Comic 'Boboi' by Afdlin Syauki

8:57 am

...السلام عليكم

Sebut je nama Afdlin Syauki, rasanya ramai yang mengenali beliau sebagai seorang pengarah, pelakon, penyanyi, pelawak, penulis lirik dan juga seorang sukarelawan.
kini, Afdlin melangkah setapak lagi dalam karier beliau iaitu sebagai seorang pengarang dan juga editor.
menerusi syarikat beliau Vision Works, Afdlin tampil dengan komik terbaharu yang diberi nama 'Boboi'.

nama Boboi mungkin diambil sempena kolaborasi beliau bersama Harun Salim Bachik dalam Maharaja Lawak Mega.
jangan terkeliru pulak dengan komik Boboboi ye!

menurut Afdlin ketika anies menghadiri Seminar Hidup Luar Biasa 2013 anjuran Dr. Azizan Osman beberapa hari yang lepas, beliau menghasilkan komik ni kerana berpendapat anak2 sekarang sudah jarang membaca.
mereka lebih banyak membaca menerusi online.
jadi untuk mewujudkan budaya membaca tu, agak sukar lebih2 lagi sekiranya ibu bapa mereka sendiri terdiri daripada golongan yang 'tak suka membaca'.
selain itu, penerbitan komik ni juga bertujuan untuk merangsang semula tabiat membaca, tak kiralah dari golongan kanak2 mahu pun dewasa.

mungkin kita dah familiar dengan majalah humor seperti Gila-Gila, Ujang etc, jadi apa kata kita cuba cari kelainan menerusi komik pertama keluaran syarikat Afdlin ni.

dalam komik ini, kebanyakan idea yang cuba digarab oleh Afdlin diinterpretasi daripada filem2 arahan beliau seperti Papadom, Along Bukit Beruntung dan sebagainya.
manakala kartunis2 yang terlibat pula terdiri daripada kartunis yang telah mencipta nama sebelum ini.

selain komik, turut diselitkankan adalah pelbagai nasihat, movtivasi serta pengajaran2 berguna lagi santai yang boleh diambil sebagai panduan.

harga: RM7.90
tebal: 100 muka surat.
warna: 4 colours
kertas: comic paper
binding: pin binding

:: entry ni tak ditaja oleh sesiapa pun ;-)

Kisah Silam Untuk Masa Depan

27 Words of Lo♥e

  1. best ke sis?
    nmpak cm menarik jew..

    ReplyDelete
  2. teringin nak beli juga nnt.akak dulu zaman remaja mmg byk koleksi majalah Gila-gila dan Ujang.

    ReplyDelete
  3. dah lama tak baca komik..ujang, gila2 pon dah tak baca dah

    ReplyDelete
  4. erm....dah lama xbaca komik nih
    haha...

    ReplyDelete
  5. tahniah buat Afdlin...dah ada komik sendiri sekarang...
    menarik juga...

    ReplyDelete
  6. Kiranya dalam lawak ada ilmulah ye...2 in 1. Nanti nak gi cari.

    ReplyDelete
  7. assalam anies..kalau hero ack kekedai buku..dah tentu dibelinya ni..

    ReplyDelete
  8. bukan anak2 je suka buku2 macam nie..akak pun suka...sambil baca senyum sendiri he hee...

    ReplyDelete
  9. kata kata cliche seorang businessman...:P It is purely business...:)

    ReplyDelete
  10. nampak macam menarik ni.. teringin juga nak pergi seminar luar biasa anjuran dr azizan.. tapi masih tak berkesempatan..

    ReplyDelete
  11. macam menarik...tapi wawa ni tak berapa suka baca komik...bukan sebab ape...kalau tengok kawan2 baca ujang dll, boleh gelak2 ngekek2...tapi bila wawa baca tak de reaksi langsung..tu yg malas nak baca komik tu :)

    tapi rasanya boleh beli bagi kat adik ni...

    ReplyDelete
  12. afdlin ?? tak kenal..

    boleh caya ke ni..

    ReplyDelete
  13. produk baru dari aflin shauki ni.

    working horlic dia ni. tapi tak kurus jugak. hehehe...

    mcm mcm dia buat.

    ReplyDelete
  14. tahniah buat afdlin :)) mcm menarikkan?nak try ushar la nanti :)

    ReplyDelete
  15. itu sudah baguih mungkin boleh lah dibelikan untuk anak2 nanit...

    ReplyDelete
  16. wah menarik ni, Adik pasti nak beli satu dah nanti !

    ReplyDelete
  17. wah bestnya... kt sini takda jual lg

    ReplyDelete
  18. betul la..budak2 sekarang malas nak membaca buku..lagi2 komik ni memang ada siri tv..nak ke budak2 beli>>

    ReplyDelete
  19. boleh carik ni...bagi anak aku si abang tu baca...

    ReplyDelete
  20. wa mcm best ni...nak kena beli gak satu...

    ReplyDelete
  21. Ok jugak harganya, tak mahal dengan ketebalan 100m/surat :D

    ReplyDelete
  22. wah sudah ada komik pulak...

    ReplyDelete
  23. huhu menarik ni...tp tak tahula kalo tmpt krole ni...le smpai tak komik ni~

    ReplyDelete
  24. smlm buku akak ada jual kat news. com (akak lupa lak nama kedai tapi ada news..) kat kl sentral. ada beberapa buku ana soleha jual kat situ)

    ReplyDelete
  25. ligat berbisness afdlin ni kan. bagus2

    ReplyDelete
  26. eh. mcm best je.. ade di pasaran dah ke? di mana2 kedai? terasa nak grab satu je. hehe..

    ReplyDelete
  27. tak pernah baca lg, tp kalau menarik apa salahnya .. blh baca sebagai komik sampingan..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆