✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Ni cerita 2 minggu lepas. tak plan pun nak pergi sini pada mulanya. tapi disebabkan dah bosan dan asyik tengok K-drama je tak buat apa-apa kat rumah, lepas Zohor anies terus tukar baju then... dalam masa 45 minit, dah sampai kat perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil😁
entrance...
sebelum masuk kena scan QR code ni. ni bukan entrance ticket. QR code ni cuma nak ajak pengunjung join group Telegram je.
boleh posing posing kat sini...
jumpa khemah ni dulu... ya laa... mana tahu kan... dah banyak berjalan, tiba-tiba kasut koyak/tercabut. haa... bolehlah ke sini beli kasut baru...
suasana di Havoc Food Festival 2024👆👇 cuaca sangat panas, yo walaupun langit gelap semacam...
pentas utama. pelbagai program dilangsungkan kat sini termasuklah ceramah agama...
sebahagian gerai jualan yang ada...
gerai takoyaki...
gerai cheese tart buncit...
gerai kunafa dan baklava...
gerai meat ball...
gerai baby crab...
gerai tongmo...
gerai gula-gula...
gerai ayam & sotong goreng...
gerai pasembor...
gerai mac & cheese...
gerai cotton candy...
gerai air 'petrol pump'...
gerai nasi Pakistan Batu Pahat... anies dah pernah try makan nasi Pakistan ni masa bulan Ramadan hari tu. nasinya sedap. tapi lamb shank nya agak manis...
gerai pizza...
anies beli👆👇 air cha bang ang (RM7.00) dan pizza tuna (RM14.00). pizza ni beli kat gerai pizza👆 alhamdulillah, dua-dua sedap👍👍👍
sorry Italians🙏🙏 Malaysians love pizza with pineapple😬😬
selingan
semalam merupakan hari terakhir buat Jürgen Klopp (and his team as well) sebagai pengurus LiverpoolFC setelah mencurahkan bakti selama hampir 9 tahun. ia suatu perpisahan perit buat peminat LFC seluruh dunia walaupun kami dah tahu hal ni sejak Januari lepas. tapi... bak kata orang, setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
sebelum tu, terima kasih juga kepada Joel Matip & Thiago yang menjadi sebahagian daripada keluarga The Reds. kontrak kedua-duanya di Anfield sudah berakhir. all the best for both of them!🫰
tak lupa juga to all coaches: Pep, Vitor, Andreas, Jack, Peter & John yang sentiasa ada bersama JK sepanjang 9 tahun ni. terima kasih banyak-banyak!💪
last but not least, terima kasih Klopp kerana mengembalikan senyuman kami. terima kasih kerana mengotakan janji. terima kasih kerana menjadikan kelab ini kembali dihormati. terima kasih atas segalanya. selamat berehat, boss!
Danke Jürgen!💖
.
.
.
okey tu je laa perkongsian untuk hari ni.
daaa
daaaa