#PremiereWithBudiey #BudieyDotCom Spider-man: Into The Spider-Verse

10:30 am

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Synopsis:

Miles Morales merupakan anak kepada pegawai polis New York (Jeff) manakala ibunya seorang jururrawat. Miles dihantar ke sekolah elit di NY kerana memperoleh keputusan cemerlang namun jauh di sudut hatinya, dia tidak gembira dengan keadaan itu.

mahu lari seketika daripada masalah belajar dan suasana sekolah baru, Miles ke rumah pak ciknya, (pak cik Aaron). Miles rapat dengan Aaron dan sering berkongsi minat melukisnya bersama Aaron.

kemudian Aaron membawa Miles ke suatu tempat tersorok (bawah tanah) dan tanpa diduga tempat itu bagaikan 'canvas' buat Miles. tanpa berlengah, dia pun membuat grafiti seperti yang diidam-idamkan dengan bantuan Aaron.

namun tidak semena-mena, ketika mahu pulang, Miles disengat labah-labah (labah-labah beradioaktif). dia terus membunuh labah-labah tersebut dan pulang seperti biasa.

namun kejadian pelik dan memalukan di sekolahnya telah mengubah hidup Miles 360 darjah. pertemuannya dengan pelajar bernama Gwen sebenarnya ada maksud tertentu.

siapa Gwen sebenarnya? bagaimana gigitan labah-labah pada tubuh Miles itu sedikit demi sedikit mengubah segalanya?

komen:

seperti mana yang korang tahu, filem animasi ini buat pertama kali menampilkan hero berkulit hitam bernama Miles Morales (suara: Shameik Moore). barangkali Hollywood terinspirasi daripada kejayaan filem Black Panther kot. jadi diorang tak teragak2 nak cari kelainan dengan menampilkan hero Spider-Man yang sebelum ini 'didominasi' watak kulit putih yakni Peter Parker.

film berdurasi hampir 2 jam ini bagi anies laa... ia boleh jadi lebih ringkas dan padat sekiranya ada sequel (pada masa akan datang). 2 jam bagi anies terlalu lama untuk 'sumbat' semua info dalam satu filem. untuk mengenengahkan serta menguatkan watak Miles Morales sebagai Spider-Man sendiri secara tak langsung jadi meleret. jadi sebab tulah, bagi anies kalau dibuat sequel, pasti lebih ummphh filem animasi ni.

kelainan yang ditampilkan dalam filem ni adalah watak antagonisnya yang mana sebelum ini lebih tertumpu pada raksasa etc. tapi kali ini watak antagonis datang dari 'bangsa manusia' itu sendiri. siapa watak antagonis tu? haaa... tu korang kena tengoklah...

oh lagi satu, filem ni P13 ya... walaupun 100% animasi namun ada part2 yang kurang sesuai untuk anak2 menonton. tapi anies tak halang kalau korang nak bawa anak2 pergi tengok filem ni. nama pun santai2 keluarga kan sempena cuti sekolah ni...

so, daripada ⭐⭐⭐⭐⭐anies beri ⭐⭐1/2. filem ni bakal masuk wayang seluruh tanah air pada 7 Disember 2018.

nota penting: kalau korang tengok filem ni, lepas kredit (penghargaan) jangan keluar panggung dulu ya. sebab lepas tu, ada 'extra story' fasal Spider-Man. so, jangan cakap anies tak payung yaa...😃😃😃

dan macam biasa....walaupun budiey tak ada kat Malaysia kerana mengerjakan umrah, anies tetap nak ucapkan terima kasih banyak2 atas jemputan premiere Spider-Man ini... khabarnya Budiey balik minggu ni. semoga pulang dengan umrah mabrur ya... btw, cantik kan pass premiere ni?

antara adengan2 dalam Spider-Man: Into The Spider-Verse.

kemunculan Spider Woman yang comel...

Spider-Man (Peter Parker) sedang berhadapan dengan musuhnya iaitu..............

dari kiri: Peni Parker, Gwen Stacy, Spider Ham, Miles Morales, Peter Parker dan Spider Noir... 

macam mana ada 2 Spider-Man ni?

Spider-Man dalam suit hitam...

credit gambar

official trailer. credit video

selamat menonton!

Yang Ni Pun Best Juga Taw!

27 Your Words of Lo♥e

  1. Bawa anak2 tgk anies, seronoknya

    ReplyDelete
  2. Ha.. inilah dia sebabnya dalam venom ada end credit pasal kartun spiderman.. Owh.. Dia nak keluar animasi nie rupanya.. Leh ajak encik suami nie.. tq share anies..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha a.. Ada kat ending credit yang last.. Masa tengok tu memang tak fahamlah.. Bila Anies share pasal filem ini, barulah boleh tangkap.. terus bagi tahu encik suami.. Kikiki.. kotlah dia nak bawa gi tengok kan..

      Delete
    2. ooo mcm tu... haaa pegilah tgk sempena cuti sekolah ni kann

      Delete
  3. PEMINAT ANMASI MESTI SERONOK MENONTON FILEM GINI

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak tengok filem animasi. Nanti boleh la layan spidy ni

    ReplyDelete
  5. Oh..ada keluar cerita Spiderman rupanya, tapi dah plan nak tengak Ralph yang baru. Ramai kata best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuti sekolah kan...maka byk laa filem utk kanak2 keluar ;-)

      Delete
  6. menariknya, banyak version dah citer spidey skrg ni kan

    ReplyDelete
  7. Miles Morales "Spider-Man" is cool sangatlah...biracial..;)

    ReplyDelete
  8. mcm ni tak nak tgk la nis.. ahahaha.. tunggu aquaman

    ReplyDelete
  9. Wahh bestnya.. mmg ada plan nk tonton movie ni nanti.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆