Cerita ceriti tentang 'keretapi ayam' + trem @ Iskandariah

12:00 pm

✿...السلام عليكم✿

Sebelum ni, anies ada war2 kan
tentang 'keretapi ayam' kat entry ni.
so, for today... here we go!

keretapi merupakan salah satu
pengangkutan penting bagi rakyat
kebanyakan di Mesir terutama jika
nak ke tempat2 yang jauh seperti
Aswan, Matrouh, Iskandariah, etc.
sebenarnya, boleh je kalau nak ke
tempat2 ni dengan kapal terbang...
just sediakan ongkos je laa...

kat Iskandariah, daripada pemerhatian
anies, ramai penduduknya menggunakan
keretapi untuk ke sesuatu tempat.
barangkali kerana tambangnya yang
sedikit murah (sebenarnya nak
mengelat daripada membayar)
daripada menaiki bas, teksi atau tranco.

oh, ya.... kenapa ianya dipanggil
'keretapi ayam'? sebabnya, penumpang
keretapi ni boleh bawa apa sahaja
barangan ke dalam koc.

ada suatu hari tu, OTW ke Sidi Gaber
(macam KL sentral), anies ternampak
seorang pak cik ni bawa sebekas sotong
yang direndam dalam air. lepas tu dia
biarkan begitu je kat atas lantai koc. boleh
imagine tak? tu baru sotong... belum lagi
sangkar ayam, sangkar burung, itik dan
sebagainya yang dibawa masuk ke dalam
koc. cuma lembu, keldai dan unta je yang
setakat ni tak dibawa masuk ke dalam koc
(tu kata kak ngah laa...)

mungkin ada yang tertanya, tak kena
marah ke diorang bawa haiwan2 ni?
mmm... kalau marah pun tak guna.
sebab dah jadi macam 'darah daging'
diorang. lantak laa nak bawa apa... ;-)

tengok je la yek gambar2 ni...

tiket keretapi. kalau beli kat kaunter, harganya EGD 0.75 (+- RM0.37). kalau bayar kat konduktor keretapi, harganya EDG1 (RM0.50). tapi, ni bayaran ketika anies dating2 kat pantai Abu Qir. untuk ke tempat lain, lain bayarannya...

ni laa 'keretapi ayam'. yu ols tengok laa tu... dok panjat sana dok panjat sini. semuanya nak ngelat bayar tambang. diorang peduli hapa dengan keselamatan... janji sampai... siyes!!

stesen keretapi ayam yang sempoi giler... kalau kat Malaysia???

gini laa ghope nyer keadaan dalam 'keretapi ayam'... seat dia keras giler nok! so, jangan dok komplen sampai berterabur air liur kalau seat komuter ke, LRT ke senget benget, koyak or tak empuk... bersyukurlah dengan apa yang dah disediakan....

@ stesen Sidi Gaber. tengok laa budak2 yang dok kat tepi gerabak tu. lagi satu, sepanjang perjalanan, pintu keretapi ni tak ditutup okey! so pandai2 korang laa jaga keselamatan diri. tapi setakat yang anies dengar, tak ada pulak yang mati akibat terjatuh atau digelek keretapi...

keretapi ni beroperasi seawal 6 pagi dan berakhir pukul 12 tengah malam. tapi masa berada kat Iskandariah, anies rasa pukul 3 pagi pun boleh dengar bunyi keretapi ni.... mmmm


manakala trem pulak, beroperasi 
kat tengah2 bandar je. laluannya
pun tak panjang. tapi yang tak best 
nyer trem ni, slow ya ampun! OTW 
ke Manshiah rasa jenuh bebenor... 
tapi nak merasa naik trem punya 
pasal, diam je laa.... ;-)

tiket trem. tergelak kami bila kak ngah beritahu harga tiket ni. nak tau berapa? EDG 0.25!!! (-+RM 0.12) ya Allah.... murah giler!!!

ni laa trem nyer... laluannya di tengah2 jalan, depan rumah orang... plus, bunyinya pun tak laa bising sangat...

masa ni orang ramai nak balik dari kerja. memang sesak. trem ni tengah stop nak ambil penumpang.

rezeki kami hari tu dapat naik trem double decker...

masa ni trem tengah bergerak tau... punya laa slow sampai amik gambar pun tak bergegar ;-)

dari tingkat atas trem. u see what i see? yesss... Saga. banyak je kereta2 Proton kat Mesir ni termasuk Kancil, Myvi etc. yang kuning tu, teksi. very old school rite? ;-)

extra info: tiket keretapi dari Kaherah ke Iskandariah. tambangnya EGD25 (RM12.50) sahaja. kalau yu ols travel ke Mesir tanpa agent dan nak berjalan ke Iskandariah (dari Kaherah atau airport) dengan keretapi, pergi ke STESEN KERETAPI RAMSES. keretapi ni akan terus ke Iskandariah dan transit di beberapa tempat utama.

ni keretapinya... dari Kaherah - Iskandariah. seatnya lebih selesa, luas dan ada air cond. plus ada orang menjual makanan / minuman dalam keretapi ni. so kalau lapar, panggil je diorang...

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

29 Your Words of Lo♥e

  1. ketapi awam utk kgunaan awam...biasalh gtu kan jnji smpai ke tmpt tujuan...

    ReplyDelete
  2. pertama kali sy tgk tau ... bertuahnya kalau dpt naik.. tp mmg real sempoilah sotong pun blh bawak... x blh byg kalau ada ayam dgn sangkarnya...

    ReplyDelete
  3. Ternyata transportasi kereta tetap menjadi primadona ya kak, di hampir semua negara :)

    ReplyDelete
  4. sempoi je keretapi ayam dia.. cer kat Malaysia macam ni.. banyaklah keyboard warrior dok bercerita.. ;)

    ReplyDelete
  5. Cerita yang menarik ditambahkan gambar yg lengkap... Serasa mengalaminya hehe

    ReplyDelete
  6. Ohya lupa, saya sudah follow this blog semoga menjadi silaturahmi yang berkah...

    ReplyDelete
  7. pergh, dahsyat keretapi ayam ni ek, macam kat India.yang train tu murahnya tambang!ni baru namanya rakyat didahlukan...huhu

    ReplyDelete
  8. merasa juga naik double Deckers ye....

    ReplyDelete
  9. salam,,
    puas mencari kat mana button comment,, last2 baru jumpa hihihi
    series murah giler ah tambang cam tu,, pastu ada plak ngelat nak bayar tambang yang murah,,memang tak sayang diri,, anyway thanks share suasana negara orang,, mesti bestkan,,

    ReplyDelete
  10. Okla tu dia bw ayam itik...kalu dia bawa oink oink tak ke naya...kih3...

    ReplyDelete
  11. 12 sen je??murah nye..mungkin sebab harga bahan apai depa murah kot..kan??seat gitu kompem tak terkoyak tu..patut nya kat sini buat gitu je..baru ada akai..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap myk diorg murah. still guna ron 92

      Delete
  12. Keretapi ayam eh huhu.. Tak dapat bayangkan klu waktu orang ramai dgn masing2 membawa barang keperluan masing2 mcm sotong tu.. Pasti kepala pun jadi sendat hehee. Apa pun, klu ternampak produk keluaran negara kita spt proton tu pastinya buat hati ceria juga.. :)

    ReplyDelete
  13. Syukur kt malaysia transport semua tip top. Xpenah xda air cond kan.. memang fames la kereta buatan malaysia kt sana. Hehe. Bangga kejap

    ReplyDelete
  14. padan la murah anies.. tgk la conditionnya cmne.. aduhaiii..hehehe

    ReplyDelete
  15. harga pon murah, camne la dorang nk upgred ye dak kak anies kan? hehe

    ReplyDelete
  16. murah sungguh tambang ketapi tak terjangka dek akal ....ringgit kita tinggi di sana. nak menyopping heaven kut

    ReplyDelete
  17. murah sungguh tambang ketapi tak terjangka dek akal ....ringgit kita tinggi di sana. nak menyopping heaven kut

    ReplyDelete
  18. salam maulid rasul buat seluruh keluarga di sana :)

    ReplyDelete
  19. Ada lagi harga sen-sen kat sana... kat mesia tak dpt apa dgn 0.12 sen tu.. sempoi ketapi ayam dia... heheh

    ReplyDelete
  20. terima kasih daun keladi sebab buat komen pukal.. muah ciked !

    ReplyDelete
  21. murah pulak ya tambng dia..pengalaman naik keretapi tu..

    ReplyDelete
  22. murahnye tambang.. berbaloi la harga kan..huhu... memang xjumpe keretapi ayam kat mesia nie..hihi.. mesir ade..hihi

    ReplyDelete
  23. Aah lah ayam betul.
    Ishhh tak kotor ke bila dah bawak masuk segala macam haiwan belaan?

    ReplyDelete
  24. Ya ampun, boleh panjat bumbung ketapi.
    Bagi kita tambang punyelah murah.
    Tapi, mereka x mampu:(
    Tak tutup pintu..erghhh..takut..

    ReplyDelete
  25. Rasa bangga bila banyak kereta nasional ada kat sana. Anies, kalau anies keluar dari trem lepas tu kejar trem tu semula mesti sempat jugak kan?

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆