Pages

Monday, 29 October 2018

再见台湾 : itinerary ringkas 6D 5N @ Taiwan

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sebelum tu, tarik nafas panjang-panjang... fuhhhhh... fuhhhhh...

alhamdulillah... sampai juga ke entry terakhir jalan2 Taiwan. Lap peluh, lap ketiak, lap pelipat hahaha...

well, sama macam sebelum ni, anies akan kongsikan itinerary ringkas kami sepanjang berada kat Taiwan, 6D 5N.

Jujur cakap, anies memang excited nak share itinerary ni sebab anies nak orang lain dapat manfaat atas perkongsian ni. Walaupun tak 100% sempurna, walaupun 100% tidak memenuhi kehendak kami (dan mungkin anda juga), tapi cuma seperkara yang anies harapkan, apa yang dikongsikan ni kita sama-sama dapat kebaikan, pahala dan manfaat.

Kami mula beli tiket pada penghujung November 2017. alhamdulillah, masa tu dapat tiket murah Malindo Air ke Taiwan. Tapi kami beli sehala je. Untuk return, kami tunggu sampai Februari 2018. Alhamdulillah, dapat murah juga. Terima kasih Asia Asia! TAPI, tiket murah return ni AA tak announce pun kat website.

suatu hari, anies dapat emel / notification dari Sky Scanner yang mengatakan, ada tiket murah ke Taiwan. then anies terus check web site AA dan memang betul apa yang dikatakan. tapi, masa tu terlambat 5 minit nak confirm beli. kalau masa dapat notify (on the spotanies terus beli, anies boleh dapat harga RM290. sebab lewat, harga terus naik jadi RM308++... arghh... frust jugalah masa tu. tapi apa nak buat. tak ada rezeki. tapi Alhamdulillah, harga yang kami dapat ni tak semahal harga2 yang pernah kami survey sebelum ni (ada sampai RM500++ sehala). so, moral of the story, tolong download apps Sky Scanner hahahaha... sempat iklan...

Untuk hotel pula, kami start buat survey lepas beli tiket flight. Kami juga sedia maklum, harga hotel pasti melonjak sebab tarikh kami berada kat sana jatuh pada weekends dan Labour Day. Part cari hotel murah ni, sampai bulan Mac 2018 masih tak complete lagi. Yelah, dah jumpa yang murah bulan ni, tetiba bulan depan ada yang lagi murah. Mana tak pening! Lagi satu, lokasi hotel juga mainkan peranan. Takkanlah kita nak pilih hotel yang jauh, kan? Lainlah lutut kami ni diperbuat daripada besi. No hal kalau nak menapak jauh.

Since kami ni duduk berjauhan, WhatApps dan call sahajalah yang jadi penghubung. nina kat Penang, anies kat KL. Dalam tempoh lebih kurang 6 bulan, kami jumpa sekali je. Time tulah kena ambil peluang betul2. Bincang dari A sampai Z.

Alhamdulillah, everything went smoothly. Kami pergi dan pulang dengan selamat (fulus je yang tak berapa nak selamat) hahaha

Dan kesempatan ni, anies nak ucapkan terima kasih pada blogger nina atas kerjasama, wang ringgit, titik peluh dan etc. yang dicurahkan untuk menjayakan trip ni... sob sob... sebaklah pulak... dan saya minta maaf banyak2 atas salah silap saya sepanjang 6D 5N kita bersama... yelah, kadang moody tak tentu pasal, kadang marah naik hangin, mengamuk bak puting beliung, kadang merajuk macam budak kecik nak coklat, kadang tercubit, tertampar hahahahhaa (ni semua poyo!😂😂)

akhir kalam... bila nak siap iti ke Kashmir ni, nina? Ops!!! hahahaha...

>>::<<

itinerary ringkas 6D 5N @ Taiwan

26 April 2018
💚departs from KLIA by Malindo Air (6.50 am)
💚landed at Taoyuan Inter. Airport (10.40 am)
💚naik MRT ke Taipei Main Station (TMS). Beli Easycard, tiket kereta api dan THSR.
💚ke Carrefour Guilin Store beli barang2
💚over night at Poshpacker Hotel (1 night)
related entries, klik di SINI, SINI, SINI, SINI


27 April 2018
💚check out hotel
💚ke TMS, naik bas ke Yangmingshan National Park. Berada di YNP kira2 3 jam.
💚kembali ke TMS. Singgah Chiang Kai-Shek Memorial Park dan Daan Park.
💚kembali ke TMS dan naik tren ke Taichung.
💚arrived at Taichung Railway Station (5.20pm)
💚check in at VIP Hotel (1 night)
related entries, klik di SINI, SINI, SINI, SINI, SINI


28 April 2018
💚check out hotel
💚beli tiket bas di Gan Cheng Bus Station untuk ke Chingjing Farm.
💚ke Chingjing Farm (berada di sini kira2 2 jam)
💚from Chingjing Farm to Puli Bus Station by bus.
💚from Puli Bus Station to Sun Moon Lake (SML) by bus.
💚check in at Tan Hui Modern Hotel (2 nights)
💚merayau2 sekitar SML
related entries, klik di SINI, SINI, SINI, SINI


29 April 2018
💚breakfast at hotel
💚beli pass SML di Shuishe Visitor Center
💚ke SML Ropeway, naik ropeway ke Farmosan Abroginal Cultural Village
💚selesai naik ropeway, berjalan kaki ke Ita Tao Pier
💚naik bot merentasi SML
💚rehat dan solat
💚aktiviti berbasikal hingga ke Xiangshan Visitor Center and return
💚membeli belah di sekitar SML
related entries, klik di SINI, SINI, SINI


30 April 2018
💚check out and having breakfast at hotel
💚beli tiket bas ke stesen THSR Taichung
💚tiba di stesen THSR Taichung, naik THSR ke Taipei.
💚tiba di TMS, drop luggage di Say Love Hotel, lunch di restoral halal (Chang's Beef Noodle)
💚solat jamak di surau TMS
💚ke Sun Yat Sen Memorial Hall
💚ke Taipei 101
💚ke Shilin Night Market
related entries, klik di SINI, SINI, SINI, SINI, SINISINI


1 Mei 2018
💚check out, drop luggage at hotel
💚breakfast at halal restaurant: Chang's Beef Noodle
💚singgah North Gate (Cheng'en Gate)
💚ke TMS, naik MRT ke Taipei Zoo / Maokong Gondola
💚beli tiket, naik gondola, bersiar-siar di sekitar Maokong
💚naik MRT, berhenti di stesen Dr. Sun Yat-Sen Memorial Hall untuk menikmati Ice Monster
💚kembali ke TMS, ke hotel untuk collect luggage
💚bertolak ke airport by Airport MRT
💚flight airbus AA, departs 11.30 PM
💚landed at KLIA 2 - 4.30 AM, 2 May 2018.
related entries, klik di SINISINI, SINI

Budget:
💜flight ticket (Malindo Air, Air Asia [return]) – RM710++ (1 person)
💜5 hotels – RM1100++ (divide 2 person)
💜transport in Taiwan – RM200++
💜others (foods, drinks, souvenirs, entrance fees, etc) – RM600++
::total RM2000++ per person

kami balik naik Air Bus pada hari tu sebab penumpang ramai termasuklah budak2 sekolah (kumpulan pancaragam rasanya)

dari TMS ke airport, sama macam waktu kami sampai. naik airport MRT. tambang FOC. macam mana nak dapat tambang FOC ni? boleh baca kat SINI.

kaunter check in TIA. memang panjang queue malam tu. tapi tak delah sampai lenguh2 kena tunggu lama... 

extra info: nak cari souvenir murah kat Taipei, cari kedai ni. kedai underground TMS. kat sini banyak pilihan. dari yang murah sampailah harga yahudi...

surau TMS. sebelah locker. sebelah parking lot. di tingkat bawah TMS. surau ni tak ada tempat berwuduk. akan tetapi ada bilik air khas untuk berwuduk bersebelahan tandas TMS. jarak lebih kurang 5 - 8 meter dari surau. means, korang kena ambil wuduk kat luar. kalau pintu bilik air ni dikunci, korang minta kebenaran dari cleaner. nanti diA akan bukakan pintu. (kalau pakai tudung, tak payah cakap banyak pun tak apa sebab dia tahu korang memang nak ambil wuduk)

okey..tu je perkongsian hari ni...
thanks 4 reading!


p/s kalau ada soalan berkaitan, boleh drop komen kat bawah ya...

37 comments:

  1. nak start simpan duit 20 sen sahari..nnt blh join anies g travel..hihi. Apa pun tahniah anies..misi anies utk travel berjaya. Lps ni kmana plk anies?hehe

    ReplyDelete
  2. Thank you for sharing this itinerary. Boleh jadikan rujukan bila ke Taiwan nanti :D

    ReplyDelete
  3. Terbaiklah. Sebelum ini kan,..saya tak pernah terlintas nak ke Taiwan 😊

    ReplyDelete
  4. Nice sharing Anies, nanti kena download sky scanner gak la

    ReplyDelete
  5. Menarik.. 6 hari 5 malam kira lama utk melancong tu. Mmg puas klu dpt dimanfaatkan masa sebaiknya. Thanks sharing info ni Anies.

    ReplyDelete
  6. hai anies dear! lamanya ana tak melawat rinduuuuu T__T
    perhhhhh 6D 5N pergi Taiwan bestnye!!!

    ReplyDelete
  7. Travel April ,,, post Oct,,, saya kira barusan :D

    ReplyDelete
  8. ok gak ek 2000 je sorang.. affordable :)

    ReplyDelete
  9. detail betul perkongsian Anies.. Memang membantulah siapa-siapa yang nak ke Taiwan.. Sha pun rasa macam nak ke Taiwan bila tengok entry Anies ini..

    ReplyDelete
  10. WAH LAMA JUGA TRAVEL TU N BAJET PUN OK...UNTUNG ADA BLOGGER NINA PENEMAN SUSAH SENANG ANIES DI RANTAU

    ReplyDelete
  11. Baca Itinerary ni barulah faham bila relate dengan posting Anies sebelum-sebelum ni

    ReplyDelete
  12. Haaaa...dah siap entry semua pasal Taiwan😀😀

    ReplyDelete
  13. Seronok baca Anies pi jenjalan sana sini

    ReplyDelete
  14. menarik juga ya taiwan ni, nanti boleh masukkan dalam bucket list

    ReplyDelete
  15. terime kasih nak berkongsi….

    jangan pulak nak berkongsi peluh….hehehe

    ReplyDelete
  16. Info dan tips yang menarik... nanti teman rujuk kat sini semula bila dah plan travel

    ReplyDelete
  17. Setidaknya itin ini bisa Fanny jadikan referensi kalo nanti jadi nak ke Taiwan.

    Unik juga tempat wudhu nya terpisah dari surau yaaa.

    Kaka jadinya udah ke Khasmir? Fanny plan DEC 2023 nih ke sana. Tapi mampir Mumbai dulu. Nak merasakan stay di taj hotel yang pernah diserang teroris 2008 lalu 😁. Baru setelah tuh khasmir

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆