Pages

Friday, 2 November 2018

السلام عليكم بروني دارالسلام

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Mulanya plan anies just nak ajak mama je. kira dating berdua-duaan jelah. tapi entah macam mana, mama pergi cakap dengan mak cik. then mak cik ajak suami dia. tak cukup dengan tu, mak cik pergi cakap pula dengan pak cik (adik bongsu). masa balik raya hari tu, dia pergi ajak pula mak cik sorang lagi. end up, dari 2 orang terus jadi 8 orang!

so, yang terpaksa jadi mastermind-nya adalah... sapa lagi kalau bukan mem besar ni! fuhhh... nasib baiklah ada pengalaman buat itinerary (ceh, bunyi macam nak apply kerja baru hahaha)

bila dah confirm semua hal, maka bermulalah kerja2 menggali website AA. apa lagi kalau bukan cari tiket murah. hmm... murah apanya! tapi nak berjalan punya pasal, semua setuju je bila anies beritahu harga sekian sekian, harga hotel sekian sekian... tak ada bantahan, tak ada yang suruh cadangan ditutup. semuanya angguk-angguk tak de geleng-geleng. SIAP!

Alhamdulillah, proses cari hotel pun senang. syukur sangat ada seorang hamba Allah ni share pasal hotel kat BSB yang menyediakan pengangkutan, bukan sahaja dari airport-hotel-airport, tetapi juga ke tempat2 menarik sekitar BSB. Alhamdulillah... jimat duit kami...

tarikh yang dipersetujui bersama adalah 15 - 17 September 2018. tak lama pun. niat pun jalan2 santai je. dah lama kami tak buat trip macam ni. last family trip ke Bangkok, 2 tahun lepas. (boleh baca kat SINI)

so, pada hari kejadian seawal 3.00 pagi dah kena bangun sebab dah janji dengan Grab pukul 4.00 pagi. kami mesti ada kat airport sebelum 5.30 pagi. memang kalut. tapi sebab dah pesan awal2, wuduk kat rumah siap2, jangan kentut, beg pun semua bawa masuk kabin, tiket flight dah siap check in, just tunggu je kat departure hall then solat Subuh laa kat mana2.

selesai semua, kami pun berlepas dalam pukul 6.50 pagi dan alhamdulillah, selamat mendarat pukul 9.15 pagi waktu Brunei.

lepas dah beban sebelah bahu. di airport kami disambut wakil hotel dan terus bawa kami penginapan. waktu masih awal untuk check in, jadinya kami ambil keputusan untuk merayau2 kawasan sekitar memandangkan hotel kami dalam pusat bandar.

okey, tu jelah mukadimah trip ke Brunei... insya allah cerita2 menarik akan anies kongsi pada entry akan datang. thanks 4 reading. daaaa

macam biasa laa... budak baju merah ni wajib ada...

Alhamdulillah... sampai juga kami ke sini... sebenarnya dah lama cadang nak ke Brunei ni... tapi tiap kali anies cakap nak pergi Brunei, ada je yang akan cakap, apa ada kat Brunei tu? ishhh geramlah pulak dengar!

wakil hotel sambut kami kat airport... maaf pak cik sebab tunggu lama. almaklum laa sekali datang 8 orang. macam2 ragam nak kena layan...


dalam airport Brunei... selesa dan kurang sibuk

p/s mem besar ada kerja kat luar 4 hari. so ni auto publish entry. thanks 4 reading naa...

35 comments:

  1. Wah.. Anies gi Brunei.. tak sabar nak baca pengalaman Anies.. teringin juga nak pergi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegilah brunei best xyah risau psl mknn halal

      Delete
  2. macam nak pi Brunie lak bila baca entry nie???
    motifff... nak jumpa prince mateen .. boleh ha hahah

    ReplyDelete
  3. wahhh ... business trip ... sambil keje sambil berjalan .. iyo dak ;)

    ReplyDelete
  4. Wahh.. sure meriah ni travel famili dan saudara.. happy trip Anies! :)

    ReplyDelete
  5. x sabar nak baca kisah selanjutnya pengembaraan anies di Brunei..

    ReplyDelete
  6. Kapan yah gua bisa ke luar negeri hehe

    ReplyDelete
  7. Wah mantap syukur deh dah sampai Brunei saya kepengen banget berkunjung dan melihat Masjid Brunei dan tempat lainnya.

    ReplyDelete
  8. bila nak sambung citer Brunei nie ;)

    ReplyDelete
  9. tak sabo nak tengok ...ape yang beast kat Brunei

    ReplyDelete
  10. Ooo baru faham komen dalam posting blog saya tu. Maaf x baca lak posting ni awal.
    Kira selisih 2 minggu la dengan trip balik hari saya ke Brunei tu hari...

    ReplyDelete
  11. Wah ke Brunei pula mem besar ni yer. Siap angkat geng lagi...

    ReplyDelete
  12. Nanti update ye..tak sabar dah ni nak baca pengalaman anies becuti kat Brunei

    Mijablur - Malaysian Lifestyle Blogger

    ReplyDelete
  13. Wahahhaa..wudhuk sesiap dengan tahan kentut tu dulu selalu buat. Gigil tahan weh :D

    ReplyDelete
  14. Akak belum sampai Brunei lagi..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆