Ketupat lemak

12:00 pm

✿...السلام عليكم✿

Cerita pasal makanan lagi.
sebenarnya, anies dah kekeringan idea
tahap 1 bar dah ni. so, try belek2 folder,
ternampak gambar ni. terus mencurah2 idea
nak menulis.


ada yang pernah makan ketupat lemak ni?
or tak pernah dengar / tengok langsung? kesian...
korang duduk kat kutub selatan ek selama ni? ;-)

bila time raya, kat rumah anies ni
buat ketupat lemak ni dah jatuh hukum wajib
meskipun dalam 4 mazhab tak ada yang
menyatakan ia adalah wajib bagi golongan
yang dah mumayyiz! (okey, dah mengarut!)

cara membuatnya, sama je dengan cara 
membuat ketupat biasa. bezanya, kita menggantikan 
air rebusan dengan perahan santan
kalau seperiuk macam gambar kat atas ni, 
lebih kurang 8 biji kelapa diperlukan.

sebelum direbus, santan akan dicampurkan 
dengan garam kasar sampai ianya betul2 masin
tujuannya, tak lain tak bukan, 
untuk 'melemakkan' ketupat.

pastikan ketupat sentiasa tenggelam 
sepenuhnya ketika direbus. bila keadaan 
ketupat menjadi seperti diatas (santan dah menyusut), 
masukkan air kosong sampai ketupat tenggelam 
semula. ulang proses yang sama (tatkala air menyusut)
sehingga ketupat benar2 masak.

lazimnya, tempoh rebusan ketupat 
lemak ni lebih kurang 3-4 jam. selain 
kena jaga airnya agar tak kering, 
kalau guna dapur kayu, pastikan api 
sentiasa menyala.

sama macam ketupat biasa, ketupat lemak
juga boleh dimakan dengan rendang, sambal, 
serunding etc.

sesiapa yang berwarganegara kutub selatan tu
dan teringin nak makan ketupat lemak ni, raya
tahun depan datang ke rumah anies okey!

selamat memasak!

rasa macam esok je nak raya ^_^

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

29 Your Words of Lo♥e

  1. Kakcik suka makan ketupat lemak - enak dimakan begitu saja... :)

    ReplyDelete
  2. oh, gitu caranya. menarik2 ^^

    ReplyDelete
  3. Waah menarik 1st time tgk org rebus ketupat dgn santan..

    ReplyDelete
  4. dapnyee..lemak2 masin memang terbaik.. :)

    ReplyDelete
  5. eh,
    tetiba rasa nak makan pulak.
    mana nak cari ketupat bulan2 bukan raya mcm ni anies eh..

    ReplyDelete
  6. X pernh kot kitaorg buat..ketupat biasa je kita buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la. Negeri 9 takde ni.
      Negeri mana yang ada buat?
      Pelik juga ni..

      Delete
  7. wah mcm sdp jer bertmbhlh lelemak di ketiak

    info bru boleh cuba nti.... rebus ketupat plstik guna santan.. boleh tk anies

    ReplyDelete
  8. Tak sabar tunggu raya tahun depan nak makan ketupat tu kat umah Anies ;)

    ReplyDelete
  9. saya dok kutub selatan . maklumlah kg kat johor . dr kecil sampai la ni , tak pernah jumpa dan mkn ketupat lemak walau ke mana saya pergi ... heeee ... blh try buat klu teringin nih .

    ReplyDelete
  10. Assalam anies,
    hamboi haih sampai bebuih2 yer rebuih ketupat tu????

    ReplyDelete
  11. kalau pakai pulut sure lagi best kann..

    ReplyDelete
  12. Ya Allah sedapnya
    tapi kena tunggu raya baru boleh makan
    kalau hari lain tak scene :)

    ReplyDelete
  13. mak akak pernah buat masa raya dulu..

    ReplyDelete
  14. hahahaha..saya warganegara kutub selatan..

    ni 1st time dengar...
    rasa? lagi lah tak pernah

    ReplyDelete
  15. Wah karena air rebusannya dari santan, berarti rasanya sudah gurih gitu ya kak :)

    ReplyDelete
  16. Ketupat biasa tu taulah.. tp ketupat lemak ni mmg saya tak pernah dengar. serius baru tau ni. Tak perasan selama ni yg saya duduk kat kutub selatan huhu.
    Tp mcm bestlah ketupat lemak tu.. thanks sharing Anies.. :) :)

    ReplyDelete
  17. betul, betul,betul
    kesian korang kutub selatan yang tak pernah rasa ketupat nih.
    hehe....
    mau juga dund ketupat lemaknya.

    ReplyDelete
  18. aaaa, tak pernah makann. nnti nk datang rumah anies laa. hehe

    ReplyDelete
  19. memang fevret saya, tapi wajib makan dengan rendang.

    Makan saja memang tak noleh la...

    ReplyDelete
  20. x pernah buat tapi pernah makan.. mmg best sebab ada rasa lemak2 bersantang cicah sambal or rendang mmg mabeles ler

    ReplyDelete
  21. memang orang kutub selatan lah sy ni..huhu.tak pernah buat.

    ReplyDelete
  22. serius..bru tahu psl ni..biasa y biasa2 je mkn..

    ReplyDelete
  23. Tak pernah tau sebenarnya.. hehehe.. memang dari kutub selatan ni.. ekeke..

    ReplyDelete
  24. wauuuu ketupat ni memang rebus sekali dgn santan ke??
    serius x tau...biasa tgk rebus dgn air jer,,,, ;)

    ReplyDelete
  25. tak pernah makan lagi..kena datang rumah anies ni..

    ReplyDelete
  26. xsure penah mkn ke tak.. haha. selalunya bedal apa pun

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆