.no wonder lama hilang..
    sabar jelah hadap jetlag,saya dulu balik umrah cam gitu lah.

    ReplyDelete
  3. salam ukhwah..
    xsabar nak tunggu entri seterusnya..

    ReplyDelete
  4. wahh kak anies pegi mane tu? tak sabar nak tau entry seterusnye :)

    ReplyDelete
  5. assalam...wah anies ilang ke Mesir rupanya...bestnya ke tanah 1001 mlm n bumi anbiya..

    ReplyDelete
  6. wah..seronoknya..sy pun teringin nak ke cairo. moga tercapai nanti.cepat sharing citer..:)

    ReplyDelete
  7. patutlah lama juga menyepi.Cepat ye sambungan cerita anies di kaherah..

    ReplyDelete
  8. Wow Kaherah bestnye! Moga-moga akak pun dpt lawat asia tgh suatu hari nanti terutama cairo, dubai,doha istanbul dll
    Terima kasih krn melawat aliciaboey.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum. Wahh.. Bestnye akak dpt prgi sana. Saya ada kwn study kt sana. Dulu teringin nk further study kt sana tpi parent tak bagi. Klau dpt naik unta lagi best. Hehe :)

    ReplyDelete
  10. Waaa bestnye dapat pergi kaherah..mesti banyak pengalaman kat sana..2 minggu tu..

    Selamat bekerja semula Anies..

    Ibu Hana

    ReplyDelete
  11. seronoknya..mmg rezeki betul utk ke sana..xsabau nk tgk entry seterusnya!

    ReplyDelete
  12. wahhhh di mesir yer.. seronoknyer bejalan negara org.. kalau belajar selamat belajar yer :)

    ReplyDelete
  13. Wah..besnyer g ngra luar!! Tringin sgt nk g over the sea..hehe

    ReplyDelete
  14. best nya..pergi untuk kerja atau untuk bercuti je nih??

    ReplyDelete
  15. Salam anies, lama nenyepi..bercuti rupanya..

    ReplyDelete
  16. Wahh bestnye!


    Budak kecik tu comeii. hihi

    ReplyDelete
  17. Salam rindu lagiii..

    Anies..pergi Kaherah ye. Bestnya!!, destinasi yang ummi memang teringin nak pergi, entah bilalah ada rezeki ke sana.
    Camne keadaan kat sana Anies? Dah okey ye untuk melancong? Nanti share lagi cerita ye...

    ReplyDelete
  18. Wahh bestnya.. seronok.. selamat mengembara dgn ceria. Nnti jngn lupa share lagi k.. :)

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah
    patut sepi jer..
    nikmat mna kita nk dustakn..
    ar Rahman

    ReplyDelete
  20. Kapan ya saya bisa singgah juga kesana :)

    ReplyDelete
  21. wah asik jalan-jalan ya.. jangan lupa main ke sini :)

    ReplyDelete
  22. bestnya jalan2 anies...tak sabar tunggu next entry

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah rezeki Anis dapat ke sana..
    Nanti syer tau tempat2 best kat sana, makanan sedap tak cuaca camne :D

    ReplyDelete
  24. wahhh dapat kak anies jejak kaki kat sana ye? besnye ! :)

    ReplyDelete
  25. sensorg jer ... blh buat leamk tu 3 x mkn dlm masa 10 jam ... heh heh

    ReplyDelete
  26. kalau kita dah confirm mabuk jalan jauh2 macam ni.. huhu..

    jauh benor bunyi fish dgn chicken & beef. mamai tahap maksima ni cik anies.. hehe..

    ReplyDelete
  27. patutla lama myepi...
    bestnyer dpt pergi ke kaherah

    ReplyDelete
  28. patutla lama myepi...
    bestnyer dpt pergi ke kaherah

    ReplyDelete
  29. pergi mesir? Ada program apa anis?

    ReplyDelete
  30. Best dapat berjalan negara orang ni. Banyak benda yang boleh dibelajar.

    ReplyDelete
  31. Haha..what the fish.
    Mamai punya pasai.
    10 jam tu. Mau kematu duduk lelame.
    Wajib kuak lentang jugak tu xD

    ReplyDelete
  32. Sekarang dah pulang ke Malaysia yer ^-^

    ReplyDelete
  33. hahaha...cmne boleh mamai keluar fish..ekeke..=D

    ReplyDelete
  34. mcm mana boleh mamai fish ni.. haha. rindu malaysia lettew.

    ReplyDelete
  35. waalaikumusalam.... seronoknya sampai dikaherah....

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆