Kena 'pow'

10:48 am

✿...السلام عليكم✿ 

(Kisah ini berlaku kepada seseorang yang anies kenali)

hal ni berlaku sewaktu aku baru sahaja
turun dari bas.
kira-kira 20 meter dari Pudu Raya,
aku didatangi seorang perempuan.
usianya dalam 40-an,
berdasarkan pakaian dan rupa parasnya.
dia menegur aku.

"wah, banyaknya beg?"
aku tersenyum lalu menjawab,
"saya baru balik dari kampung, kak!"

entah kenapa aku begitu ringan mulut untuk
membalas sedangkan sebelum ni
aku boleh dikategorikan sebagai
seorang yang 'berat mulut'.

"mari sini, akak tolong angkatkan!"
dia menawarkan diri untuk menolong.
aku tak membantah mahupun menghalang.
lalu dia pun mengambil beg
dan berjalan beriringan dengan aku.

"adik nak balik ke mana?"
"Petaling Jaya."
"ooo... naik bas dekat mana?"
"dekat Bangkok Bank."

lalu kami pun berjalan dan entah macam mana,
aku tiba-tiba dibawa ke sebuah restoran makanan segera.
aku tak bertanya walau sepatah
kenapa aku dibawa ke situ.
lalu perempuan tu berkata.

"adik nak makan apa?"
"saya nak minum je..."

lalu dia pun pergi ke kaunter dan
 membeli makanan / minuman.
selepas 5 minit dia kembali
dengan dulang yang berisi makanan.
dia ajak aku makan dan minum.
aku tak menolak.
sedang kami makan,
kami didatangi seorang lelaki yang berusia
dalam lingkungan 40-an juga.

"assalamualaikum... maaf kalau mengganggu..."
aku tak bersuara tetapi perempuan tu terus cakap,
"eh, tak ganggu pun... duduklah!"

lalu lelaki tu pun duduk semeja dengan kami.
dengan riak wajah yang sedih, dia pun cakap.
"sebenarnya pak cik ni ada masalah sikit..."
"apa dia, pak cik?" perempuan tu menyoal.
"pak cik nak balik Sabah, tapi pak cik tak ada duit...
anak pak cik sedang tenat.
kata doktor, peluang dia hidup adalah 50 : 50."
"oh, ya ke?" perempuan tu membalas.

lelaki tu terdiam sambil merenung aku.
"pak cik cuma ada sebutir batu azimat...
batu ni amat berharga kerana ianya
boleh menyembuhkan penyakit!"

lalu dia pun mengeluarkan batu tersebut.
aku tengok, batu tu berwarna coklat-pink 
dan berbentuk bujur sireh.

"kalau adil-adik tak percaya yang ni batu azimat,
sila ambil batu ni dan letak di atas lidah."

lelaki itu memberi aku batu tersebut lalu
aku tanpa berfikir dua kali terus sahaja
meletakkan batu tersebut di atas lidah kira-kira 30 saat.

lepas tu, lelaki tu ambil semula batu tersebut lalu 
melekatkan batu tu di atas permukaan cermin 
restoran makanan segera tersebut!

aku terkesima sebentar!
masakan tidak, batu tersebut bagaikan sebuah magnet!
terus melekat dan tak jatuh langsung!

"sekarang, kamu percaya tak bahawa batu ni batu azimat?"
aku dan perempuan tu mengangguk.
"jadi pak cik sekarang nak jual batu ni kepada
yang sudi. mudah-mudahan pak cik ada duit
untuk balik ke Sabah."

kata-kata lelaki itu seakan meruntun hati aku.
lalu entah bagaimana,
aku bersetuju untuk membeli batu tersebut.

"sebelum adik beli, adik perlu tahu bahawa
jangan sekali-kali bawa batu ni
ke rumah orang yang meninggal dunia.
kalau adik bawa,
maka batu ni akan hilang azimatnya."
aku mengangguk bersetuju.

"tapi sekarang saya tak ada duit," kata aku.
"tak apa. pak cik akan tunggu di sini."

lalu aku dengan kakak tersebut terus mencari
ATM berdekatan.
ketika itu, dalam akaun aku
ada lebih kurang RM900++.
aku keluarkan dalam RM800++
sebab mana boleh keluarkan semua
duit sekali gus kan...

lepas tu, kami kembali semula ke restoran tersebut.
pak cik tu masih menunggu.
lepas tu, aku terus cakap...
"saya sudi membelinya..."

lalu aku pun menyerahkan duit tersebut dan
dia menyerahkan batu tersebut.
selepas mengucapkan terima kasih,
lelaki dan perempuan tu terus beredar.
aku pula, terus balik ke PJ.

bila sampai PJ, aku bagaikan tersedar.
kenapa aku beli batu ni?
kenapa aku keluarkan duit?
kenapa aku jumpa lelaki dan perempuan yang aku tak kenal?

1001 persoalan bermain di fikiran.
akhirnya, baru aku sedar yang
aku dah kena 'pow'.

nak menangis? memang tak berguna.
nak meraung? memang tak ada faedahnya.

moral of the story, sebelum keluar rumah,
bacalah Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali.
mudah-mudahan diri kita terpelihara sepanjang kita
berada di luar rumah.

sekadar hiasan
 sesiapa yang belum meletakkan LINK di senarai bloglist anies, sila klik kat SINI ek! terima kasih.

Kisah Silam Untuk Masa Depan

33 Words of Lo♥e

  1. sekarang ni nak menipu mcm2 cara..takutkan...harap2 jauhkan terjadi kat kita semua...

    ReplyDelete
  2. yaallah takutnyer anies...ni perancangan jahat dierang nih...kena lebih berhati2 kat situ memang kawasan hitam banyak da orang kena mcm anies ni...

    ReplyDelete
  3. macam2 cara orang nak menipu kan anies..masa tu macam kena pukau..patutnya boleh dah tanya..kalau azimat buat apa jual..guna la untuk smebuhkan anaknya.
    semoga kita semua dilindungi dari perbuatan jahat

    ReplyDelete
  4. kena pukau la ni...

    ramai org2 bodoh gini..nak ambil kesempatan aje..

    ReplyDelete
  5. Kesiannya Anies.. Macam2 cara org nak menipu.. Tu laaa skrg nie takut kalau jalan2 sorang2 kdg2 tak sedar bila masa kena pukau nie.. Ini utk peringatkan kita bersama..

    ReplyDelete
  6. Anyss betul2 kena ke? Akak pernah tulis dalam blog seorang budak lelaki hampiri akak barang semua hilang tak ada duit nak balik Sabah jugak tapi akak bernasib baik sebab train cepat sampai.

    ReplyDelete
  7. kesiannya...mmg ada orang mcm tu..suka ambil kesempatan.

    ReplyDelete
  8. takut sungguh sekarang ni. tak boleh jangka apa yang bakal jadi

    ReplyDelete
  9. salam Anis....

    hmmmm...macam2 kes penipuan macam nie...berlaku....dia orang yg menipu tu....senang2 je...ambil duit orang...kan...?

    ReplyDelete
  10. Ya Allah sib baik dalam dalam account ada 900++..kalau ada lebih mesti keluar lebih kan...

    risau tau.... dah le akak selalu outstaion.

    ReplyDelete
  11. isyh simpang lah kita dari terjadinyer perkara2 itu.. fikiran dibawah sedar yerk camnerler dia blh pukau ... nasib duit tak banyakkan kot idak lagiler...

    ReplyDelete
  12. Anies kena ke??
    Ya Allah..bahaya nya..mujur tak di bawanya ke mana2..hati2 lain kali..

    ReplyDelete
  13. Yelah Anies, sekarang ni memang kena berhati-hati kan, ramai yang berniat jahat, kena pukau lagilah haru.
    Betul tu, sebelum keluar rumah elok baca doa-doa muktabar atau ayat-ayat Al Quran, mohon Allah lindungi kita.

    ReplyDelete
  14. Uih bahaya nye kan, pandai diorang ambik kesempatan dalam kesempitan..

    RM800++ tu bnyk kan.. sabo bebanyak k.

    ReplyDelete
  15. Bahaya nye..takut sangat dengan manusia sekarang

    ReplyDelete
  16. macam2 cara orang sekarang ni...nak jalan sorang2 pon takut..ish..bahaya..

    ReplyDelete
  17. macam2 cara orang sekarang ni...nak jalan sorang2 pon takut..ish..bahaya..

    ReplyDelete
  18. pukau barangkali... sbb moon pernah kena.. cuma situasi yg berbeza...

    huhuhu

    ReplyDelete
  19. Salam Anies..takutnya klu trjadi camtu!!..Kena brhati2 dgn org kita tak kenal...

    ReplyDelete
  20. bahayanya, mereka dah komplot la tu .. ishh manusia-manusia

    ReplyDelete
  21. naudzubillah...takut juga kerana kita ni perempuan anis..

    ReplyDelete
  22. seperti terkena hipnotis ya, sehingga tak sadar

    ReplyDelete
  23. menyesal pun dh xguna kan anies cuma jadikan pengalaman pahit tu sbg pengajaran...kadang2 benda2 gini kita cuba elak drpd terjadi tapi kalau dh nk terkena x boleh nak kata apa...

    ReplyDelete
  24. seramnya baca kisah ini.. terima kasih kerana mengingatkan aiza juga..

    ReplyDelete
  25. kisah ini...bisa jadi pelajaran buat kita semua..agar ke depannya kita tidak mudah di tipu orang...!

    ReplyDelete
  26. kisah ini...bisa jadi pelajaran buat kita semua..agar ke depannya kita tidak mudah di tipu orang...!

    ReplyDelete
  27. ngeri sangat... merinding baca ni posting... semoga kita dihindarkan dari pow macam ni...

    ReplyDelete
  28. betul tu,, kena lindung diri dengan bacaan tertentu untuk elakkan semua yg terjadikan ...

    ReplyDelete
  29. luar biasa kak cerita nya. Bisa dijadikan pelajaran yang berharga untuk kita semua agar kita bisa terus berusaha dalam segala sesuatu ;)

    ReplyDelete
  30. sangat menarik sob ulasannya. Terimakasih sudah share ya sobatku

    ReplyDelete
  31. Ya Allah takutnya!

    mcm2 taktik skrg ni.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆